Anda di halaman 1dari 5

DALIL tentang

MASJID AL QUBA

SURAH AT-TAUBAH AYAT 108-109


Jangan engkau sembahyang di masjid
itu selama-lamanya, kerana
sesungguhnya masjid (Quba' yang
engkau bina wahai Muhammad), yang
telah didirikan di atas dasar takwa
dari mula (wujudnya), sudah
sepatutnya engkau sembahyang
padanya. Di dalam masjid itu ada
orang-orang lelaki yang suka
(mengambil berat) membersihkan
(mensucikan) dirinya dan Allah
Mengasihi orang-orang yang
membersihkan diri mereka (zahir dan
Maka adakah orang yang membangunkan
batin).[al-Quran 9:108 (Basmeih)]
masjid yang didirikannya di atas dasar
takwa kepada Allah dan (untuk mencari)
keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang
yang membangunkan masjid yang
didirikannya di tepi jurang yang (hampir)
runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang
yang membangunkannya ke dalam api
Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan
memberi hidayat petunjuk kepada orangorang yang zalim.[al-Quran 9:109
(Basmeih)]

FADHILAT SOLAT DI MASJID QUBA

Antara KELEBIHAN MASJID QUBA adalah:


(1). Solat di Masjid Quba menyamai pahala Umrah
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berwuduk di rumahnya,
kemudian pergi ke Masjid Quba untuk bersolat, akan diberi
ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah. Ibn Majah
dan At-Tirmizi
(2). Nabi SAW membiasakan dirinya mengunjungi Masjid

Quba
Daripada Abdullah bin Umar r.hm bahawa Rasulullah SAW selalu
ke Masjid Quba pada SETIAP HARI SABTU sama ada dengan
menaiki unta atau berjalan kaki. Adakalanya Rasulullah SAW pergi
pada hari ISNIN dan KHAMIS. Sahih Bukhari dan Muslim
(3). Kelebihan solat di Masjid Quba mengatasi kelebihan

mengunjungi Baitul Muqaddis


Daripada Saad bin Abi Waqqas r.a bahawa Rasulullah SAW
bersabda: Bersolat dua rakaat di Masjid Quba adalah lebih aku
cintai dari aku mendatangi Baitul Muqaddis sebanyak dua kali. Jika
orang tahu apakah yang terdapat pada Quba (dari segi kelebihan
dan ganjarannya), pasti mereka akan datang dengan menunggang

KEUNIKAN SOLAT DI MASJID AL QUBA:


Antara keunikannya ialah disebut dalam Surah alTaubah bahawa bersolat di masjid ini lebih aula
daripada solat di masjid satu lagi iaitu Masjid Dhirar
yang dibina oleh geng munafiq. Dan lagi Allah
menyebut adanya orang yang suka membersihkan
diri mereka yang bersolat disitu. Bersih disini
bermakna suka bertaubat, istighfar, memohon
ampun pada Allah. Semoga kita juga termasuk
dalam golongan itu semasa kita bertandang ke
Masjid Quba.