Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
oleh
HAZALILA BINTI
ZAKARIA
821126-06-5204
PPG PRA 1
PENGENALAN
Projektor OHP dan transparensi
semakin popular sebagai bahan
Bantu mengajar sejak awal 1980-an.
OHP masih merupakan alat Bantu
mengajar yang paling berguna dan
telah lama mengambil alih tempat
papan kapur sebagai alat tradisional
utama.
BIL
BAHAGIAN OHP
FUNGSI
Cermin / Permukaan
Kaca / Pentas Tayangan
Kepingan transparensi /
lutsinar yang
dipasangkan pada apertur
pentas tayangan
sebagai dasar untuk
meletakkan transparensi.
Lensa objektif
Tombol pemokus
Ia digunakan untuk
mengawal jarak di antara
lensa objektif dan
permukaan pentas
tayangan supaya imej di
skrin jelas serta
terang.
BIL
BAHAGIAN OHP
FUNGSI
Peti Sumber
Cahaya
Kepala Pengunjur
Tiang Kepala
Pengunjur
BIL
BAHAGIAN OHP
FUNGSI
Kipas Penyejuk
Larasuhu
PERSEDIAAN PENGGUNAAN
OHP
Sebelum tayangan
Pastikan lensa, permukaan kaca dan kanta berada
dalam keadaan bersih.
Tempatkan OHP di atas sebuah meja kukuh dan
tidak bergoyang-goyang.
Suis projektor pastikan dalam keadaan OFF sebelum
anda menyambungkan ke punca kuasa elektrik.
Pasangkan ON setelah selesai penyambungan.
Letakkan sekeping lutsinar / transparensi di atas
pentas OHP.
Pastikan kedudukan skrin berada di tempat yang
sesuai dan elakkan kesan Keystone.
PANDUAN PENGGUNAAN
OHP
Sekiranya anda perlu memindahkan
projektor ke tempat lain yang lebih
sesuai lokasinya, tunggu sehinggan
kipas penyejuk larasuhu berhenti.
Fokuskan imej di skrin dan pastikan
kawasan tayangan tidak melebihi
atau keluar skrin.
PENGOPERASIAN OHP
Kawalan suis.
Pendedahan maklumat secara
peringkat-peringkat.
Penggunaan penunjuk (bersifat
sopan).
Penulisan terus di atas lutsinar.
LANGKAH-LANGKAH PERSEMBAHAN
OHP
Jarak yang sesuai di antara skrin dengan OHP.
Pastikan semua penonton dapat melihat dengan jelas.
Tentukan lutsinar diletakkan dengan betul sebelum
ditayangkan.
Perhatian hendaklah ditumpukan kepada penonton
dan elakkan membaca terus daripada skrin.
Duduk atau berdiri di tepi projektor, elakkan gerakgeri yang menjadi halangan atau gangguan.
Matikan suis projektor apabila percakapan yang
disampaikan tidak ada kaitan.
KEBAIKAN PENGGUNAAN
OHP
Projektor boleh digunakan di dalam bilik darjah yang
mempunyai bilangan murid yang sedikit dan ramai
dengan melaraskan jarak.
Pengajaran menggunakan OHP mampu mengawal bilik
darjah kerana guru sentiasa berada di hadapan muridnya.
OHP boleh menayangkan imej dengan jelas mengikut
keluasan bilik dengan melaraskan saiz imej.
Transperansi atau filem lutsinar boleh ditayangkan
berulang-ulang kali dalam pengajaran dan pembelajaran
seterusnya.
Guru boleh menulis atau menggambarkan maklumat
tambahan di atas filem lutsinar dan memadamkannya
ketika pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.
KELEMAHAN OHP
Penggunaan OHP tidak boleh terlalu lama. Pemasangan secara
berterusan akan menyebabkan mentol mudah rosak atau terbakar.
Mudah terdedah kepada habuk dan kekotoran yang akan
menyebabkan pencahayaannya kabur.
Tidak sesuai untuk pengajaran kendiri.
OHP menggunakan kuasa elektrik, sekiranya bekalan terputus OHP
tidak dapat digunakan sekaligus mengganggu P&P.
Memerlukan penyelenggaraan secara rutin dan memerlukan
belanja yang besar.
Jika penggunaannya meluas perlu memastikan setiap bilik
mempunyai OHP kerana ia tidak sesuai dipindahkan dari satu kelas
ke kelas yang lain kerana merugikan masa pengajaran dan
pembelajaran.
Tidak mempunyai audio.
TRANSPARENSI
Prinsip penghasilan transparensi
Rancang kaedah atau teknik yang sesuai sebelum memulakan kerjakerja membuat lutsinar/transparensi dengan peralatan yang sedia ada.
Analisis maklumat yang akan disampaikan dengan teliti dari aspek
kegunaan, objektif dan kandungan.
Tentukan format persembahan. Format memanjang atau
menegak.Elakkan daripada mencampuradukkan format.
Pastikan setiap ciptaan(grafik, pernyataan) berada dalam 2sm daripada
tepi bahan lutsinar.
Kejelasan huruf bergantung kepada jenis,saiz,jarak antara huruf dan
jarak antara baris.
Imej terkecil di layar haruslah 1 inci tingginya bagi setiap 30 kaki jarak
tayangan.
Gunakan huruf yang lebih besar bagi tajuk dan sub-tajuk.
Hadkan tulisan di antara 6 hingga 7 baris dalam sekeping transparensi.
Gunakan 7 hingga 10 perkataan untuk sebaris ayat.
TEKNIK PENGHASILAN
TRANSPERANSI
(a) Tulis terus (write-on)
Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan
atau mesin secara terus di Filem transparensi. Ia ditayangkan secara
terus kepada penonton.
(b) Bertingkap
Mempunyai beberapa tingkap yang menutup bahagian-bahagian
tertentu pada permukaan transparensi. Semasa digunakan, tingkaptingkap tersebut akan dibuka satu demi satu seperti tetingkap rumah
untuk memaparkan isi atau imej.
(c) Berjalur
Mempunyai berapa jalur samada secara melintang atau menegak.Ianya
dibuka satu hala sahaja tidak seperti teknik tetingkap yang dibuka dua
hala. Hanya 3 hingaan 4 jalur dalam satu transparansi.
JENIS-JENIS TRANSPARENSI
(a) Tulis terus (write-on)
diperbuat daripada acetate dan polyester
mempunyai 3 peringkat ketebalan iaitu 0.08mm, 0.1mm dan 0.12mm. Untuk kegunaan am
transparensi setebal 0.1mm biasa digunakan.
Transparensi mempunyai dua saiz iaitu 260mm x 260mm dan DIN A4 (210mmx 297mm)
menggunakan pena transparensi OHP berasaskan air atau pena berasaskan spirit.
(b) Thermal (infra-merah)
diproses dengan mesin Transperancy Maker
mempunyai pelbagai latar dan warna seperti Black On Clear( imej hitam latarbelakang
jernih), Black On Colour( Imej hitam latarbelakang warna),Colour On Clear (Imej berwarna
latarbelakang jernih)
Bahan dasar berasaskan karbon contohnya keratin akhbar, pensil 2B, bhn fotokopi
berasaskan debu, bahan cetak dari laser printer berasaskan debu.
Panduan menyediakan transparensi thermal seperti berikut:
(i) Putarkan tombol laras kepada anatara nombor 3 hingga 6 supaya gambar yang
dihasilkan akan jelas.
(ii) Letakkan bahan dasar di bawah transparensi thermal di mana bahagian takukan
dipenjuru atas kanan di sebelah atas.
(iii) Masukkan bahan dasar dan thermal ke dalam mesin Transperancy maker dan biarkan
dari bahan dasar dipindahkan ke transparensi.
(c) Fotostat/Fotokopi
diproses dengan menggunakan mesin fotostat (plain
paper copier)
bahan dasar diletakkan di bahagian atas cermin dan
transparensi dimasukkan ke dalam dulang kertas
seperti membuat fotostat.
gambar warna atau hitam boleh dipindahkan tetapi
gambar berwarna akan menjadi hitam putih.
(d) Ink-jet Filem/ Laser Filem [Komputer]
Ink-jet/Laser Filem/tranperensi boleh digunakan terus
dengan pencetak berasaskan inkjet seperti printer
Canon,Epson dsbnya.Bahan dasar boleh disediakan
dengan menggunakan computer dan arahan menyalin
sepertimana anda membuat penyalin di atas kertas.
Bibliografi
Norasiah binti Abdullah, Nor Risah Jamilah binti Mat
Lazim, Rosnah binti Ahmad Zain.2012. Teknologi
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.
Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
www.http//.norfarhana.edublogs.org/files
www.idnhhk.com/krt/aadownload07.php?id=14
www.ipgmtawau.edu.my/.../ohp%20dan%20
transpare
www.slideshare.net/loverskaka/ohp-dan
-transperensi