Anda di halaman 1dari 24

MENGANGKAT DAN

MEMBAWA PESAKIT
Prinsip dan Kaedah Mengangkat Pesakit
Mengangkat Pesakit Menggunakan Usungan
Mengangkat Pesakit TANPA Menggunakan
Usungan

DEFINISI
Apabila berlaku kemalangan, salah satu perkara
yang diutamakan untuk diambil perhatian ialah
menentukan samada mangsa perlu dirawat ditempat
kejadian atau perlu dipindahkan ke tempat lain. Hal ini
bergantung kepada keadaan dan situasi mangsa dan
tempat kemalangan.
Seorang yang menolong perlu memindahkan pesakit
tersebut ke tempat yang lebih selamat. Sebelum
memindahkan pesakit, anda perlu terlebih dahulu
mengetahui kecederaan yang dialami oleh pesakit dan
mereka yang boleh membantu anda memindahkan
pesakit.

Seorang penolong cemas juga seharusnya


meneliti beberapa perkara:
-

Mengutamakan keselesaan pesakit

Memastikan kecederaan pesakit tidak

bertambah
-

teruk.

Contohnya pesakit yang patah tulang

memerlukan

cara pengangkutan yang sesuai

dengan kecederaannya.
-

Memerhatikan keadaan pesakit semasa

memindahkannya.

Pertimbangan sebelum mengangkat pesakit semasa


kecemasan.
Kebakaran atau bahaya kebakaran
Bahan letupan atau bahan-bahan berbahaya
Ketidakupayaan untuk melindungi pesakit dari bahaya
Ketidakupayaan untuk mengakses pesakit lain yang
memerlukan penjaga
Situasi lain yang mempunyai potensi untuk menyebabkan
kecederaan
Tidak menyediakan penjagaan menyelamatkan nyawa
disebabkan oleh lokasi pesakit atau kedudukan

Prinsip mengangkat pesakit

Pertimbangkan berat pesakit bersama-sama dengan berat


usungan atau peralatan lain yang sedang dijalankan dan
menentukan sama ada bantuan tambahan diperlukan.
Mengetahui keupayaan fizikal dan batasan anda. Tahu
keupayaan gabungan anda dengan pasangan anda. Jika
benar-benar perlu, anda boleh meminta penonton untuk
membantu. Anda atau pasangan anda mesti yang
bertanggungjawab dan memberi perintah, tidak pengamat.
Angkat tanpa memulas. Elakkan sebarang gerakan berayun
apabila mengangkat.

Kedudukan kaki lebar bahu anda selain dengan


satu kaki sedikit di hadapan yang lain.
Berkomunikasi dengan jelas dan kerap dengan
pasangan anda. Beritahu pesakit apa yang
anda akan lakukan terlebih dahulu.

Mengangkat pesakit
menggunakan usungan
(Stretcher)
Usungan Improvisi
Kemalangan di
kawasan terpencil
yang sukar mendapat
bantuan lain,
hendaklah
dikendalikan dengan
alatan-alatan yang
terdapat di tangan.
2 helai baju dan 2
batang kayu dibuat
usungan.

Mangsa dibaringkan di

atas usungan itu dan


diikat badannya supaya
tidak tergelincir jatuh.
Penolong kecemasan

selanjutnya mengangkat
usungan di sebelah
kepala mangsa dengan
membelakangkan
mangsa & menarik ke
pusat bantuan lanjut.

Jika penolong dapat


dibantu oleh orang lain,
maka kerja penyelamatan
menjadi lebih ringan dan
sempurna bagi mangsa.
Kaedah berikut memberi
idea bagaimana
pengusungan dikerjakan.
2 orang penolong
kecemasan menampung
badan mangsa yang
kakinya pula ditampung
oleh seorang sahaja.

Semua penolong kecemasan

berlutut di di sebelah kaki.


Dari kedudukan melutut,
ketiga-tiga penolong
kecemasan perlahan-lahan
bangun serentak.

Mangsa juga boleh diangkat

oleh ketiga-tiga penolong


kecemasan yang melutut
selanjar dan meletakkannya
ke atas usungan yang
tersedia.

Usungan Improvisi
(DENGAN SELIMUT)

Gulungkan selimut &


ditempatkan di atas lantai
berdekatan dengan mangsa
dengan gulungan selimut
bertentangan arah dengan
bahagian mangsa yang cedera.

Jika mangsa sedar diri,


terangkan prosedur.

Usungan Improvisi
(DENGAN SELIMUT)

Keempat-empat penolong kecemasan harus melutut


sama tahap dengan kepala, bahu, paha & kaki mangsa.
Dengan serentak, pusingkan mangsa ke arah penolong
kecemasan.
Kemudian, gulungan selimut diletakkan di belakang
mangsa.

Usungan Improvisi
(DENGAN SELIMUT)

Gulingkan mangsa semula di atas selimut dengan


perlahan-lahan melepasi gulungan selimut itu.
Untuk meratakan gulungan selimut itu, gulingkan
mangsa ke sebelah.
Kemudian, gulingkan mangsa semula supaya
belakang mangsa di atas lantai.

Usungan Improvisi
(DENGAN SELIMUT)

Pindahkan pengusung sejajar dengan tubuh mangsa &


serapat yang mungkin dengan kepala mangsa.
Gulungkan kedua-dua bahagian selimut ke arah mangsa
dengan kukuhnya.
2 penolong kecemasan harus berada bertentangan
antara satu sama lain sama tahap dengan bahu mangsa.
2 penolong kecemasan harus berada bertentangan
antara satu sama lain sama tahap dengan lutut mangsa.

Usungan Improvisi
(DENGAN SELIMUT)

Semua penolong kecemasan melutut ke bawah


dan menggenggam selimut dengan jari di sebelah
dalam pinggir gulungan.
2 penolong kecemasan di bahagian kepala mangsa
harus menggengam selimut di bahagian kepala dan
satu lagi di pinggang.
2 penolong kecemasan di bahagian kaki mangsa
harus menggengam selimut di bahagian paha dan
satu lagi di buku lali.
Dengan serentak, angkat mangsa secukup tinggi
untuk membolehkan penolong kecemasan lain
menyelit masuk pengusung di bawah mangsa.
Akhirnya turunkan mangsa dengan perlahan-lahan
di atas pengusung.

Mengangkat Pesakit TANPA Menggunakan


Usungan

Kaedah Menarik

Meletakkan pesakit ke atas


selimut tebal yang kemudiannya
ditarik dengan memegang tepian
selimut. Usungan ini
membolehkan pesakit diangkut ke
tempat yang jauh sedikit dan
sepatutnya diusahakan jika
pesakit mempunyai kecederaan
pada badan dan di dalam
ketenatan.

Kaedah
Mengendong

Cara ini ialah mendukung di mana sebelah tangan pesakit memaut bahu

penolong yang tangannya menampung berat badan pesakit di pinggang dan


di paha. Tentulah kaedah ini tidak dapat dijalankan jika berat badan pesakit
di luar kemampuan kekuatan tenaga penolong.

Kaedah Mendukung
Bagi pesakit yang
masih sedar dan
berupaya bekerjasama,
dia dikendong pada
belakang penolong dan
seterusnya
menampung paha dan
kaki pesakit

Kaedah Menopang
Digunakan sekiranya
pesakit boleh berjalan .
Pesakit menopang dan
bergantung di sisi
penolong yang berjalan
mengiringnya.

Kaedah Usungan Bomba


Rajah di bawah menunjukkan peringkat-peringkat langkah
mengangkat dan seterusnya mengusung pesakit dalam kaedah
ini usungan ini penting dipelajari kerana berguna untuk pesakit
yang tidak sedar diri dan dia terpaksa diangkut agak jauh
sedikit melalui rintangan-rintangan seperti tangga, titian atau
tanah berbatu tinggi rendah.

Kaedah Usungan Kerusi


Usungan ini memberi
keselesaan kepada
pesakit.

Kaedah Usungan Empat


Tangan
Kaedah ini memerlukan dua
penolong yang berpegang
tangan secara bersilang. Tangan
bersilang empat ini adalah untuk
tempat duduk mangsa manakala
mangsa akan memegang bahu
kedua-kedua penolong. Kaedah
ini bagi magsa yang sedar diri
dan tidak boleh berjalan.

RUJUKAN
http://www.academia.edu/6461714/Nota_lengkap_PJM_3118
https://www.scribd.com/doc/112133575/Garis-PanduanMengangkat-Pesakit-Dengan-Selamat
Abdul Rahman Isa et.al (2006)Pertolongan Cemas Prinsip Dan
Amalan.Selangor: Aura Productions Sdn Bhd

SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai