Anda di halaman 1dari 9

MODEL

PENGURUSAN BILIK
DARJAH THOMAS
GORDON

KONSEP
Pengurusan disiplin yang berkesan tidak boleh dicapai
melalui paksaan, ganjaran dan hukuman.
Pengurusan
disiplin
yang
berkesan
melalui
pembentukan kemampuan mengawal diri sendiri yang
berlaku secara intrinsik dan dalaman.
Fokus utama: Membantu murid memupuk kawalan diri.

Gordon berpendapat bahawa pembentukan mekanisme


kawalan diri murid ini boleh dibuat dengan bantuan
guru agar murid berpeluang mengawal perlakuan
mereka sendiri dan mampu berdikari, guru harus
mengurangkan kawalan terhadap murid mereka.
Menurut Gordon, semakin bertambahnya kuasa
digunakan untuk mengawal orang lain, semakin kurang
pengaruh kita terhadap perlakuan orang tersebut.

APLIKASI MODEL PENGURUSAN


BILIK DARJAH THOMAS GORDON
Tetingkap tingkah laku
i-Mesej
Penyelesaian konflik tanpa kalah
Pendengaran aktif

Tetingkap Tingkah Laku


Dikenalkan pada awal 1960-an.
Rangka kerja awal membahagikan pandangan ibu bapa terhadap
tingkah laku kanak-kanak secara keseluruhan yang menunjukkan
penerimaan dan penolakan tingkah laku kanak-kanak.
Kemudian, model dimasukkan dengan peringkat penerimaan dan
penolakan tetapi matlamatnya adalah untuk menentukan
pandangan ibu bapa terhadap sebuah situasi yang mempengaruhi
penerimaan tingkah laku dan bagaimana penerimaan bleh berubah.
Di dalam kelas, tetingkah tingkah laku direka untuk membantu guru
mengenali masalah yang mengganggu P&P dalam bilik darjah dan
menentukan di mana datangnya masalah tersebut.

Pendengaran
Aktif
Menggunakan pendengaran secara aktif sebagai strategi
untuk komunikasi antara pelajar dan guru.
Strategi pendengaran aktif digunakan apabila masalah itu
datang dari pelajar.
Memberikan peluang kepada pelajar untuk meluahkan
perasaan.
Sebagai contoh, jika pelajar tidak menyiapkan tugasan
secara rutin, guru akan bertanya kepada secara peribadi dan
mendengar luahan hati pelajar.

i-Mesej
Apabila masalah datang daripada guru, strategi i-Mesej
digunakan. (kerana gangguan daripada pelajar)
Dalam strategi ini, guru akan menyampaikan kepada
pelajar tanpa menyalahkan dengan cara yang adil
bagaimana pelajar itu menyebabkan masalah kepada
guru.
Prinsip di sebalik strategi ini akan membangkitkan
perasaan hormat kepada guru.
Sebagai contoh: I am very disappointed with you guys.
Ive made by plans on how to teach you today but you
didnt show me any commitments of studying.

Penyelesaian Konflik Tanpa


Kalah
Apabila strategi pendengaran aktif dan i-Mesej tidak berjaya,
Gordon mengenalkan strategi penyelesaian konflik tanpa
kalah.
Mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua
pelajar dan guru.
Strategi ini perlu dilakukan dengan bahasa bilik darjah dan
sebelum apa-apa masalah lain berlaku.
Pelajar perlu tahu bahawa kesalahan itu tidak datang dari
mereka, keperluan mereka akan didengar dan akan
dipertimbangkan oleh guru.

Langkah-Langkah Penyelesaian
Konflik Tanpa Kalah
Menentukan keperluan guru dan pelajar
Sumbangsaran penyelesaian
Menilai penyelesaian
Pilih penyelesaian
Melaksanakan penyelesaian
Menyemak keputusan