Anda di halaman 1dari 21

Setiap judul isi yang diberi mestilah dijelaskan

sebaik mungkin dengan sokongan contohcontoh yang konkrit dan bukannya dibiarkan
dalam bentuk senarai isi (Listing) sahaja.
Sebutan isi yang relevan,betul dan tepat
dengan kehendak soalan akan diberikan
markahnya secara khusus manakala huraian
yang baik,betul,relevan,memenuhi kehendak
soalan,padat bersama dengan sokongan contoh
yang sesuai juga akan dianugerahkan
markahnya. pemarkahan akan diberikan
kepada jawapan yang mempunyai kombinasi
antara ISI dengan HURAIAN dan bukannya
kepada isi semata-mata. Dalam hal ini kualiti
jawapan calon amat bergantung kepada kualiti
dan kekuatan huraiannya

Sistem penilaian begini mempunyai implikasi seperti berikut:

a) Jangan sekali-kali mengulang isi atau mengulangi


huraian. Isi dan huraian yang berulang tidak diambil kira.

b) Jangan sekali-kali terlalu mendetailkan huraian pada satusatu isi sahaja sehingga isi yang lain amat cetek huraiannya.
(huraian tidak seimbang). Ini kerana jika sesuatu isi itu
misalnya diperuntukkan 2 markah maka ia hanya boleh
dianugerahkan 2 markah sahaja, tidak lebih daripada itu.
Huraian yang terlalu panjang berjela untuk satu-satu isi akan
diberikan Awarded (Sudah tepu/maksima).

c) Sebaik-baiknya lebihkan isi dan huraiannya misalnya


untuk soalan 10 markah, memerelukan 5 isi, menjadi 6 atau 7
isi (bergantung jumlah markah yg diperuntukkan sebagai
Reserve). Ini untuk mengelakkan berlakunya isi atau huraian
yang berkemungkinan diletakkan di bawah judul isi yang
sama (tindanan isi) dalam skemanya nanti. Jika ini berlaku
calon masih mempunyai lebihan satu atau dua isi yang
membolehkan mereka masih mampu memperolehi markah
yang maksima.

d) Selain itu, sistem ini juga memerlukan calon membuat


perenggan jawapan yang baik. Misalnya jika calon ada 6 judul
isi bermakna mesti ada 6 perenggan yang berasingan. Setiap
perenggan mesti ada Fakta atau Isi (F) , Diikuti oleh
Huraian (H) dan Dilengkapi dengan Contoh (C). Formula
F:H:C mestilah dipatuhi. Calon juga boleh mengemukan
Fakta dahulu diikuti oleh Contoh kemudiannya berdasarkan
contoh-contoh tersebut ia membuat Penghuraian. Apa yang
penting, Fakta atau Isi mestilah diserlahkan dalam ayat
pertama bagi setiap perenggan. Jangan sekali-kali
menyembunyikan fakta/isi diakhir ayat pada perenggan.
Aspek contoh pula tidak semestinya merujuk kepada tempat
semata-mata, ia boleh jadi data, fenomena atau nama
sesuatu subjek misalnya bangsa,ciri dan lain-lain
bergantunglah kepada kehendak dan situasi soalan.

e) Akhir sekali, sistem pemarkahan begini juga tidak


memerlukan Pendahuluan dan Penutup yang panjang
berjela. Kerana ia tidak mempunyai apa-apa peruntukan
markah kecuali soalan-soalan tertentuseperti soalan
bincangkan, sejauhmanakah dan nilaikan. Pendahuluan dan
penutup cukup sekadar satu atau dua baris ayat sahaja
sebagai pengenalan kepada apa yang diminta oleh soalan.

a) Huraikan secara ringkas tentang Albedo.


Markah)

(5

Albedo merujuk kepada darjah keputihan permukaan bumi


yang mempengaruhi jumlah pantulan cahaya matahari.
Kadar pembalikan ini amat bergantung kepada warna
permukaan selain daripada sudut pancaran cahaya
matahari itu sendiri. Di permukaan bumi yang cerah
seperti permukaan salji,permukaan gurun berpasir akan
mengalami kadar pembalikan yang tinggi berbanding
dengan permukaan gelap seperti hutan dan bertar yang
lebih banyak menyerap bahangan daripada
membalikkanya.

Jelaskan proses-proses yang melibatkan bahangan


matahari di kawasan laut, udara dan tumbuh-tumbuhan.
(12 Markah)

Penglibatan tenaga bahangan matahari di kawasan laut.

Setiap kali proses pemanasan air laut akan melibatkan tenaga bahangan matahari ini.
Bahangan matahari yang memiliki tenaga haba secara terus akan memanaskan air laut.
Permukaan laut menjadi semakin panas, mengalami perolakan dan ini akan
mewujudkan arus lautan yang panas
Selain itu bahangan matahari juga akan menyebabkan proses sejatan permukaan laut
akan berlaku. Sejatan permukaan akan menukarkan cecair iaitu air laut kepada wapwap air yang akan naik ke atas. Sejatan ini memerlukan tenaga bahangan yang cukup.

Penglibatan Tenaga Bahangan Matahari di Udara.

Di dalam atmosfera penggunaan tenaga bahangan matahari jelas kelihatan dalam


pelbagai proses. Misalnya dalam proses pemelowapan yang melibatkan perubahan wapwap air yang tersejat kepada cecair yang akhirnya turun sebagai kerpasan.
Selain itu bahangan matahari juga mengalami pelbagai proses di dalam lapisan
atmosfera. Sebahagiannya akan dibalikkan/dipantulkan oleh awan, mengalami proses
serakan, serapan dan tapisan oleh partikel-partikel dalam atmosfera seperti oleh wapwap air, nukleus higroskopik, bahan-bahan pencemar udara dan juga partikel terampai
seperti habuk dan debu.

Penglibatan Tenaga bahangan Matahari di Kawasan


Tumbuh-tumbuhan.
Di kawasan tumbuh-tumbuhan bahangan matahari
terlibat dalam proses fotosistesis dan juga proses
pepeluhan. Dalam proses fotosistesis bahangan
matahari amat perlu untuk tumbuhan hijau membuat
makanan melalui klorofilnya. Tenaga haba ini akan
digunakan secara langsung oleh tumbuhan hijau dan
menukar serta menyimpannya dalam bentuk tenaga
kimia.
Pada masa yang sama tenaga bahangan matahari juga
terlibat dalam proses pepeluhan (transpirasi) daun.
Tenaga haba ini diguna untuk membebaskan wap-wap
air melalui liang stomata daun ke atmosfera bagi
menghasilkan kelembapan udara

Pembalakan dan penyahutanan. Pemusnahan hutan


secara besar-besaran menyebabkan proses transpirasi
(pepeluhan) tumbuhan berkurangan dan ini
mempengaruhi kelembapan udara sekitar. Udara menjadi
kering yang akan menggangu pula proses pemelowapan
dan hujan.
Proses pembandaran. Pembandaran melibatkan aktiviti
penurapan muka bumi samada dengan tar/bitumen atau
aspalt. Akibatnya liang-liang pore tanah akan ditutup. Ini
akan menjejaskan proses susupan air hujan ke dalam
tanah. Kadar susupan yang berkurangan akan menggangu
pula sistem akuifer dan aliran air bawah tanah yang juga
semakin berkurangan.

Aktiviti perindustrian. Perindustrian banyak


membebaskan bahan pencemar ke udara yang mampu
bertindak sebagai nukleus higroskopik. Semakin tinggi
kadar pencemaran bererti semakin banyak nukleus ini
wujud. Nukleus higroskopik ini mampu bertindak menyerap
wap-wap air dalam proses pemelowapan untuk turun
bersama-samanya sebagai hujan. Dengan itu di kawasan
industri hujan mungkin lebih kerap berlaku.
Pembinaan empangan seperti empangan kuasa
hidro elektrik. Aktiviti ini boleh menggangu dan
membantu kitar hidrologi. Daripada segi gangguan ia akan
mengurangkan kadar larian air permukaan kerana
kawasan-kawaan cerun bukit telah ditenggelami air
menjadi sebuah tasik buatan yang besar.
Aktiviti penghutanan semula dan penghijauan
persekitaran. Hutan yang ditebang dan ditanam semula
atau kawasan lapang yang ditanami dengan pokok-pokok
peneduh akan membantu meningkatkan kadar pepeluhan
seterusnya proses pemelowapan dalam atmosfera.

Perubahan sumber air bermaksud kuantiti sumber-sumber


air boleh bertambah atau berkurang. Perubahan kuantiti
air ini boleh dikaitkan dengan fenomena kemarau atau
banjir.
Aktiviti pertanian. Aktiviti yang paling banyak terjejas ialah
aktiviti pertanian yang bergantung sepenuhnya kepada
sumber air. Padi sawah misalnya akan mati jika berlaku
kemarau dan juga banjir. Sebagai contoh dalam tempoh ElNino 1997, pesawah-pesawah di Kedah, Perlis dan
Kelantan terjejas teruk apabila pokok padinya mati akibat
kekurangan air yang ketara/kemarau yang panjang.
Menjejaskan aktiviti perikanan akuakultur. Jika berlaku
kemarau, sungai tasik dan kolam-kolam ternakan ikan
akan kekeringan air. Ini akan menjejaskan penternakan
ikan dan udang samada di kolam atau di sangkar dalam
sungai.

Menjejaskan aktiviti pengangkutan. Kesan ini berlaku


akibat fenomena banjir. Kuantiti air yang bertambah
dengan cepat menyebabkan jalan-jalan raya terputus,
pengangkutan bas, teksi dan pengangkutan awam yang
lain tergendala. Apabila sistem pengangkutan tergendala
ia akan menjejas aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain pula
seperti perniagaan, pengangkutan bahan mentah dan
pemasaran barangan siap.
Aktiviti domestik. Kekurangan air menjejaskan aktiviti
harian seperti memasak, mencuci dan sebagainya.
Keperluan harian ini amat penting dipenuhi kerana ia juga
boleh menjejaskan aktiviti ekonomi yang lain secara
keseluruhannya. Sebagai contoh dalam tempoh El-Nino
1997, aktiviti harian penduduk Lembah Kelang terjejas
teruk akibat kekurangan air yang ketara dalam tempoh
yang lama


1.

2.

Faktor Semulajadi:
Fenomena El-Nino. El-Nino dikaitkan dengan kenaikan
suhu lautan Pasifik yang berupaya mengubah, melemah
dan menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini
membawa hujan yang lebat di Semenanjung Malaysia.
Hujan telah turun di lautan dan bukannya di kawasan yang
sepatutnya iaitu di daratan.
Faktor Tindakan Manusia
Kadar pembandaran yang terlalu pesat telah menjana
kepada imbangan air negatif/kemarau. muka bumi telah
diturap dengan aspalt dan bitumen. Ini menyebabkan
kadar susupan air berkurangan seterusnya simpanan air di
dalam sistem akuifer bawah tanah semakin sedikit\

3. Penyahutanan boleh menyebabkan proses


transpirasi tumbuhan berkurangan sekaligus
mengurangkan peratus kelembapan udara dan
kebarangkalian untuk turunnya hujan adalah amat
tipis sekali.

Memajukan sumber air bawah tanah. Penggunaan air


bawah tanah amat mudah dan murah. Kawasan yang sudah
dikenalpasti hanya perlu digerudi dan dipamkan keluar airnya
untuk disalirkan ke loji pembersihan (perawatan) sebelum
diagehkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan JBA
yang sudah sedia ada
Melaksanakan usaha pembenihan awan bagi menurunkan
hujan tiruan di kawasan tadahan. Di Selangor usaha ini
dilakukan oleh Puncak Niaga (M) Sdn.Bhd dengan kerjasama
Jabatan Kaji Cuaca. Dengan menggunakan pesawat Dornier
Skyvan larutan garam (Silver Iodide) disemburkan ke atas
awan Kumulusnimbus yang terletak pada ketinggian 800 6,000 meter. Larutan garam tersebut berfungsi sebagai
Nukleus Kondensasi untuk menarik wap-wap air di dalam
awan berkumpul dan bercantum ke arahnya.

Langkah membina laluan air atau terowong air untuk


memindahkan air antara lembangan. Sungai Benus mampu
membekalkan tambahan air kira-kira 68 juta liter sehari
kepada penduduk Lembah Kelang apabila di salirkan ke
Empangan Kelang Gates melalui konsep terowong air.
Seterusnya sistem pengurusan dan pengagihan air
mestilah diperkemaskan. Program penggantian paip-paip
lama haruslah dipercepatkan agar pembaziran air akibat
kebocoran paip tidak dibiarkan begitu sahaja. Sistem kawalselia dan pemantauan daripada pihak jabatan air haruslah
cepat dan pantas dengan pegawai dan pekerjanya
disematkan sikap prihatin dan bertanggungjawab.
Langkah memproses air dari sumber-sumber tasik
atau kolam tinggalan perlombongan bijih timah. Dengan
menggunakan teknologi dari Perancis alat ULTRA-SOURCE
akan digunakan untuk memproses air dari tasik yang akan
dipam,dirawat dan disalirkan kepada penduduk melalui
sistem perpaipan yang sedia ada. Alat ini berupaya
memproses 440,000 liter air sehari bagi menampung
keperluan antara 400 - 1000 keluarga.

Jumlah liang pori yang terdapat dalam sesuatu jenis


tanah. Tanah yang mempunyai peratus liang pore yang
tinggi seperti tanah kapur/batu kapur maka ia adalah amat
poros berbanding dengan tanah yang peratus liang porinya
rendah seperti tanah liat

Struktur/susunan partikel tanah. Partikel tanah yang


tersusun longgar seperti tanah pasir adalah lebih poros
berbanding dengan susunan partikel yang lebih padat. Ini
kerana wujudnya ruang-ruang udara yang lebih besar/luas
antara partikel-partikel yang tersusun longgar tadi.

Komposisi dan saiz partikel tanah. Tanah yang


partikelnya pelbagai jenis dan saiz seperti campuran
bongkah batuan, kerikil dan pasir adalah lebih poros
berbanding dengan tanah yang homogeneus komposisinya
seperti tanah liat. Begitu juga dengan saiz partikel.
Semakin besar saiz partikel tanah maka semakin tinggi
kadar keporosannya.
Lembapan tanih. Tanih yang kering seperti tanah di
kawasan gurun panas adalah lebih poros berbanding
dengan tanah yang lembab seperti tanah di kawasan
tropika lembab. Tanah yang lembab bermakna peratus
simpanan wap airnya adalah tinggi berbanding dengan
tanah yang kering. Lembapan tanih ini amat bergantung
kepada kelembapan udara sekitar.
Ciri-ciri batuan yang menjadi asas pembentuk sesuatu
jenis tanah. Ciri-ciri ini termasuklah tekstur dan struktur,
sifat rekahan batuan dan kepadatan rekahan dan juga ciriciri minerologi samada mudah atau sukar
terluluhawa/tergondol.

Memusnahkan ekosistem hutan fenomena dedaun


pokok keguguran meninggalkan hutan berangka. Kerosakan
rantaian makanan pengeluar pengguna - pengurai,
kemusnahan habitat dan kepelbagaian spesis fauna dan flora.

2. Kerosakan ekologi air (Akuatik). Meningkatkan nilai


keasidan air sungai, tasik,paya yang akan mematikan
plankton serta tumbuhan air yang selama ini menjadi habitat
pelindung kepada hidupan air. Mengurangkan bekalan
makanan hidupan air/menjejaskan ekosistem air.

3. Meningkatkan keasidan tanah. Tanah menjadi kurang


subur Ini menjejaskan produktiviti pertanian khususnya
pengeluaran hasil tanaman makanan.

Kerosakan harta benda. Seperti kelunturan warna


bangunan, warna kereta, mempercepatkan proses
pengkaratan kepada besi seperti di bangunan tinggi, di
jambatan dan sebagainya yang memerlukan kos yang
besar untuk membaik-pulihnya.

5. Gangguan kesihatan seperti penyakit kulit juga


kerosakan tisu badan manusia yang menggunakan bekalan
air dari sungai, tasik dan empangan yang terdedah kepada
hujan asid.

Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera


melalui pembakaran bahan api berfosil (HC seperti
petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan,
sisa-sisa kimia yang aktif (i.e. pembuatan simen). CO2
dikitarkan semula di dalam atmosfera sebagai salah satu
komponen dalam Kitaran Biologi Karbon.
Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan,
produksi, dan penghasilan arang batu, gas asli, dan
minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian serta emisi gas
daripada haiwan perternakan seperti kambing biri-biri dan
sebagainya.
Nitrat oksida (N2O): Nitrat oksida dibebaskan ke
atmosfera melalui emisi gas daripada aktiviti pertanian,
perternakan, industri serta pereputan sisa pepejal.

Gas berfluorin: Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan


sulfur hexafluorida adalah sintetik, dan merupakan gas-gas
rumah hijau yang teremisi daripada pelbagai proses
industri. Gas-gas berfluorin dibebaskan ke atmosfera dan
menjadi punca penipisan lapisan ozon (i.e. CFC, HCFC, and
halon).

Sekian.. Sila buat latihan secara intensif di rumah.

Anda mungkin juga menyukai