Anda di halaman 1dari 9

MODUL :

STREET DAKWAH

Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

SAKSIKAN
SEBUAH KEMBARA SERUA
N KEBAIKAN.

Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL : STREET DAKWAH

APA ITU STREET DAKWAH:


Street Dakwah atau dalam Bahasa Melayu disebut Dakwah
Jalanan.
Street Dakwah atau Dakwah Jalanan adalah antara approach yang
popular masakini dan mendapat perhatian ramai. Lebih menarik
apabila ia sangat berkesan dan unik untuk mendekati masyarakat
awam yang jauh terpisah dari manhaj kehidupan Islam yang tulen.
Umumnya dakwah di negara kita masih berlegar dalam method lama.
Masjid dan surau masih berkisar dengan pendekatan kuliah dan
ceramah.
Sungguhpun Street Dakwah telah menjadi satu pendekatan dakwah
yang begitu popular diperingkat antarabangsa, tetapi Street Dakwah
di negara kita masih memerlukan sentuhan dari pelbagai pihak
untuk menyemarakkannya ke seluruh negara.
Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL : STREET DAKWAH

SERUAN DAKWAH - TANGGUNGJAWAB


SETIAP INDIVIDU MUSLIM:
Siapa lagi yang lebih mulia perkataan dan tindakannya melainkan
mereka yang turun ke medan untuk menyeru atau mengajak ummat
manusia kembali ke jalan Allah swt. Selain daripada ia adalah
sunnah Rasulillah s.a.w, ia juga merupakan wahyu dari Allah swt.
Firman Allah swt:






Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru (berdakwah) kepada (mengesakan dan mematuhi perintah)
Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata:
"Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah
kepada Allah)!" (Surah Fussilat: 33)
Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL : STREET DAKWAH

SERUAN DAKWAH - TANGGUNGJAWAB


SETIAP INDIVIDU MUSLIM:
Firman Allah swt:








Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih
baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan
orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Surah An Nahl: 125)

Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL : STREET DAKWAH

OBJEKTIF:
Bercakap dan beramal dengan syariat Agama Islam di kawasan
terbuka.
Meningkatkan ilmu dan pemahaman peserta tentang dakwah luaran.
Kesedaran mengenai tanggungjawab mempromosikan Islam kepada
masyarakat awam adalah tanggungjawab semua umat Islam.
Mengetahui perjuangan Rasulullah s.a.w berdakwah kepada
masyarakat jahiliyyah dan masyarakat majmuk sebelum dan selepas
peristiwa Hijrah.
Menghargai anugerah Agama Islam yang dimiliki.

Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL : STREET DAKWAH

CADANGAN AKTIVITI:
Bengkel / taklimat kaedah, adab-adab dan kelebihan berdakwah di
tempat awam yang betul.
Simulasi Street Dakwah sebagai pendedahan kepada murid.
Melaksanakan Street Dakwah di dalam / luar kawaan sekolah.
Bergerak secara kumpulan ke rumah-rumah yang berdekatan dengan
masjid dan surau. Seterusnya mempromosikan aktiviti-aktiviti
pengajian ilmu seperti di masjid dan surau. Mengedarkan risalah
dakwah kepada masyarakat (mengikut isu semasa yang berkaitan
dengan agama.
Melaksanakan solat sunat / fardhu secara berjemaah di tempat
awam.
Melaksanakan bacaan doa makan secara berjemaah di tempat
awam.
Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL : STREET DAKWAH

TAJUK-TAJUK CADANGAN:
Kelebihan dan Kepentingan Solat Berjamaah Di Masjid
Kepentingan Menghadiri Majlis Ilmu
Solat Jalanan

Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL : STREET DAKWAH

SEKIAN
TERIMA KASIH
SELAMAT BERAMAL

Disediakan oleh:
Ustaz Azrilhairi Bin Ahmad
SK Sungai Udang, Klang Selangor
Tel : 0136785692
Bulan Dakwah Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia