Anda di halaman 1dari 9

Kajian Masa Depan

Kelemahan Kajian Masa Depan


Murid menghadapi masalah dalam menangani perubahan
Tidak mempunyai kemahiran memandang masa depan
Tidak berminat dengan kehidupannya pada masa depan (Gangguan
Psikologi)
Tidak tetap. Kemahiran ramalan tidak seharusnya tepat dan ramalan
yang dibuat boleh berubah mengikut keadaan dan perubahan masa.
Kemahiran menjangka akibat tidak selalunya tepat dan boleh
mengakibatkan kesan yang berbeza daripada penjangkaan kita.
Kemahiran menyelesaikan masalah dalam kajian masa depan boleh
mengabikatkan gangguan emosi dalam kalangan murid yang
bermasalah.

Kaedah Penyelesaian
Masalah
Kaedah penyelesaian masalah memerlukan pelajar membuat
aplikasi menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang
sudah dipelajari. Aktiviti ini perlu disertai dengan pemikiran
peringkat tinggi. (Shahabuddin bin Hashim, Rohizani binti
Yaakub dan Mohd Zohir bin Ahmad) .

Kelemahan Kemahiran
menyelesakan masalah
Penggunaan masa. Memandangkan terlalu banyak topik dan isi kandungan yang
perlu dihabiskan mengikut masa yang telah ditetapkan maka banyak aktiviti tidak
dapat dijayakan di mana adakalanya pelajar tidak sempat membentangkan hasil
projek mereka.
Selain itu disebabkan kebanyakkan pendekatan masalah menggunakan aktiviti
berkumpulan maka di sini akan timbul pelajar yang tidak membuat kerja iaitu hanya
pada nama sahaja.
Kaedah ini tidak sesuai untuk murid-murid yang lemah.
Murid-murid yang lemah tidak dapat berfikir jawapan ataupun jalan
penyelesaian masalah yang sesuai berkenaan dengan masalah yang diberikan
oleh guru. Contohnya, kalau strategi ini dijalankan oleh satu kumpulan
pelajar, maka pelajar yang cerdas sahaja yang akan memikirkan langkah-langkah
yang perlu dijalankan, manakala pelajar yang lemah mungkin dipingirkan
ataupun diabaikan kerana mereka tidak dapat memberikan sumbangan kepada
kumpulan mereka.

Kaedah ini tidak akan berjaya dilaksanakan jika terdapat


murid-murid yang malas serta tidak memberi komitmen kepada
guru dan rakan sekumpulan.
Hal ini kerana kebanyakkan kaedah penyelesaian masalah
dijalankan menggunakan aktiviti berkumpulan maka di sini
akan timbul pelajar yang tidak membuat kerja iaitu
hanya pada nama sahaja.
Penilaian pembelajaran adalah sukar. Dalam kaedah ini,guru
menghadapi masalah semasa menilai prestasi murid-murid.
Hal ini kerana terdapat pelbagai cara dan teknik penyelesaian
masalah yang akan dikemukakan oleh murid-murid dalam
subjek pendidikan, guru yang tidak berpengalaman tidak
dapat memastikan cara penyelesaian masalah yang baik
ataupun kurang baik

Kaedah Penggunaan Teknologi


Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia
telah meninggalkan impak yang kuat.
Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada
guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kelemahan penggunaan
teknologi
Guru mempunyai kemahiran yang rendah dalam
mengendalikan komputer.
Pendedahan yang tidak mencukupi tentang penggunaan
perisian pendidikan Sains.
Perisian pendidikan Sains yang dibekalkan ke sekolah
adalah tidak mencukupi untuk kegunaan guru Sains.
Kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD dan JPN adalah
tidak mencukupi.
Kawalan kelas terjejas akibat penggunaan perisian
pendidikan Sains di dalam kelas.