Anda di halaman 1dari 14

Definsi dan Jenis Tingkah

Laku Kanak-Kanak
Teoritikal Perspektif
NJ

Tingkah Laku dari Perspektif


Model Pembelajaran Psiko
Model ini menjelaskan tingkah laku kepada
dua prinsip iaitu teori biogenetik dan teori
psikodinamik yang menjelaskan bahawa
tingkah laku bermula secara dalaman
individual iaitu sama ada dalam badan
(soma)(teori biogenetik) ataupun dalam
psikik (teori psikodinamik) ataupun
berpunca daripada kedua-duanya sekali.

Teori biogenetik menjelaskan perkembangan tingkah


laku berdasarkan biologikal seseorang, situasi dan
perbezaan antara individu.
Teori psikodinamik menterjemahkan permasalahan
tingkah laku yang oleh simptom dalaman yang
tidak nampak dan tindak balas yang berlaku tanpa
disedari menimbulkan konflik dalaman dalam diri
individu yang kedua-duanya diwarisi daripada
keturunan ataupun peristiwa yang mengejutkan dan
pengalaman seperti sosial, budaya dan keluarga
semasa tahun pertama kehidupan.

Dalam model ini terdapat beberapa


jenis tingkah laku kanak-kanak iaitu:
- Sakit mental
- Ketidakstabilan Emosi dan
Gangguan
psikologikal (maladjustment)
- Gangguan emosi

Sakit Mental
Merujuk masalah kesihatan mental
yang menyebabkan seseorang itu
berterusan berhadapan dengan
konflik dalam perhubungan , tekanan
yang berlaku setiap hari dan usaha
mencari nilai-nilai kemanusiaan.

Maladjusment
Merujuk kepada kanak-kanak yang
menunjukkan simptom atau bukti
menghadapi masalah ketidakstabilan
emosi dan gangguan psikologikal dan
memerlukan rawatan pendidikan
yang khas supaya memberi kesan
terhadap personal, sosial dan
educational readjustment mereka.

Gangguan emosi
Merujuk kepada pembelajaran kanak-kanak,
hubungan interpersonal, tingkah laku dan
perkembangan penyakit dan fobia. Tingkah
laku ini ditunjukkan ada tahap-tahapnya yang
tertentu dan berlaku pada satu masa tertertu.
Dalam pendidikan khas, tingkah laku ini
diklasifikasikan sebagai gangguan tingkahlaku
yang sangat serius kerana kanak-kanak yang
menghadapi masalah ini akan menunjukan aksi
tingkah laku yang bukan senang untuk
difahami. Mereka berhadapan dengan masalah
konflik dalaman dan kurang kawalan dalaman.

Tingkah Laku dari Perspektif


Model Tingkah Laku
Model ini lebih merujuk kepada tingkah laku yang
boleh diperhatikan dan cara bagaimana tingkah
laku ini dipelajari. Oleh itu masalah tingkah laku
akan lebih banyak dilihat dari aspek kanak-kanak
belajar berbanding masalah dalaman
psikologikal.
Model ini menjelaskan beberapa jenis tingkah
laku yang boleh dilihat iaitu:
Behavioural disorder
Emotional and behavioural difficulties
Social, emotional dan behavioural difficulties

Tingkah Laku Luar Biasa


(Behavioral Disorder)
Merujuk kepada tingkah laku yang
menunjukkan kanak-kanak tidak gembira
dengan dirinya, tidak popular dalam
kalangan rakan-rakan atau orang sekitarnya,
tidak menunjukkan kecemerlangan dalam
kerja sekolahnya
Tingkah laku ini juga menunjukkan tingkah
individu yang secara kroniknya merasa tidak
ada penerimaan dalam sosial mereka dan
tidak mempunyai ketidakpuasan personal.

Emotional and behavioural


difficulties
Merujuk kepada tingkah laku
severities of withdrawn, pasif,
kemurungan, agresif ataupun
kencenderungan untuk
mencederakan diri sendiri

Social, emotional dan


behavioural difficulties
Merujuk kepada tingkah laku

Tingkah laku dari Perspektif


Pendekatan Ekosistem
Tingkah laku dilihat sebagai satu hasil
interrelationships dan interactions yang
dinamik dengan personal dan variable
persekitaran dengan dan dalam sistem
yang berbeza apabila kanak-kanak
menemui diri mereka sendiri, keluarga,
sekolah dan komuniti sekeliling mereka.
2 jenis tingkah laku iaitu Tingkah laku
mengganggu dan tingkah laku mencabar
( ibu bapa tidak mampu menangani
tingkah laku dengan baik dan berkesan)

Devie (1986) mencadangkan sebelum


mengenal pasti sama tingkah laku itu
jenis menganggu atau tidak golongan
profesional perlu:
- Fikir tingkah laku itu untuk minta
bantuan ataupun hanya untuk dapatkan
perhatian
- pertimbangkan kemungkinan konflik
dalaman ataupun disebabkan oleh faktor
luaran yang boleh menimbulkan masalah
tingkah laku yang lain.
- Semak dan kaji dengan teliti sama
ada berpunca daripada sikap mereka
sendiri, persepsi ataupun peraturan bilik
darjah yang menyebabkan kanak-kanak
bermasalah tingkah laku.

Perbincangan Kumpulan
Bincangkan kes yang telah diberikan kepada
kumpulan anda.
Fikirkan tentang tiga perkara ini dalam
membincangkan kajian kes anda.
Pertimbangkan sama ada kes tersebut
menarik perhatian anda?
Apakah spesifik tingkah laku yang menarik
perhatian anda?
_ Mengapakah tingkah laku tersebut yang
menarik perhatian anda.
Kemudian bentangkan.

Anda mungkin juga menyukai