Anda di halaman 1dari 11

Objektif Pembelajaran

Menjelaskan monopoli kerajaan dalam


pengeluaran barang awam.
Menerangkan operasi monopoli yang
dijalankan untuk kepentingan masyarakat
(melalui rajah).
Menerangkan
kepentingan
monopoli
kerajaan.

6.3.9. Dasar Kawalan Monopoli


Monopoli kerajaan ialah firma tunggal dalam pasaran monopoli yang dimiliki
oleh kerajaan. Kerajaan mengeluarkan barang awam demi kepentingan dan
kebajikan rakyat.
Kerajaan menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam yang meliputi
pengangkutan, komunikasi, bekalan air dan kesihatan.
Pengeluaran barang awam memerlukan modal dan kos pengendalian yang tinggi
dan perlu dikeluarkan dengan banyak untuk menikmati ekonomi bidangan.
Kerajaan dapat membekalkan barang awam pada harga yang lebih rendah dan
dalam kuantiti yang mencukupi berbanding jika dikeluarkan oleh pihak swasta.
Hal ini kerana kerajaan bukan bermotifkan keuntungan tetapi bermotifkan
kebajikan masyarakat.

6.3.9. Dasar Kawalan Monopoli


Kerajaan turut memberikan subsidi kepada pengeluar barang awam yang penting
kepada masyarakat seperti kereta api dan jalan raya (misalnya, Rangkaian
Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd menyediakan perkhidmatan bas awam
RapidKL). Selain mementingkan kebajikan masyarakat, usaha ini dapat menjamin
pembangunan negara yang berterusan.
Sesetengah sumber alam semula jadi seperti petroleum adalah penting kerana
merupakan sumber pendapatan negara dan menyimbang kepada kemajuan ekonomi
negara. PETRONAS yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan ditugaskan untuk
menjalankan usaha mencari gali, melombong dan memasarkan petroleum di Malaysia.
Apabila sebuah firma monopoli kerajaan dapat memenuhi matlamat sosialnya, firma
tersebut dikatakan cekap, iaitu berjaya mencapai tahap polangan adil atau optimum
sosial.

Cara Monopoli Kerajaan Menetapkan Harga


Monopoli kerajaan menetapkan harga melalui
dua cara :
Harga sama dengan kos sut jangka panjang (P =
LMC)
Harga sama dengan kos purata jangka panjang
(P = LAC)

Harga = Kos Sut Jangka Panjang (P = LMC)


Monopoli kerajaan yang menjalankan dasar penetapan
harga pada tingkat harga sama dengan kos sut jangka
panjang merupakan industri kos menurun atau
monopoli semula jadi.
Monopoli semula jadi menikmati ekonomi bidangan
dan kos purata jangka panjang menurun apabila output
bertambah.

Harga = Kos Sut Jangka Panjang (P = LMC)


Rajah menerangkan operasi industri kos menurun.
Jika industri tersebut dikendalikan oleh pihak
swasta, pihak swasta akan mengeluar pada tingkat
output keseimbangan 0Q1 apabila keluk hasil sut
bersilang dengan keluk kos sut jangka panjang
(MR = LMC) pada titik E1. Harga yang dikenakan
ialah 0P1 dan industri tersebut menikmati untung
lebih normal sebanyak P5P1BC.
Industri tersebut adalah penting kepada kebajikan
masyarakat dan kemajuan negara, tingkat output
0Q1 dianggap terlalu rendah dan tingkat harga 0P 1
terlalu tinggi. Pihak swasta tidak dapat
mengeluarkan barang atau perkhidmatan dengan
cekap kerana harga lebih tinggi daripada kos sut
(0P1 > E1Q1).

Harga = Kos Sut Jangka Panjang (P = LMC)


Oleh itu, kerajaan perlu campur tangan
dengan mengambil alih industri
tersebut. Kerajaan akan mengeluarkan
output sebanyak 0Q3 apabila harga
sama dengan kos sut jangka panjang
pada titik G. Tingkat harga ialah 0P3
yang terletak di kawasan keanjalan
permintaan tak anjal.
Namun monopoli kerajaan akan
mengalami kerugian kerana kos purata
jangka panjang melebihi hasil purata
(LAC > AR). Jumlah kerugian ialah
P3P4FG.

Harga = Kos Sut Jangka Panjang (P = LMC)


Kerajaan dapat menampung kerugian
tersebut dengan memberi subsidi kepada
industri tersebut. Monopoli mencapai
kecekapan peruntukan kerana harga
sama dengan kos sut jangka panjang (P 3
= LMC) pada titik G dan harga tersebut
merupakan harga optimum sosial.
Kesimpulannya, harga yang ditetapkan
oleh monopoli kerajaan adalah lebih
rendah (0P3 < 0P1) dan kuantiti output
yang dikeluarkan telah meningkat
daripada 0Q1 0Q3. Lebihan pengguna
bertambah daripada P1DB P3DG.

Harga = Kos Purata Jangka Panjang (P = LAC)


Kerajaan juga boleh mengenakan
harga 0P2, iaitu pada tingkat harga
sama dengan kos purata jangka
panjang (P = LAC) atau harga
pulangan adil (titik H).
Harga 0P2 juga terletak di kawasan
keanjalan permintaan harga tak
anjal. Industri akan menambahkan
output sehingga 0Q2 dan mendapat
untung normal sahaja kerana harga
sama dengan kos purata jangka
panjang.

Harga = Kos Purata Jangka Panjang (P = LAC)


Namun, monopoli tidak mencapai
kecekapan peruntukan kerana output
dikeluarkan pada tingkat harga
melebihi kos sut jangka panjang (0P2 >
IQ2).
Kesimpulannya, harga yang dikenakan
oleh kerajaan adalah lebih rendah (0P2
< 0P1) dan kuantiti output meningkat
daripada 0Q1 0Q2. Industri
mendapat untung normal sahaja kerana
AR = LAC pada titik H. Lebihan
pengguna bertambah daripada P1DB
P2DH.

Kepentingan Monopoli Kerajaan


Mengelakkan Persaingan Yang
Membazirkan
Jika beberapa buah firma yang
mengeluarkan
barang
atau
perkhidmatan yang sama bersaing,
pembaziran sumber ekonomi cenderung
berlaku.
Oleh itu, penawaran barang atau
perkhidmatan yang penting kepada
ekonomi perlu dikendalikan oleh
kerajaan demi kepentingan negara dan
bukannya demi keuntungan maksimum.

Menikmati Ekonomi Bidangan


Dalam monopoli kerajaan, ekonomi bidangan akan dicapai apabila
pengeluaran dijalankan secara besar-besaran oleh sebuah firma.
Tingkat output optimum jangka panjang merupakan tingkat pengeluaran
yang besar dan kos purata jangka panjang akan menurun sehingga
mencapai titik minimum apabila output terus ditambah.

Anda mungkin juga menyukai