Anda di halaman 1dari 10

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA

MOHAMMAD ROZAIRI BIN CHE


BESON
MUHAMMAD ALIEF NAIEMAN BIN
ROSLI
AFIF EZZATZULFADHLI BIN AZAMAN
AMIR HAMZAH BIN JAFRI
MUHAMMAD HASIF BIN ISMAIL
MUHAMMAD IKRAM BIN NORAZALI

SEJARAH SEBELUM RMK 1

BANK
DUNIA

PERSATUAN
TANAH
MELAYU

PEMBANGUN
AN NEGARA

TERTUBUHNY
A RM1

MEMBANGUNK
AN
NEGARA

PENGENALAN
Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan
pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan sesudah
tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi selama
lima tahun (19661970) ini membabitkan seluruh Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak. Objektif RMK1 adalah untuk
menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup
kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang
berpendapatan rendah.

OBJEKTIF RMK1
Rancangan ini mempunyai objektif seperti:
1.Memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan
seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat.
2.Meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.
3.Membangunkan ekonomi luar bandar.
4.Mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan
ekonomi negara.
5.Mengurangkan pengangguran.
6.Memajukan sektor perindustrian.

STRATEGI RMK1

TUMPUAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN


DAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan sektor pertanian untuk memperkaiki sosio ekonomi penduduk luar
bandar. Sejumlah RM450 juta diperuntukkan dengan 25% daripadanya untuk pembangunan luar bandar dan
pertanian.
FELDA, agensi yang ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi penduduk luar bandar, telah membuka
banyak projek tanah sehingga tahun 1966 antaranya Segitiga Jengka di Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek
Johor Tenggara. Projek-projek ini berjaya meningkatkan taraf hidup para petani serta menambah peluang pekerjaan
dan mengurangkan pengangguran di luar bandar.
Antara agensi yang ditubuhkan sepanjang RMK1 adalah:
1.FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966 untuk memulih dan memajukan projek tanah kerajaan.
2.MARDI ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membuat penyelidikan tentang pemasaran dan pengeluaran hasil
tanaman kecuali getah.
Di bawah RMK1, tanaman-tanaman seperti kelapa sawit, koko dan tebu telah ditanam dengan lebih luas lagi.

PEMBANGUNAN INDUSTRI DAN


MASYARAKAT BUMIPUTERA
RMK1 menyaksikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (distruktur semula dari Rural
Industrial Development Authority atau RIDA) yang ditugaskan bagi memajukan, menggalakkan,
memudahkan serta menjalankan pembangunan pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan dalam
persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar. Dengan tertubuhnya MARA,
pedagang dan pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan kewangan dengan lebih mudah
selain daripada institusi kewangan lain seperti bank.
Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta mewujudkan lebih
banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga, Prai di Semenanjung Malaysia
dan Bintawa di Sarawak; serta Likas dan Kepayan di Sabah.

PERISTIWA BERDARAH
RMK1 dilihat tidak begitu berjaya dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi
antara kaum dan wilayah. Kekurangan pelaburan dalam modal insan gagal untuk
meningkatkan pendapatan keluarga luar bandar. Di Semenanjung Malaysia, 90%
isi rumah hanya mendapat kurang dari RM100 sebulan dan mereka kebanyakannya
berada di luar bandar dan berbangsa Melayu
Keadaan ini menyebabkan ketidakpuasan hati antara kaum dan tercetus peristiwa
13 Mei 1969. Peristiwa ini menyaksikan rusuhan kaum kerana perasaan tidak puas
hati orang Melayu kerana masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi dan
pendidikan.

SEKIAN,TERIMA KASIH