Anda di halaman 1dari 11

PENYALAHGUNAA

N & PENGEDARAN
DADAH

DADAH

BAHAN ATAU KIMIA YANG AMAT


MERBAHAYA KEPADA INDIVIDU YANG
MENGGUNAKANNYA KERANA IA MENGUBAH CARA
MINDA DAN TUBUH MANUSIA BERFUNGSI
Pada peringkat awal, bahan dadah iaitu KOKAIN digunakan sebagai
ubatan sebelum disalahgunakan secara meluas di dunia.
Dadah digunakan untuk mengurangkan rasa lapar (ice), memberi tenaga
untuk menjalankan kerja .
Semenjak 1960an dunia merasai kesan dadah dan sehingga kini terdapat
hamper 4 peratsus penagih dadah di seluruh dunia.

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH :


Kebersihan dan kesihatan diri
Kesihatan mental
Prestasi pelajaran
Hubungan sosial
Status kewangan
Kestabilan global dan pembangunan sosio-ekonomi yang merentasi dunia

MENURUT PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB) Sindiket dadah semakin berkembang di Asia Tenggara berikutan peningkatan
perdagangan methamphetamine. Laporan dari Pejabat Dadah & Jenayah PBB,
dadah perangsang jenis methamphetamine (ATS) termasuk amphetamine
menjadi dadah pilihan di kawasan Asia Tenggara & Asia Timur menggantikan
dadah berasaskan tumbuhan seperti heroin, opium dan kanabis.

Di MALAYSIA Jumlah penyeludup dadah rakyat Afrika yang


ditangkap meningkat 2kali ganda pada 2010 iaitu seramai 65 orang,
termasuk 50 orang rakyat Nigeria. Pihak berkuasa menahan 228
rakyat Iran yang menyeludup masuk dadah pad tahun 2009 dan
2010 manakala Jepun pula dilaporkan menangkap 135 penyeludup
Perhimpunan Agung PBB pada
dadah pada tahun yang sama.
tahun 1987 telah
mengisytiharkan 26 Jun
sebagai Hari Antidadah
Antarabangsa. Namun setelah
26tahun, masalah ini belum
selesai.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH


1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya
dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.

6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.


7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu
olehnya.
12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan
pengaruhnya.
13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama

USAHA MEMERANGI DADAH


1.

Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.

Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana
tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah.
Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh,
hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis Syabu. Kesalahan mengedar dadah Syabu
iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan
Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan
hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi
daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi
memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27,
boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau keduaduanya sekali.

2.

Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.

Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu
penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh,
mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan
untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan
remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh
mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.

3.

Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.

Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu
penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja.
Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas
dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan
bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat
perlu dilaksanakan.

4.

Penubuhan pusat-pusat pemulihan.

Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk
memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa
dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah
pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan
pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang benar serta di redhai
Allah.

SEKIAN,
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai