Anda di halaman 1dari 6

R

KA

AN
G
AN

NI
E
J

OH

A
IT
R
BE

KARANGAN JENIS BERITA


Karangan

jenis berita bertujuan untuk memberi


maklumat, pengetahuan, atau hiburan kepada pembaca.
Karangan berita perlu ditulis menggunakan bahasa yang
mudah,padat,ringkas,dantidakmempunyaibanyakmakna,
elakkan penggunaan bahasa yang berbunga.
Karangan berita yang baik perlu ada beberapa
maklumat asas yang ingin diketahui oleh pembaca. Berita
yang ditulis perlu menjawab soalan-soalan seperti apa yang
berlaku, di mana, bila, siapa, mengapa, dan bagaimanakah
kesudahan
atau
akidatnya.
Isi yang paling penting hendaklah didahulukan dan
setiapisiditulisdalamsatuperenggan .

MUAR, 30 November-Satu kejadian banjirkilattelah melanda Pekan Panchor,


dekat sini petang tadi. Dalam kejadian itu, semua rumah dan kedai di pekan itu
telah dinaiki air sedalam satu meter.
Menurut seorang penduduk di situ, Encik Mahfudz b. Mohd. Yasin, air mula
naik pada pukul 3 petang. Hujan lebat selama 4 jam telah menyebabkan air
melimpah kerana longkang yang tersumbat.
Beliau berkata, sampah sarap yang tidak diurus dengan baik merupakan punca
utama. Longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan aliran air tersekat.
Selain itu, pembangunan pesat di kawasan berhampiran turut menyebabkan
tanah lumpur mengalir ke longkang.
Kejadian itu mengakibatkan banyak harta benda telah rosak. Antaranya
termasuklah perabot, barangan elektrik, kenderaan dan sebagainya. Tiada
kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku.
Penduduk-penduduk melahirkan rasa kecewa atas kejadian yang berlaku
itu. Mereka juga kesal dengan sikap pemaju projek berhampiran kerana
tidakbertanggungjawab.
Mereka berharap pihak berkuasa tempatan segera mengambil tindakan
supaya kejadian itu tidak berulang lagi.

SOALAN ULANGKAJI
Bencana banjir yang teruk telah
melanda beberapa buah negeri di
Malaysia baru-baru ini. Selaku
wartawan sekolah, kamu dikehendaki
menulis satu berita berkenaan
bencana tersebut untuk dimasukkan
ke dalam buletin sekolah. Tulis
karangan kamu selengkapnya.