Anda di halaman 1dari 72

Konsep-Konsep Asas

Hubungan Etnik
Dr. Mohd Akram Dahaman
Pusat Pengajian Umum,
Kolej Sastera dan Sains (CAS)

Mengaji biar pandai, perangai biar berjurus, hidup


biar boleh tumpang

Alvin Toffler

Yang buta (huruf,budaya) / illiterate di


dalam kurun ke-21 bukanlah mereka
yang tak boleh menulis/membaca
tetapi, mereka yang tidak boleh belajar
(learn), nyahbelajar (unlearn)
dan
belajar semula (relearn)
(Toffler: Rethinking The Future)

Wahai umat manusia!


Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa
dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu
di sisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan
yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya (akan
keadaan dan amalan kamu). AlHujurat:13

O mankind, indeed We have created you


from male and female and made you
peoples and tribes that you may know one
another. Indeed, the most noble of you in
the sight of Allah is the most righteous of
you. Indeed, Allah is Knowing and
Acquainted

Konsep Manusia

Siapakah manusia?
Manusia dalam bahasa Sanskrit manu
yang bermaksud berfikiran dan berakal.
Dalam bahasa Latin homo bermaksud
orang yang dilahirkan dari tanah
(humus)
Dalam bahasa Inggeris human
bermaksud berfikiran dan berkreatif.
Dalam bahasa Arab al insan dan al
basyar yang bermaksud sejenis haiwan
yang boleh berfikir dan bertutur.

Teori Mengenai Manusia


Teori Monogenesis.
Menyatakan manusia berasal dari
keturunan Adam dan Hawa. Manusia
dicipta dan dibentuk oleh Allah. Teori ini
didokong oleh agama Islam, Kristian dan
Yahudi.
Teori Poligenisis.
Menganggap manusia berasal daripada
beberapa makluk induk kemudian
berkembang secara beransur-ansur
kepada bentuk sekarang (Teori Darwin)

PANDANGAN
Darwin dan ahli paleoantropologi.
Terdapat 3 jenis manusia awal iaitu Homo hibilis,
Homo Erectus dan manusia Neanderthal
seterusnya berkembang menjadi Homo Sapians
dan berpecah menjadi beberap ras manusia.
Menurut Islam kejadian manusia selepas Adam
dan Hawa adalah dari setitis air mani yang
mempunyai unsur tanah. (Al mukmin ayat 12-14)
Manakala dalam bible hanya dijelaskan ttg
kejadian manusia terawal (adam) berasal daripada
tanah (genesis 2:7)

Ras & Etnik


Definisi Ras:
- Ada pelbagai pendekatan dalam mendefinisikan ras.
Secara biologi, warganegara, penduduk sesuatu
negara, bahasa pertuturan, agama, kebudayaan dan
tradisi yang sama
- Unesco: satu kelompok besar manusia yg punya
pembawakan biologi/ciri fizikal yang sama
diperturunkan dari satu generasi ke generasi
seterusnya (pembentukan bentuk kepala, berat badan,
warna kulit, rambut) = Kaukasiod (kulit cerah/rambut
halus), negroid (kulit gelap/rambut kasar kerinting),
mongoroid (kulit kuning/perang, mata sepet)
- Namun begitu, definisi begeni kurang tepat.
Kebanyakkan manusia mempunyai campuran ciri
fizikal tersebut.

Ahli sosiologi masa kini meletakkan ras sebagai:


satu hasil konstruksi (pembikinan/pembinaan)
sosial, sekumpulan manusia yg melihat diri
mereka dan juga dilihat oleh orang lain sebagai
sifat keturunan yang membezakan mereka
daripada yg lain.
Oleh itu, selalunya istilah ini
disamaertikan\disamagunakan dengan etnik
dan suku bangsa
Definisi etnik= kesukubangsaan
Ada pula yang membezakan antara kelompok
ras dengan kelompok etnik = max weber
Kelompok ras lebih kepada aspek biologi,
kelompok etnik lebih kepada aspek adat
istiadat/budaya

Tetapi yang jelas = semua istilah ini


digunakan bagi menunjukkan maksud
etnik (ras/kaum/suku kaum/bangsa)
Timbul persoalam ttg penggunaan
bangsa terhadap negara (bangsa
Malaysia/ bangsa Indonesia/ bangsa
Thailand dll?)
Perkara ini terjadi dan wujud akibat
faktor politik/pemisahan
sempadan/negara
Bangsa Malaysia = etnik =
masyarakat

Konsep Masyarakat
Definisi
Masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup bersamasama (dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu )
atau pergaulan hidup.
- Sekumpulan manusia yang berkongsi budaya yang sama, tinggal
di satu kawasan yang khas, merasai kewujudan mereka sebagai
satu entiti yang bersatu padu dan berbeza dgn yg lain.
Bangsa pula ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan
atau kumpulan manusia dalam satu iakatan ketatanegaraan.
Masyarakat adalah terdiri daripada kumpulan individu yang
mempunyi hubungan yang sangat lama. Masyarakat adalah
kelompok manusia, tua dan muda, lelaki dan perempuan yang
mempunyai hubungan sosial dalam sesuatu penempatan yang
sama.
Perhubungan yang wujud mungkin dari segi kekeluargaan,
pekerjaan, tempat tinggal, dan sebagainya

Komuniti manusia yang tinggal bersamasama di suatu tempat dengan cara dan
ukuran tertentu dari segi bahasanya,
manakala sudut istilah pula menerangkan
bahawa, masyarakat merupakan jaringan
perhubungan antara pelbagai individu
yang merujuk kepada pergaulan hidup dan
keseluruhan hubungan sosial
Pembentukan bangsa Malaysia boleh
diukur dari tiga perspektif utama iaitu,
pertama melalui aspek kenegaraan,
kedua adalah aspek kewarganegaraan
ketiga adalah aspek kebangsaan

Keperluan Mengkaji
Masyarakat
Manusia Hidup Bermasyarakat

Perlakuan seseorang itu adalah


berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh
itu, seseorang yang menghormati orang
lain atau rajin bekerja dicermin dan
mencerminkan masyarakatnya.
Kegigihan individu Jepun dikaitkan
dengan kegigihan masyarakatnya. Maka,
kajian terhadap masyarakat itu menjadi
penting kerana melaluinya, kita dapat
memahami manusia secara keseluruhan.

Memahami Cara Hidup Bermasyarakat


Apabila kita mengkaji sesebuah masyarakat,
kita akan dapat memahaminya dengan lebih
tepat berbanding jika tidak mengkajinya.
Pemahaman yang tepat terhadap massyarakat
membolehkan individu itu bertingkahlaku dan
menyesuaikan diri mengikut kehendak
masyarakat setempat.
Ini akan mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat dan sukar untuk melanggar
peraturan yang wujud di dalam lingkungan
sosialnya

Memahami Budaya dan Masyarakat


Lain
Individu yang telah mengkaji masyarakat
lain tidak akan mengalami satu kejutan
budaya, tetapi lebih bersedia
menghadapi perbezaan yang wujud.
Seseorang yang mengkaji masyarakat
industri tidak akan terkejut jika pergi ke
negara tersebut.

Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat


Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas
di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi
merangkumi masyarakat dunia
keseluruhannya.
Bagi mengatasi isu-isu global seperti
pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata
dan sebagainya, memerlukan kerjasama
antara masyarakat.

Maka, kajian terhadap masyarakat akan


membolehkan kita memahami dan memupuk
kerjasama dengan sesuatu masyarakat.

Ciri-Ciri Masyarakat

Masyarakat = istitusi yang sangat kompleks (saling


berkaitan semua institusi yg ada di dalam masyarakat
daripada individu, famili, komuniti, negara bangsa dan
antarabangsa/global
Sebab itu susah untuk diuruskan
Tetapi jika berjaya diuruskan dengan baik = hasilnya juga
akan baik

Manusia Yang Hidup Berkelompok

Satu hakikat yang nyata di kalangan manusia ialah


mereka hidup bersama dan membentuk kelompok.
Kelompok ini yang membentuk masyarakat. Mereka
mengenali antara satu sama lain dan saling
bergantungan.
Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama
manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat
meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada
manusia lain.

Melahirkan Kebudayaan
Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan
sebaliknya.
Masyarakat akan melahirkan kebudayaan,
sama ada kebendaan atau bukan kebendaan.
Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke
generasi berikutnya dengan proses
penyesuaian.

Mengalami Perubahan
Sebagaimana budaya, masyarakat juga
turut mengalami perubahan.
Suatu perubahan terjadi kerana faktorfaktor yang berasal dari masyarakat itu
sendiri.
Sebagai contoh, suatu penemuan baru
mungkin akan mengakibatkan perubahan
kepada masyarakat itu

berinteraksi
Salah satu syarat kewujudan masyarakat
ialah terdapatnya perlakuan berhubung
dan bekerjasama di antara ahli dan ini
akan mencetuskan interaksi.
Interaksi ini boleh berlaku secara lisan
atau tidak lisan.
Komunikasi berlaku apabila masyarakat
bertemu di antara satu sama lain

Terdapat Kepimpinan
Pemimpin adalah terdiri daripada ketua
keluarga, ketua kampung, ketua negara
dan sebagainya.
Dalam masyarakat Melayu awal,
kepimpinan adalah bercorak tertutup
kerana pemilihan berdasarkan
keturunan

Stratifikasi Sosial (pelapisan sosial


Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada
kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya
atau merujuk kepada susun lapis masyarakat.
Stratifikasi sosial dibahagikan kepada tiga:
kelas,
status
kasta
Kuasa
Ekonomi
Penilaian masyarakat
Kepuasan jiwa

Kelas ialah kedudukan seseorang dalam


masyarakat berdasarkan pemilikan harta atau
kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan
orang miskin, kelas bawahan.
Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan
oleh individu dalam masyarakat seperti
penerimaan gelaran iaitu Haji, Lebai, Dato dan
sebagainya.
Kasta ialah kelas sosial yang keahliannya
ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam
hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini
dapat dilihat dalam zaman tradisional India
yang memecahkan kasta kepada Brahmin,
Ksyatria, Vaisya dan Sudra.

Konsep
Kebudayaan

Budaya
Pakar-pakar peyelidik berpendapat bahawa
perkataan budaya itu berasal dari perkataan
Sanskrit budaya ialah percantuman dua
perkataan budhi dan daya.
Perkataan budhi yang dipinjam dari bahasa
Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal
manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia
bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.
Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini
budaya akan membawa maksud tenaga fikiran,
usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa

Dictionary of Philosophy (1996) memberikan


maksud budaya sebagai The way of life of a
people, including their attitudes, values, beliefs,
arts, sciences, modes of perception, and habits of
thought and activity. Cultural features of forms of
life are learned but are often too persive to be
readily noticed from within.
Budaya dapat didefinisikan sebagai cara hidup
yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota
kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem
sosial, susunan organisasi ekonomi, politik,
agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai,
peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan
oleh mereka sebagai anggota masyarakat

Budaya boleh dibahagikan kepada dua:


budaya kebendaan (artifak)
budaya bukan kebendaan (mantifact)

Budaya kebendaan
peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta,
perahu, senjata dan sebagainya.
Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza
dengan orang Inggeris atau orang Eskimo.

Budaya bukan kebendaan


kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat
yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti
perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki
yang memberi hantaran kepada pihak perempuan
manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri)
perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak
lelaki

Terdapat dua peranan utama budaya:


1. membina imej negara ke arah
mewujudkan keperibadian dan identiti
2. pemupukan kesedaran kebangsaan dan
kenegaraan berasaskan ciri-ciri
kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan
mental

Oleh itu manusia itu sendiri


membentuk budaya dan
perkembangan budaya akan mengikut
perkembangan masyarakat itu sendiri

Ciri-Ciri Budaya
Dipelajari
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu
dipelajari
Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat
bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
i.
Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran,
sekolah, institusi latihan dan sebagainya.
ii.
Nilai yang mendapat keutamaan dalam
sesebuah
masyarakat itu.
iii.
Umur seseorang.
iv.
Tahap pendidikan
v.
Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

Ciri Budaya
Kesejagatan
Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam
semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang
tidak memiliki kebudayaan.
budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat
kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap
penyesuaian anggota.
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat
dalam semua budaya iaitu:

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

peralatan dan kelengkapan hidup manusia.


mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
sistem sosial.
bahasa.
kesenian.
sistem pengetahuan.
agama dan kepercayaan.

Ciri Budaya

Perkongsian
Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu
diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia.
Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana
masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah
kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka
dalam kehidupan seharian.
Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia
tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri
walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian,
ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya
perlakuan masyarakat.

Ciri Budaya
Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa
budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan
hari ini adalaah lanjutan daripada budaya
terdahulu.
Peristiwa yang telah berlaku akan memberi
kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi
juga membawa maksud bersambung.
Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil
teknologi awal manusia masa lampau.

Ciri Budaya
Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak
mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada
perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah
beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap
rumbia.
Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas
seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada
ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan
lebih cepat berubah.
Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:
i.

ii.
iii.
iv.
v.
vi.

pertambahan bilangan anggota masyarakat.


pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
penemuan dan penciptaan teknologi baru.
pertembungan budaya.
konflik yang berlaku.
perubahan alam sekitar.

Ciri Budaya
Perlambangan
Perlambangan ialah sebagai satu lambang
dalam budaya yang memberikan makna
tertentu kepada pendokongnya seperti
bendera, warna, logo, lambaian tangan
dan sebagainya.
Perlambangan yang wujud turut
membantu manusia berhubung dan
berkomunikasi sesama mereka seperti
isyarat memanggil.

Ciri Budaya
Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia
memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
Pandangan semesta ini timbul kerana manusia
mempunyai pertalian yang rapat dengan alam
sekitarnya.
Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam
kehidupan seharian seperti simpulan bahasa
(seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta,
sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan
sebagainya.

Fungsi Budaya Dalam


Kehidupan
Memenuhi dan Menyediakan Keperluan
Semua manusia memerlukan keperluan asasi
untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia
menggunakan air untuk kegunaan pertanian,
kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan
sebagainya.
Keutamaan pengeluaran produk bergantung
kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh
masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu
mewarisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal.

Fungsi Budaya Dalam


Kehidupan
Sebagai Panduan kepada Anggota
Masyarakat dalam Bertingkahlaku
Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang
sebati dengan kehidupan manusia. Manusia
memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan
daripada agama.
Budaya mempunyai peranan memberikan
panduan kepada anggota masyarakat dalam
bertingkahlaku dalam memberikan panduan, ia
meliputi:
i.
ii.
iii.

perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.


perlakuan yang patut dan tidak patut.
perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

Fungsi Budaya Dalam


Kehidupan
Mengatur Hubungan Sesama Manusia
budaya mendidik kita agar menghormati
jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa
yang sama kita dilarang menyakitkan hati
rakan sesuai dengan ajaran Islam.
Ini bermakna dalam menjalani kehidupan
seharian, kebudayaan memainkan
peranan mengatur hubungan sesama
manusia.

Fungsi Budaya Dalam


Kehidupan
Sebagai Penggalak Kepada Manusia
Untuk Mencipta
Alam fizikal yang berbeza menghasilkan
keperluan manusia yang berbeza. Orang
Eskimo memerlukan baju tebal.

Maka, ia sebagai pendorong kepada


penciptaan bagi memenuhi keperluan
harian dan memudahkan segala urusan.

Fungsi Budaya Dalam


Kehidupan
Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan
Identiti
Budaya berperanan sebagai alat penyatuan
dan pengenalan identiti. Sesuatu bangsa
dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih
lagi dari budayanya.
Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari segi
fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang
berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.

Konsep Asas Hubungan


Etnik
Berasal dari perkataan ethnos
Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal
dalam kelompok manusia dan ciri yang
paling ketara serta sering digunakan untuk
membezakan kumpulan manusia ialah warna
kulit.
Etnik pula dari segi bahasa boleh
didefinasikan sebagai kaum atau bangsa.
Dari segi istilah pula etnik boleh
didefinasikan sebagai kelompok manusia
yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri
budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa,
kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga


tidak memaksa perubahan terhadap
kepercayaan agama atau membuang unsur
sesuatu kaum
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan
budaya.
Etnik juga dapat dikelaskan mengikut
demografi iaitu mengikut kedudukan geografi
dan sempadan negeri.
Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat
pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan
geografi yang berbeza
.

Apakah bentuk rumah ini?

Konsep Etnisiti
Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan
sesuatu kumpulan etnik tertentu.
Ini bererti wujudnya satu kebudayaan
atau sub-budaya jelas di mana
anggotanya berasa disatukan
dengan satu sejarah, nilai, sikap dan
tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme
Manakala etnosentrisme pula merujuk
kepada kepercayaan atau rasa bangga
yang wujud dikalangan anggota sesebuah
kelompok etnik bahawa budaya dan
etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan
hebat daripada kelompok lain.
Etnosentrisme juga membawa makna
suatu perspektif melihat kelompok etnik
lain daripada lensa dan kacamata etnik
sendiri.

Konsep Ras dan Rasisme


Istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara
berulangan walaupun membawa makna berbeza.
Di Malaysia, istilah ras dan etnik sering kali dicampuraduk
dan digunakan secara bertukar sehingga maknanya
menjadi lebih kurang sama.
Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di
Sabah dan Sarawak sepatutnya dikenali sebagai etnik
tetapi juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah
kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan
kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti
warna kulit, warna mata, warna rambut dan selainnya.
Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan
kumpulan manusia ialah warna kulit.

Manakala rasisme ditakrifkan sebagai


pandangan, pemikiran, atau kepercayaan
negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau
para anggotanya mengenai sesuatu
kelompok lain berdasarkan perbedaan
wajah fizikal-bilogikal atau ras sematamata dan ini ditunjukkan secara terbuka
melalui prilaku atau tindakan terbuka.
Rasisme adalah gabungan prejudis dan
kuasa diartikulasi melalui diskriminasi
berasaskan warna kulit, mata dan ciri-ciri
fizikal-biologikal selainnya.

Rasisme wujud pada dua tahap iaitu tahap


individu dan tahap institusi.
Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam
bentuk kepercayaan wujudnya ras tertentu
yang berstatus lebih tinggi dan ada yang
berstatus lebih rendah.
Rasisme pada peringkat individu ini wujud
dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu.

Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar


dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi,
seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi
masyarakat daripada ras yang berbeza.
Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat
secara tersirat di dalam struktur sosial.

KONSEP PERPADUAN DAN


INTEGRASI
Perpaduan seringkali merujuk kepada penyatuan
berbagai etnik dan budaya yang berlainan ke arah
membentuk satu entiti fizikal. Mereka tinggal
bersama dalam satu kawasan dan menjalankan
aktiviti seharian dengan harmoni.
Perpaduan juga adalah satu konsep politik yang
merujuk kepada satu keadaan sehaluan, rapat serta
bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama.
Ini selari dengan apa yang dimaksudkan dengan
perpaduan oleh kerajaan iaitu satu proses
menyatupadukan anggota-anggota masyarakat dan
negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya
tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
kebangsaan bersama di kalangan mereka

Segregasi
Ia merupakan hubungan yang bersifat
pemisahan di antara etnik-etnik dalam
sesebuah negara.
Pemisahan berlaku dalam beberapa
keadaan di antaranya dari segi kawasan
tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan awam.
Ia wujud sama ada didasari oleh
undang-undang atau tidak seperti Dasar
Apatheid di Afrika Selatan.
A+B+ C

Akomodasi
Ia merupakan proses di mana etnik menyedari
norma dan nilai mereka antara satu sama lain,
namun mereka tetap mempertahankan budaya
hidup masing-masing. Namun, mereka hidup
secara harmoni dan menghormati antara satu
sama lain.
Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik
mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi
dan pendidikan, mereka saling bergantungan.
Switzerland adalah negara yang mempunyai
hubungan etnik bersifat akomodasi kerana
etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling
membuat penyesuaian antara mereka
A+ B + C = A+ B + C

Akulturasi
Ia merupakan satu proses penerimaan
unsur kebudayaan di kalangan individu
atau kelompok dari sesuatu kebudayaan
lain yang berlainan.
Akulturasi terjadi apabila satu kelompok
manusia dengan suatu kebudayaan yang
tertentu dihadapkan unsur-unsur dari
suatu kebudayaan asing yang berbeza
sehingga unsur-unsur kebudayaan asing
itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam
kebudayaan sendiri.
Berbeza dengan proses asimilasi, proses
akulturasi tidak menyebabkan kehilangan
identiti asal masyarakat yang menerima.

Dalam sejarah tamadun manusia, sering


berlaku pertemuan atau pertembungan
antara dua atau lebih kebudayaan.
Proses ini menyebabkan berlakunya
proses pinjam-meminjam.
Pada peringkat awal, unsur pinjaman
digunakan secara langsung dan kemudian
diolah dan dijadikan unsur kebudayaan
sendiri.
Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan
rujukan seperti penggunaan tali leher,
angpow, makanan, hiburan dan
sebagainya

Namun kejayaan akulturasi


bergantung kepada:
i.
Unsur-unsur kebudayaan asing
yang mudah diterima seperti budaya
kebendaan seperti pakaian dan
kebudayaan tersebut memberi manfaat
yang besar.
ii.
Unsur kebudayaan asing
berbentuk bukan kebendaan sukar
diterima seperti ideologi, pemikiran dan
sebagainyaA + B + C = Ai + Bi + Ci

Asimilasi
Ia merupakan satu proses percantuman
dan penyatuan di antara etnik yang
berlainan budaya sehingga membentuk
satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yang sama. Ia berkaitan dengan
penyerapan sehala individu ke dalam
etnik yang lain.
Asimilasi yang sempurna menyebabkan
berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan dan
identiti.
Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas
masyarakat Jawa, masyarakat Cina
Kelantan, Baba dan Nyonya, merupakan
antara contoh berlakunya proses asimilasi

Samb
Proses asimilasi berlaku apabila
terdapatnya:
Etnik yang berbeza budaya.
Individu di dalam atau di antara
etnik sering berinteraksi.
Interaksi berlaku dalam tempoh
yang lama.

Kejayaan asimilasi bergantung kepada:


i.

Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan


identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.
ii. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik
lain.
iii. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti
tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil.
iv. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.
v. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya
etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.

Faktor penghalang asimilasi ialah:


Kurangnya pengetahuan kebudayaan
sehingga menimbulkan perasaan takut
terhadap budaya lain.
Timbul perasaan bahawa budaya etnik
lebih tinggi dari etnik lain.
Adanya perbezaan kepentingan antara
etnik yang terlibat.
A+B+ C=A

Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang
terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk jenisjenis budaya dan ras yang baru.
Cara utama dalam menentukan
proses amalgamasi terjadi ialah
perkahwinan campur antara etnik.
A+ B + C = D

Tahap-tahap Hubungan
Etnik
SEGREGASI

Pemisahan antara etnik.


Dasar apateid

AKOMODASI

Sedar perbezaan budaya.


Hidup dengan harmoni

AKULTURASI

Minoriti menerima budaya majoriti,


tanpa ubah budaya asal

ASIMILASI

Minoriti terima budaya dominan

AMALGAMASI

Percampuran membentuk kelompok baru


Kahwin campur

Proses Integrasi
Amalgamasi
Asimilasi
Akulturasi
Akomodasi
Segregasi

Rend
ah

Tingg
i

Pengalaman Malaysia
Di atas kepelbagaian inilah, kerajaan telah
mengambil langkah dan melaksanakan
berbagai program bagi memupuk
perpaduan di kalangan rakyat.
Antara langkah penting yang diambil oleh
kerajaan ialah menubuhkan Jabatan
Perpaduan Negara selepas peristiwa 13 Mei
1969.
Jabatan ini seterusnya ditukar kepada
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN) bagi memainkan peranan
yang lebih penting dalam memupuk
perpaduan kaum di Malaysia serta terus
berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan juga telah bertindak secara aktif dengan


menubuhkan Panel Penasihat Perpaduan Negara di
peringkat pusat dan Jawatankusa Penasihat Perpaduan
Negeri di peringkat negeri-negeri.
Penubuhan panel ini bertujuan untuk membincangkan
is-isu perpaduan kaum di Malaysia secara harmoni dan
tidak menggugat kestabilan politik yang sedia wujud.
Ini ditambah lagi dengan pelbagai program lain seperti
dasar-dasar yang diperkenalkan, sistem pendidikan
dan pelbagai lagi.
Sebagai contoh, hubungan harmoni antara etnik di
Melaka dibuktikan lagi dengan jelas hingga kini
melalui seni bina masjid dan rumah ibadat lain di
Melaka.

Masjid Kapitan Kling dan Masjid Tengkera misalnya,


mempunyai gabungan senibina China, Melayu, Arab
dan India. Masjid-masjid yang dibina pada zaman
kesultanan Melaka adalah unik iaitu mempunyai
menara berunsurkan pagoda dan ukiran campuran
bermotif tempatan, Arab dan India serta China.

Begitu juga dengan adanya Kementerian Kesenian,


Kebudayaan dan Warisan, telah memperkukuhkan lagi
warisan kesenian rakyat Malaysia seperti tarian, muzik,
pemakaian pakaian tradisional dan makanan dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia, terus
dipelihara dan dimajukan.
Misalnya, makanan etnik Melayu seperti nasi lemak
menjadi kegemaran rakyat Malaysia, begitu juga dengan
masakan etnik Cina seperti nasi goreng Cina, mi Hailam
dan masakan India seperti kari.
Manakala daripada segi pakaian, para pelajar bukan
Melayu tidak merasa janggal memakai baju kurung dan
baju Melayu khususnya pada hari Jumaat.
Perkara ini terus diterima apabila sambutan Hari
Kemerdekaan, di mana kesenian rakyat Malaysia seperti
pakaian dan alat muzik telah digunakan.

Hal yang sama juga apabila perbarisan kontigen sukan


Malaysia dalam mana-mana acara sukan, telah
memaparkan kesenian rakyat Malaysia.

Oleh itu, konsep-konsep seperti


prejudis, steriotaip, rasisme dan
diskriminasi wajar dielakkan kerana
ia boleh menghalang perpaduan di
kalangan etnik.
Sebaliknya konsep-konsep seperti
akomodasi wajar dijadikan panduan
dalam menjalinkan hubungan etnik
di Malaysia.

Kesimpulan
Hubungan etnik ini pula tidak wajar dilihat
dari sudut luaran sahaja tetapi yang lebih
pentingnya ialah sudut spiritual.
Dalam hal ini, aspek-aspek yang menjadi
teras kebudayaan kebangsaan sewajarnya
dipelihara iaitu kebudayaan kebangsaan
haruslah berteraskan kepada kebudayaan
rakyat asal rantau ini, unsur-unsur
kebudayaan lain yang sesuai dan wajar
boleh diterima menjadi unsur kebudayaan
kebangsaan dan Islam menjadi unsur
penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.