Anda di halaman 1dari 39

BUDDHISME

Agama Buddha

BIOGRAFI
SIDDHART
A
GAUTAMA

Terdapat 7 peringkat dalam penceritaan kelahiran Buddha.


Peringkat 1: Mimpi pelik
Raja Kapilavastu. ialah ayah kepada Buddha, iaitu Siddharta
Gautama. Walaupun raja dah lama berkahwin dengan Ratu
Maha Maya, tetapi masih tidak dapat cahaya mata. Semasa
Ratu Maha Maya berumur 40, pada suatu malam, ratu bermimpi
pelik. Dalam mimpi itu, ratu ternampak seorang pemuda yang
segak menunggang seekor gajah putih yang besar di atas langit
dan makin mendekatinya. Pemuda dengan gajah putih itu telah
masuk ke dalam perut ratu melalui bahagian bawah lengan kiri
ratu. Ratu bangun terkejut dan sedar bahawa itu cuma mimpi
sahaja. Tidak lama kemudian selepas mimpi pelik itu, ratu pun
mengandung.
Peringkat 2: Kelahiran
Masa 10 bulan lalu dengan cepat. Pada suatu hari, ratu
meminta untuk berjalan-jalan di Taman Lumbini. Selepas itu ratu
akan balik ke rumah ibunya untuk melahirkan anaknya. Semasa
di tengah-tengah perjalanan dalam Taman Lumbini

Ratu Maha Maya telah melahirkan anak puteranya, Siddharta Gautama (623 M
pada saat ratu berdiri memegang dahan pohon sal. Semasa melahirkan anak
putera, ratu tidak mengalami sebarang kesakitan atau kesulitan.

Pada masa kelahiran anak


putera, perkara pelik telah
pun berlaku. Sebaik saja
anak putera dilahirkan, anak
putera telah berjalan
sebanyak 7 langkah, dan
setiap langkah itu telah
mengembangkan sekuntum
bunga teratai.

Mata anak putera pula melihat ke 4 arah dari sekelilingnya


dan berkata: Ini merupakan kelahiran saya yang terakhir di
dunia ini. Saya dilahirkan supaya menjadi Buddha. Sayalah
orang yang paling mulia dan akan membawa ilmu dan ajaran
untuk menyelamatkan semua insan di dunia ini. Selepas
kata-kata itu, 2 jenis air turun dari langit telah memandikan
anak putera. Selain itu, banyak dewa-dewi telah tiba untuk
mengalu-alukan kelahiran bakal Buddha ini.
Anak putera tidur di sebelah ibundanya. Tiba-tiba sehelai baju
telah jatuh dari langit ke atas badan anak putera. Pada masa
itu, segala yang buruk di atas dunia ini berubah menjadi baik
secara tiba-tibanya. Raja berasa amat gembira tetapi
kerisauan turut menimbul kerana kemunculan semua perkara
pelik ini.

Selepas Siddharta Gautama dilahirkan, satu zahid telah meramalkan bahawa


Siddharta Gautama bukanlah orang biasa. Sama ada bakal seorang raja yang
berkaliber ataupun seorang penyelamat dunia yang mulia.

Pada hari ketujuh selepas kelahiran anak putera, ibundanya Ratu


Maha Maya telah meninggal dunia. Selepas itu, Siddharta dijaga oleh
adik kembar Ratu Maha Maya.
Putera Siddharta hidup dalam istana dan telah diberikan pendidikan
yang paling bagus. Semasa Siddharta berumur 7 hingga 12 tahun,
Siddharta telah mempelajari segala ilmu yang diajar. Selain itu,
Siddharta juga telah mahir dalam ilmu pertahanan.
Raja amat takut anak puteranya akan menjadi Buddha kelak. Oleh
itu, Raja telah melakukan apa yang sedaya upaya untuk melarang
anak putera daripada memikirkan ketidakseimbangan dunia ini. Raja
telah mengaturkan perkahwinan Siddharta dengan Puteri Yasodhara.
Raja menganggap bahawa perkahwinan ini akan dapat mengikat
anaknya daripada menjadi Buddha, tetapi semua usaha Raja tersiasia.

Putera Siddharta minta


kebenaran untuk berjalanjalan di luar istana.
Siddharta ternampak segala
keadaan yang amat
memilukan hatinya. Orang
sakit, mayat, orang miskin
yang sedang bersusah
payah untuk hidup, dan juga
pengemis yang bertahan
lapar. Banyak soalan telah
bertimbunan dalam otak
fikiran Siddharta, tetapi tiada
sesiapa yang boleh
menjawabnya.
Akhirnya, Putera Siddharta
membuat keputusannya

Peringkat 3: Menjadi Zahid/sami


Pada usia 20 tahun, Siddharta telah meninggalkan kehidupan di istana dan
juga anak isterinya, bertekad untuk menjadi seorang zahid/sami.

Sudah bertahun-tahun Siddharta berusaha untuk mencari jawapan kepada


soalan-soalan dalam hatinya. Siddharta menyesuaikan dirinya makan sebiji
bijiran sehari tetapi semua usaha ini tidak berguna. Siddharta kian menjadi
kurus dan tidak bermaya.

Pada suatu hari, Siddharta


terdengar sesuatu yang
dikatakan oleh pemain muzik lalu
sedar tentang kepentingannya
keseimbangan. Siddharta
tersedar.
Bermula dari saat kesedaran
Siddharta itu, Siddharta telah
menerima susu yang diberikan
oleh seorang gadis yang baik
hati.
Selepas itu, Siddharta telah
berjalan sampai ke bawah
sepohon pokok yang bernama
Bodhi dan memberi sumpahnya
bahawa jika tidak dapat menemui
kebenaran dan jawapan untuk
semua soalan itu, dia tidak akan

Peringkat 4: Mengusirkan kekuatan jahat


Raja syaitan hendak menghalang Siddharta daripada mencapai kefahaman itu.
Raja syaitan cuba mencederakan Siddharta, binatang atau syaitan yang ganas
juga diperintah keluar untuk menyerang Siddharta.

Selain itu, 3 anak perempuan raja syaitan juga cuba untuk mengoda Siddharta
bagi menggagalkan usahanya untuk menemukan kebenaran mulia itu. Walau
bagaimanapun, Siddharta masih bertenang seperti air. Siddharta langsung
tidak mempedulikan perbuatan-perbuatan Raja Syaitan ini.

Peringkat 5: Menjadi Buddha


Selepas berjaya mengusirkan
Raja Syaitan, pada usia 35 tahun,
Siddharta telah berjaya mencapai
Makrifat.
Pada saat itu, Siddharta Gautama
telah menukar gelarannya sebagai
Gautama Buddha.

Peringkat 6: Penyebaran ajarannya


Buddha memulakan perjalanannya
ke merata-rata tempat untuk
menyebarkan ilmu dan kebenaran
mulia.
Tanpa mengira kaum atau lapisan
masyarakat, Buddha mengajar
dengan penuh kesabaran dan
menjawab segala persoalan orang
ramai dengan bersungguh-sungguh.

Pengikut-pengikut Buddha kian bertambah.

Pada suatu hari, semasa Buddha sedang bertapa, tiba-tiba


keadaan ayahandanya terpancar dalam otak fikiran Buddha.
Buddha tahu bahawa ayahnya mengalami sakit yang teruk
sekali.
Pengikut Raja telah datang kepda Buddha dan memberitahu
Buddha bahawa ayahnya ingin melihat anaknya buat kali
terakhir. Buddha tidak lagi menolak. Buddha pun balik ke istana
untuk menjenguk ayahnya.
Tiba di istana, maharaja yang sudah berumur 93 tahun sedang
berbaring. Buddha mendekatinya, maharaja menghulurkan
tangannya.

Buddha dengan segera memegang tangan ayahnya. Ayahnya berkata bahawa


dia tidak menyesal tentang peninggalan Siddharta, kerana sekarang Siddharta
telah pun menjadi Buddha yang dihormati oleh setiap insan di dunia ini.
Selepas kata-kata itu, Raja telah mangkat. Setiap orang di istana menangis
teresak-esak kecuali Buddha yang melihat ayahnya dengan tenang.

Selepas Buddha muncul di istana, banyak saudara-mara dan kaum kerabat


diraja mengambil keputusan untuk mengikut Buddha. Buddha tidak menolak
tetapi menerima mereka dengan hati yang ikhlas.

Gautama Buddha telah


menyebarkan ajarannya
selama 49 tahun tanpa
berhenti di merata-rata
tempat.

Peringkat 7: Kematian Buddha


Pada masa Buddha menjangkau usia 80 tahunnya, Buddha telah meramalkan
kematiannya. Pada jangka masa menunggu masa kematiannya, Buddha masih
lagi mengajar pengikut-pengikutnya. Pada bulan 2 hari ke-15, di tengah malam
yang pancaran cahaya bulan yang terang dan bulat itu, Buddha telah
melelapkan matanya buat selama-lamanya.

Kesemua ajaran-ajaran agama Buddha mengenai


soal hidup mati dan juga kebenaran-kebenaran
mulia yang diajar oleh Buddha telah pun
dicatatkan.
Dan pada masa kini, agama Buddha telah menjadi
salah satu daripada 3 agama utama di dunia ini.
Yang 2 lagi agama utama itu ialah agama Islam
dan agama Kristian.
Keusahaan dan kepayahan Gautama Buddha
untuk mencari jawapan kepada semua soalansoalan itu telah membawa kejayaannya yang
agung. Dan kejayaannya telah membawa manfaat
kepada orang ramai.

Ciri-ciri Agama Buddha

Buddha merupakan manusia, bukannya dewa.


Siddhartha Gautama boleh menjadi Buddha, segalanya
bergantung kepada keupayaan dan kecekalannya sendiri,
bukannya dilahir semula jadi.

Buddha adalah benar sama rata kepada semua.


Setiap lapisan masyarakat tidak kira kaya atau miskin,
semuanya dianggap sama rata dalam mata Buddha.

Buddha tidak mengakui kemunculan dewa yang membentuk


dunia
Buddha menganggap dewa sebagai sesuatu yang
diimaginasikan oleh manusia untuk menjadikan satu
kepercayaan bahawa dunia ini memangnya dicipta oleh dewa.

Ciri-ciri Agama Buddha..

Agama Buddha tidak mengabaikan agama lain atau mengutuk


agama lain sebagai agama jahat
Agama Buddha mengakui semua jenis agama di dunia ini dan
membezakan semua agama dengan kefahamannya yang susah
atau senang, bukannya dibezakan dengan mengatakan cirinya
baik atau buruk

Buddhisme adalah demokrasi dan kebebasan.


Dalam ajaran agama Buddha, kenyataan dan ilmu yang diajar
bukannya perintah yang mestinya dituruti. Sesiapa yang tidak
faham boleh mengemukakan soalannya dan soalan ini akan
dijelaskan sehingga mencapai kefahamannya. Buddha pernah
berkata: Keraguan yang besar akan mendapat lebih banyak
pengajaran, keraguan yang sedikit akan mendapat pengajaran
yang sedikit, manakala jika tiada keraguan, maka tiada
pengajaran yang boleh dicapai.

Bendera Buddha

6 jenis warna telah digunakan untuk membentuk bendera Buddha


6 jenis warna ini merupakan warna kecahayaan yang terpancar
daripada tubuh badan Buddha semasa beliau cheng dao

1. Biru Tua - Bhakti / Pengabdian


2. Kuning Emas - Kebijaksanaan
3. Merah Tua - Kasih Sayang
4. Putih - Suci
5. Jingga - Giat
6. Campuran 5 warna Kombinasi 5 sifat

Bunga Lambang Agama Buddha


Bunga Teratai

Semasa Buddha-Siddhartha Gautama dilahirkan, beliau telah


berjalan sebanyak 7 langkah ke hadapan dan tiap-tiap langkah
itu telah mengembangkan sekuntum bunga teratai.
Oleh itu, bunga teratai diperkenalkan sebagai lambangan
kelahiran Buddha.
Selain itu, penganut-penganut agama Buddha percaya bahawa
keikhlasan dan kecekalan seseorang penganut Buddha semasa
menimba ilmu ajaran agama Buddha, dapat dilihatkan melalui
perkembangan bunga teratai.
Yang rajin, maka bunga mengembang dengan cantik.
Yang malas, maka bunga menjadi layu.

Perayaan Hari Wesak

Perayaan Hari Wesak merupakan satu perayaan yang paling penting


dalam agama Buddha

Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan

Hari ini merupakan hari peringatan kepada 3 peristiwa yang penting


mengenai Buddha, iaitu kelahiran Buddha, penjadian Buddha dan
kemangkatan Buddha.

Pada Hari ini, penganut-penganut agama Buddha akan mengunjungi


kuil Buddha untuk pemberian penghormatan kepada Buddha dan juga
pembacaan kitab-kitab.

Pada hari ini juga, penganut-penganut agama Buddha akan


melepaskan burung merpati, memberi makanan kepada orang miskin
dan juga kepada sami-sami.

Pada malam pula, perarakan kereta berhias akan diadakan.

Pemandian Buddha

Pembacaan Kitab

Kereta Berhias

5 Larangan

Tidak membunuh - tidak mengancam nyawa orang lain


Tidak mencuri - tidak mengancam harta benda orang lain
Tidak berzina - tidak mengancam kesucian orang lain
Tidak berbohong - tidak mengancam reputasi orang lain
Tidak meminum arak - tidak mengancam rasional sendiri
dan keselamatan orang lain
Dalam agama Taoism juga mempunyai 5 larangan ini yang
diperkenalkan oleh Tai Shang Lao Jun..

Pepatah Agama Buddha


Baik seseorang itu berilmu daripada mempunyai kekayaan.
Setiap satu kelahiran mesti diikuti dengan kematian. Oleh itu,
seseorang itu sepatutnya takut akan kelahiran daripada
kematian kerana tiada kelahiran, maka tiadanya kematian.
Kebencian terhadap orang lain adalah suatu kesengsaraan
pada diri sendiri.
Air yang tenang tidak dapat melahirkan seorang pengemudi
yang baik.

Pepatah Agama Buddha..


Kesihatan merupakan kakayaan sebenar kepada manusia.
Tiada kesihatan, maka tiadanya kekayaan. Oleh itu, menjaga
kesihatan lebih penting daripada menjaga kekayaan.
Seseorang yang berilmu akan mendapat kegembiraannya
daripada sekelilingnya sendiri, manakala seseorang yang tidak
berpengetahuan akan mengharapkan kegembiraannya
daripada orang lain.
Seseorang yang mengimpiankan dan mengejarkan sesuatu
yang salah akan berasa seksa dan menderita.

..TAMAT
..

Sekian, Terima Kasih!!

DISEDIAKAN OLEH :
Lee

Seng Ying
Lim Mei Shan
Ong Chui Shan
Teoh Mei Kuan

Anda mungkin juga menyukai