Anda di halaman 1dari 25

KOD ETIKA

PROFESION
PERGURUAN
MALAYSIA

APA ITU ETIKA?

Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah


laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1995)
Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus
Oxford, 1994)
Tanggungjawab dan akibat tingkah laku
seseorang atau profesion terhadap
masyarakat
Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada
tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah

MAKSUD ETIKA PROFESIONAL

Semua garis panduan yang bertujuan


meningkatkan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek
yang berkaitan dengan peraturan
dan peradaban, peranan nilai, serta
tingkah laku profesion dalam
masyarakat.

ETIKA PERGURUAN

Satu set tingkah laku atau


tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar,
rakan sejawat dan ibu bapa
pelajar.

KEPENTINGAN KOD ETIKA


PERGURUAN
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi
memartabatkan profesion perguruan. Kod etika
dianggap penting kerana:

Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana


bertingkah laku dalam profesion perguruan.
Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas


tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang
amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih
faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika


Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di
negara lain. Guru dapat melihat keunikan
etika yang diamalkan sama ada di negara ini
ataupun di negara lain.
Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha
untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu
profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana
kod etikanya boleh dipertahankan dan
dikuatkuasakan.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan


lagi imej profesion perguruan secara hitam
putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat
untuk menghayati tanggungjawab guru yang
luas dan berat dan menyokong guru dalam
mencapai matlamat pendidikan dan negara.
Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting
dalam sesebuah organisasi. Pengamalan
etika dapat mengekal, dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan
tugas, serta memupuk tanggungjawab
bersama dan mengeratkan perhubungan
antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

ETIKA PROFESION KEGURUAN

Mengelakkan tingkah laku yang boleh


menyebabkan orang ramai hilang
kepercayaan terhadap profesion keguruan
Amanah berhubung kewangan
Dalam semua hubungan dan tugas, guru
hendaklah menjalankannya dengan jujur
Kepentingan murid harus mengatasi semua
kepentingan lain
Guru haruslah menumpukan perhatian
terhadap keperluan setiap muridnya.

Mendidik dan mengambil tindakan secara adil


terhadap semua murid tidak kira bangsa,
warna kulit, jantina, agama, kepercayaan
politik, tempat asal, asal keluarga, intelek
dan status
Berperanan sebagai pengganti ibu bapa (in
loco parentis) kepada pelajar
Mengesan dan menerima perbezaan individu
dan memperkembangkan potensi pelajar dari
segi JERI
Menghormati maklumat sulit pelajar
Tidak menyatakan dan membuat sesuatu
yang boleh mengurangkan keyakinan diri
murid dan ibu bapa

Guru tidaklah harus menanam sikap yang


boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara.
Guru haruslah menanamkan sikap yang baik
terhadap semua muridnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warganegara
yang taat dan berguna.
Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa
supaya menjadi contoh baik atau 'role model'
kepada muridnya
Tidak menerima apa-apa bayaran daripada
murid untuk pengajaran tambahan semasa
waktu sekolah/cuti sekolah melainkan
bayaran-bayaran yang disahkan

Tidak akan mengiklankan diri untuk tuisyen


Tidak memaksakan kepercayaan, keagamaan,
politik persendirian terhadap murid
Tidak harus meminta/menerima hadiah
daripada ibu bapa murid/ahli masyarakat
dalam menjalankan tugas
Tidak mejatuhkan nama baik guru-guru lain
Hanya menggunakan cara yang sah untuk
kenaikan pangkat
Tidaklah mengiklankan dirinya dengan cara
membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam
profesion perguruan

RUMUSAN

Kod etika perguruan haruslah diamalkan oleh


setiap guru di Malaysia demi memartabatkan
profesion perguruan

AKAUNTABILITI
GURU TERHADAP:
-SEKOLAH
-TINGKAH LAKU
-MURID
-PROFESION
-KOMUNITI

GURU

Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti


pendidik, pengajar dan pengasuh.

Pendidik bermaksud orang yang memelihara


dan melatih.

Pengajar ialah seorang yang menjadi


petunjuk kepada orang lain

Pengasuh memberi makna orang yang


memelihara, menjaga dan mendidik.

KONSEP AKAUNTABILITI

Akauntabiliti di huraikan sebagai


bertangungjawab kepada seseorang atau
bertangugjawab terhadap sesuatu. (Kamus
dewan)
Konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai
sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka
yang berhak untuk mendapat jawapan dan
penjelasan tersebut. (Tan Sri Ahmad Sarji)
Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan
keperluan untuk memberikan justifikasi dan
menerima kebertangungjawaban terhadap
sesuatu keputusan yang telah diambil.

AKAUNTABILITI KEGURUAN

Tanggungjawab yang harus difahami dan


dilaksanakan oleh seseorang guru.

Tanggungjawab guru terhadap


profesionalisme keguruan.

Merangkumi akauntabiliti guru terhadap


sekolah, tingkah laku, murid, profesion dan
komuniti

AKAUNTABILITI TERHADAP
SEKOLAH

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas.

Guru bertangungjawab terhadap tugas yang di


amanahkan oleh pentadbiran sekolah.

Guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan


dan kemajuan sekolah.

Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga


hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti
sebagai guru displin, kaunselor, setiausaha
peperiksaan,setiausaha PIBG, panitia mata pelajaran
dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak
pentadbiran sekolah.

AKAUNTABILITI TERHADAP
TINGKAH LAKU

Guru sebagai role model harus menjaga tingkah


laku
Mkebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna.
Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan
juga perlu menghindarkan diri dari sebarang
ketegangan jiwa yang boleh mengganggu
tugasnya.
Hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan
bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan
perbelanjaan.

Digalakkan untuk melengkapkan diri dengan


pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka
terhadap peristiwa di sekeliling melalui
media massa atau elektronik supaya mudah
memberikan imput yang berguna terhadap
profesionnya.
Guru juga boleh melibatkan diri dalam
sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa
lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat
dari segi mental dan fizikal.

AKAUNTABILITI TERHADAP
MURID

Menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi


di bilik darjah termasuk mematuhi masa
dalam jadual waktu serta melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mengikut
kaedah dan teknik yang berkesan.
Haruslah mengutamakan kemajuan,
kebajikan dan keselamatan murid-murid
berbanding hal-hal lain.
Bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya
tanpa mengira bangsa, agama, faktor
jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan
perkara-perkara lain.

Membimbing dan mengajar murid-murid di


bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran
atau hadiah daripada mereka

Memberi contoh teladan yang baik dengan


berpakaian kemas, berbudi bahasa dan
bersopan santun semasa bertugas harus juga
di amalkan supaya murid memperolehi model
yang baik.

AKAUNTABILITI TERHADAP
PROFESION

Guru dikenalai sebagai Master in teaching


Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku
rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar
Menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus
yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak
pentadbiran sekolah.
Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran
sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara
maksimum.
Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang
betul agar murid menerima ilmu yang betul dan
tepat.

AKAUNTABILITI TERHADAP
KOMUNITI

Ahli masyarakat di tempat bertugas/menetap


Bertugas setiap masa menyebarkan matlamat
pendidikan negara (prinsip Rukun Negara &
Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
Mengamalkan tingkah laku yang sopan dan
diterima dalam komuniti agar diberi
kepercayaan
Menghormati masyarakat di tempat
berkhidmat

Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang


warganegara asalkan tidak melanggar etika
profesion perguruan dan undang-undang
negara
Menggalakkan kerjasama antara ibu bapa,
sekolah dan masyrakat
Mengelakkan menyebarkan ajaran atau
maklumat yang boleh merosakkan perpaduan
masyarakat
Memupuk sikap dan nilai kesatuan,
menerapkan nilai 1 Malaysia

KESIMPULAN

Akauntabiliti guru amat luas ruang


lingkupnya
Menjalankan semua tanggungjawab guru agar
dapat memaksimakan usahanya untuk
membangunan tahap profesionalisme ke
tahap yang lebih tinggi
Mengangkat martabat profesion keguruan
membantu melahirkan modal insan yang
berkualiti