Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebagai Air

Aku sebagai air. Semua benda hidup memerlukan aku untuk hidup.
Aku sangat penting kepada manusia. Aku juga diperlukan oleh tumbuhtumbuhan dan haiwan. Aku boleh didapati dari laut ,sungai ,perigi dan
sebagainya.
Manusia menggunakan aku memasak, membasuh pakaian, mandi
dan sebagainya. Haiwan dan manusia memerlukan aku apabila haus. Mereka
minum aku untuk menghilangkan kehausan.
Tumbuh-tumbuhan turut memerlukan aku untuk hidup. Manusia
selalau menggunakan aku untuk menyiram tanaman mereka. Tanpa aku
,manusia, tanaman dan haiwan akan mati.
Jika berlaku kebakaran ,aku digunakan oleh ahli bomba untuk
memadamkan api. Tanpa aku, kebakaran mungkin akan merebak dengan
cepat . Nyawa manusia juga akan terancam.
Memandangkan begitu pentingnya aku, manusia perlulah berjimatcermat menggunakan aku dan tidak membazir.