Anda di halaman 1dari 8

Objektif Pembelajaran

Membezakan PPS dan pasaran monopoli dari aspek


Harga
Kuantiti
Keuntungan
Kecekapan peruntukan sumber
Kecekapan pengeluaran
Lebihan pengguna

Aspek Perbezaan PPS & Monopoli (Jangka Panjang)


Rajah menunjukkan perbezaan
antara
pasaran
persaingan
sempurna (PPS) dengan pasaran
monopoli dalam jangka masa
panjang.
Keseimbangan pasaran monopoli
dicapai apabila keluk MRm
bersilang dengan keluk LMC = SS
pada
titik
Em
manakala
keseimbangan PPS dicapai apabila
keluk ARm = DD bersilang dengan
keluk LMC = SS pada titik Es.

Aspek Perbezaan PPS & Monopoli (Jangka Panjang)


Harga
Pada
tingkat
keseimbangan di keduadua pasaran, tingkat
harga monopoli adalah
lebih tinggi berbanding
dengan tingkat harga
PPS, iaitu 0Pm > 0Ps.

Aspek Perbezaan PPS & Monopoli (Jangka Panjang)


Kuantiti
Kuantiti output yang
dikeluarkan oleh pasaran
monopoli adalah kurang
daripada kuantiti output
yang dikeluarkan oleh
PPS, iaitu 0Qm < 0Qs

Aspek Perbezaan PPS & Monopoli (Jangka Panjang)


Untung
Pasaran monopoli menikmati untung lebih
normal berbanding dengan PPS yang
memperoleh untung normal sahaja.
Dalam pasaran monopoli, pada tingkat
output 0Qm, harga monopoli, iaitu 0Pm
melebihi kos purata (GQm). Maka pasaran
monopoli memperoleh untung lebih
normal (untung monopoli) sebanyak
P0PmFG.
Dalam PPS, pada tingkat output 0Q s, harga
(0Ps) sama dengan kos purata (EsQs).
Maka pasaran itu memperoleh untung
normal.

Aspek Perbezaan PPS & Monopoli (Jangka Panjang)


Kecekapan Peruntukan
Sesuatu pasaran mengalami kecekapan peruntukan
apabila mengeluarkan output pada tingkat harga
sama dengan kos sut jangka panjang (P = LMC).
PPS menggunakan sumber ekonomi dengan lebih
cekap berbanding dengan pasaran monopoli. Hal
ini kerana pada tingkat output keseimbangan PPS
(0Qs), Ps = LMC pada titik Es.
Sebaliknya pada tingkat output keseimbangan
pasaran monopoli (0Qm) harga melebihi kos sut,
0Pm > LMC atau 0Pm > EmQm.
Dalam pasaran monopoli, kebajikan masyarakat
tidak dimaksimumkan kerana berlaku salah
peruntukan sumber dalam pengeluaran output lain.

Aspek Perbezaan PPS & Monopoli (Jangka Panjang)


Lebihan Pengguna
Lebihan pengguna ialah perbezaan antara
harga yang sanggup dibayar oleh pengguna
dengan harga yang sebenar dibayar.
Lebihan pengguna dalam pasaran PPS
melebihi lebihan pengguna dalam pasaran
monopoli.
Pada tingkat output keseimbangan PPS
(0Qs), lebihan pengguna adalah sebesar
PsAEs. Sebaliknya pada tingkat output
keseimbangan pasaran monopoli (0Qm),
lebihan pengguna adalah sebesar P mAF.
PsAEs adalah lebih besar daripada PmAF.

Aspek Perbezaan PPS & Monopoli (Jangka Panjang)


Lebihan Pengeluar
Lebihan pengeluar ialah perbezaan antara
jumlah hasil yang diterima oleh pengeluar
dengan kos sut. Lebihan pengeluar diukur
berdasarkan luas kawasan antara keluk MC
dengan harga yang diterima atau ditetapkan
oleh firma dalam pasaran.
Lebihan pengeluar dalam pasaran monopoli
melebihi lebihan pengeluar dalam PPS.
Pada tingkat output keseimbangan PPS(0Q s),
lebihan pengeluar adalah sebesar BPsEs.
Sebaliknya pada tingkat output keseimbangan
pasaran monopoli (0Qm) lebihan pengeluar
adalah sebesar BPmFEm. BPmFEm adalah lebih
besar daripada BPsEs.

Anda mungkin juga menyukai