Anda di halaman 1dari 41

BAB 6

GERAKAN KE ARAH PENGKORPORATAN DAN


PENSWASTAAN DI MALAYSIA
BAB 7
PELAKSANAAN PENSWASTAAN DI MALAYSIA

BAB 6
GERAKAN KE ARAH
PENGKORPORATAN DAN PENSWASTAAN
DI MALAYSIA

OBJEKTIF BAB
1.Memahami susur galur pelaksanaan konsep pengkorporatan
dan penswastaan dalam sistem pentadbiran di Malaysia.
2.Mengenal pasti alasan-alasan utama yang wujud dalam
sektor awam dan perbadanan awam yang mencetuskan idea
dan pengenalan kepada usaha mengkorporat dan menswastaan
perkhidmatan awam.
3.Membincangkan faktor-faktor yang diberikan penekanan
dalam program pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia dan
Dasar Penswastaan sebagai agenda dalam pembaharuan
pentadbiran di Malaysia.

6.1 PENGENALAN
Pasca-kolonial/Merdeka. Pihak kerajaan masih tercari-cari formula dan pendekatan
yang sesuai untuk membangunkan negara dengan memperkenalkan beberapa
dasar pembangunan.
Usaha pihak kerajaan berterusan dengan pengenalan dasar-dasar
pembaharuan khusus dalam era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad
dan sehingga kini.
Cth; Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990(Tun Abdul Razak) Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991( Tun Mahathir Mohammed)
Antara salah satu dasar yang turut berperanan dalampembaharuan pentadbiran
di sektor awam ialah Dasar Persyarikatan Malaysia dan diikuti oleh pelaksanaan
Dasar Penswastaan.

6.2 KONSEP PERSYARIKATAN MALAYSIA


Diperkenalkan oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana
Menteri pada tahun 25 Februari 1983 Pelancaran Forum INTAN sebagai
satu pendekatan asas bagi pembangunan negara.
Ini kerana tidak terdapat kerjasama antara pihak kerajaan dengan pihak
swasta.
Berlaku persaingan dan perang saraf antara sektor swasta dengan sektor
kerajaan.
Persyarikatan Malaysia dengan penswastaan sangat penting ke arah pencapaian
pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.
Kekayaan sektor swasta bererti kekayaan negara

DASAR PERSYARIKATAN Perkongsian bijak Smart


Partnership and Win Win Situation Between Public &
Private Sector
SWASTA & AWAM
PARTNERSHIP
KEUNTUNGAN MAKSIMUN
&
TANGGUNGJAWAB SOSIAL

VS

SWASTA

AWAM

ADVERSERIAL THINKING

KEUNTUNGAN
MAKSIMUN

TANGGUNGJAWAB
SOSIAL

MATLAMAT & CITACITA


1.Mewujudkan kerjasama dan saling bantumembantu antara sektor awam
dan sektor swasta.
2.Sektor awam membantu menjayakan rancanganrancangan dan projek
projek sektor swasta.
3.Swasta menjana ekonomi negara
4.Kerajaan mendapat keuntungan dgn mengutip cukai korporat yang
dikenakan keatas syarikatsyarikat yang berjaya.

RASIONAL FALSAFAH
Perdana Menteri telah mendefinisikan secara am konsep Persyarikatan Malaysia
sebagai satu sistem kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta ke arah
mewujudkan satu syarikat Malaysia bagi mencapai kemajuan di mana
keuntungan yang didapati akan dikongsi bersama di mana:(i)

Kerajaan adalah pemegang saham.

(ii)
Jika syarikat berjaya dan membuat keuntungan, kerajaan dan rakyat
juga akan mendapat manafaat.
(iii)
Sektor awam hendaklah beroperasi secara cekap bagi membantu
usahausaha sektor swasta sebagai enjin pertumbuhan utama ekonomi negara

6.3 PELAKSANAAN KONSEP


PERSYARIKATAN
STRATEGI & PELAKSANAAN
1. Mengadakan ceramahceramah untuk pegawai kerajaan.
2.Sebaran menerusi media massa untukmenjelaskan kebaikan dasar ini
kepada negara.
3.Menghantar surat pekeliling kepada semua ketua jabatan mengenai dasar
ini.
4.Kerajaan menubuhkan Panel Perundingan di setiap
mendengar masalah dan cadangan daripada pihak swasta

daerah

untuk

5.Kerajaan menubuhkan Panel Perundingan di setiap


mendengar masalah dan cadangandaripada pihak swasta.

daerah

untuk

6.Program menghantar pegawai kerajaan bekerja selama 612 bulan di sektor


swasta untuk mengetahui dan memahami caracara bekerja di sektor tersebut

TANGGUNGJAWAB SEKTOR AWAM


Sektor awam haruslah memainkan peranannya sebagai perancang, fasilitator dan
pelaksana program program kerajaan:
(i) Sebagai Fasilitator, sektor awam menyediakan suasana yang kondusif bagi
merangsang pertumbuhan ekonomi yang pesat, sebagaimana dan sejauh yang
dibenarkan oleh peraturan dan undangundang.
(ii) Sebagai perancang, sektor awam mestilah peka dan responsif kepada perubahan
perubahan dalam persekitaran dunia semasa merancang arah tujuan & strategi
pertumbuhan ; proaktif; menyediakan maklumat yang betul; aktiviti galakan pasaran
yang lebih baik melalui perwakilan seberang laut.
(iii) Sebagai Pelaksana, sektor awam perlu terus menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan sosial yang penting kepada semua rakyat; bukan sahaja kemudahan
dan perkhidmatan itu meluas tetapi standardnya harus lebih baik.

TANGGUNGJAWAB SEKTOR SWASTA

(i)Sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi memerlukannya lebih kuat, dinamik,


berdaya saing, cekap dan tangkas dalam menghadapi cabarancabaran saingan d
pasaran luar negeri.

(ii) Barangan mereka haruslah mampu mengekalkan persaingan, dan pelbagai


barangan untuk pasaran yang berbagai.

(iii) Mereka juga perlu bersatu tenaga bagi menembusi pasaran baru di negaranegara
membangun di Asia, Afrika & Amerika Latin.

6.4 PENILAIAN TERHADAP


KONSEP PERSYARIKATAN
Setakat kajian ini dibuat (sekitar tahun 1983 hingga 1989), - pelaksanaannya agak
perlahan & agak ramai yang sceptical dengan dasar tersebut.
Menjelang tahun 1990-an, konsep ini semakin menampakan kejayaan, di mana
Malaysia muncul sebagai negara perindustrian baru yang diiktiraf diperingkat
antarabangsa.
Namun terdapat program-program tidak berjaya kerana kurangnya kerjasama
antara syarikat-syarikat dan sektor awam akibat objektif berbeza. (pemaksimun
keuntungan > tanggungjawab sosial.)
Dr M mengarah kajian-kajian dijalankan untuk melaksanakan konsep Persyarikatan
dengan lebih berkesan.
Konsep Persyarikatan Malaysia ini telah dipinjam sepenuhnya daripada idea Jepun
samb...

2 faktor utama tentang kejayaan Persyarikatan Jepun;


Pertama, nasionalisme di kalangan orang-orang Jepun telah membawa
mereka kepada satu sikap taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara
kedua berkait rapat dengan tiga kumpulan utama masyarakatnya, iaitu ahliahli politik, para birokrat dan ahli-ahli korporat, yang mana ketiga-tiga
kumpulan inilah yang membentuk kumpulan masyarakat yang paling
berpengaruh dan terpilih dalam masyarakat Jepun
Bentuk perikatan budaya yang lama wujud atas faktor;
1) Sistem pentadbiran Jepun diberi kuasa untuk mengawasi dengan rapi
perkembangan syarikat-syarikat di negara itu.
2) Pegawai-pegawai kanan kerajaan dijamin peluang pekerjaan apabila
mereka mencapai umur persaraan kerana mereka sudah mempunyai
persefahaman yang tidak formal di mana mereka akan ditawarkan jawatanjawatan eksekutif oleh sektor swasta
3) Peranan dominan pihak sektor swasta dalam menentukan kestabilan politik
negara Jepun melalui pembiayaan terhadap calon-calon parti pemerintah akan
terus mentadbir negara akan memperkuatkan kepimpinan di antara ahli-ahli
politik, para birokrat dan ahli sektor korporat

Tidak semua faktor-faktor yang terdapat di Jepun itu wujud di Malaysia dalam usaha
Kerajaan untuk memudahkan penggunaan konsep itu sepenuhnya. Faktor-faktor
persekitaran yang wujud di Jepun adalah bertentangan dengan yang terdapat di Malaysia

Wujudnya Konflik kepentingan di kalangan ahli-ahlipolitik, para birokrat dan sektor swasta
yang membawa kepada setiap kumpulan cuba menggunakan kesempatan
mempengaruhi ke atas kepentingan dan pengaruh yang lain.
Faktor -faktor lain seperti Fahaman perkauman, perbezaan sosioekonomi dan juga
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang menjadi sumber-sumber tambahan kepada
pergeseran di kalangan beberapa pihak di negara ini.
Berdasarkan kepada konstren-konstren persekitaran seperti disebutkan itu, kelihatan
bahawa tidak seperti yang terdapat di Jepun, pada mulanya konsep Persyarikatan
Malaysia tidak berapa sesuai untuk digunakan sepenuhnya memandangkan perbezaanperbezaan latar belakang sejarah dan realiti sosioekonomi di Malaysia

Oleh itu, sebelum konsep ini boleh dilaksanakan sepenuhnya, kerajaan terpaksa
mengambil kira amalan-amalan perniagaan yang boleh diterima di Malaysia.
Persediaan seperti itu adalah untuk menentukan bahawa jentera kerajaan menjadi
lebih cekap, supaya sektor swasta akan dapat beroperasi dengan perniagaan
mereka dengan lebih licin lagi.
Usaha pembaharuan melibatkan aspek-aspek kelakuan dan struktur untuk
memperbaiki kecekapan, keberkesanan dan produktiviti sektor awam.
Kerjasama antara ahli-ahli politik, para birokrat dan ahli-ahli perniagaan atau
usahawan hendaklah dipupuk untuk penglibatan yang lebih besar kearah
membentuk suatu kumpulan jaringan profesional.
Usaha peningkatan ke arah pembaikan dalam pelaksanaan konsep Persyarikatan
Malaysia, melalui strategi seperti Dasar Penswastaan, memperbaiki kerja dan
prosedur-prosedur dalam sektor awam dan juga memperbaiki perkhidmatanperkhidmatan kepada orang ramai dan penggunaan automasi serta teknologi
seperti komputer di dalam sektor awam.

Dua perkembangan yang menarik telah berlaku pada tahun 1996 yang
lalu iaitu ;
Pertama, kerajaan telah berjaya membentuk perikatan empat pihak terdiri
daripada golongan ahli-ahli politik (kerajaan), ahli perniagaan, para birokrat dan
termasuk kesatuan-kesatuan sekerja khususnya CUEPACS. Justeru itu,
konsep Persyarikatan Malaysia dianggap sudah lengkap dari segi
keanggotaannya. Hanya yang perlu ialah untuk merealisasikan objektif-objektif
yang digariskan bagi mewujudkan negara membangun sepenuhnya pada
tahun 2020 nanti.
Kedua, pada 4 November 1996 kerajaan telah mengumumkan suatu dasar
bagi membolehkan pesara-pesara kerajaan berkhidmat dengan ikatan
Malaysia seperti yang diamalkan di Jepun. kini dengan dasar yang baru
dilancarkan itu akan dapat memberi peluang kepada semua bekas pegawai
kerajaan yang berminat untuk menceburkan diri di dalam sektor swasta.

Kesimpulan
Pembaharuan-pembaharuan pentadbiran yang dijalankan di dalam era Tun Dr.
Mahathir Mohamad meliputi tiga pendekatan utama iaitu pendekatan struktur,
prosedur dan tingkah laku telah memainkan peranan penting dalam
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi menerusi pelaburan yang lebih besar dan
perkembangan sektor korporat.
Sektor awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan
menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan tetapi juga terlibat secara aktif
dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia.

BAB 7
PELAKSANAAN PENSWASTAAN
DI MALAYSIA

OBJEKTIF BAB
1. Memahami objektif-objektif
pentadbiran awam di Malaysia.

penswastaan

2. Mengenal pasti faktor-faktor yang


penswastaan dalam pentadbiran awam.

dalam

konteks

membawa

kepada

3. Membincangkan aspek utama dalam sistem pentadbiran yang


perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan penswastaan.
4. Mengenalpasti rekod-rekod dan jenis-jenis penswastaan yang
telah dilaksanakan di Malaysia.

7.1 PENGENALAN
Gerakan penswastaan di kalangan negara2 membangun disebabkan
faktor tekanan2 luar penderma2 antarabangsa dan agensi2 pemberi
hutang spt USAID, Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan
Pembangunan
(International Bank for Rencontruction
and
Development dan IMF daripada sebarang perubahan ketara dalam
falsafah ekonomi atau politik negara2 itu sendiri (Alyen, 1987: 68).
Delion menyatakan sebab utama penswastaan ialah kerana
pembangunan-pembangunan industri serta teknikal dalam cabangcabang seperti komunikasi (telekomunikasi dan penyiaran), teknologi
dan perniagaan dengan semua interaksi-interaksi dalaman dan
menyeberang sempadan industri (Delion, 1991: 65).
Faktor lain yang menyebabkan kepada gerakan penswastaan ialah
sama ada defisit belanjawan atau ketidakmampuan kerajaan sendiri
untuk menguruskan sektor awam yang terlalu ramai kakitangannya.

Oleh yang demikian, penswastaan hanya menyediakan suatu


penyelesaian alternatif untuk menilai semula program-program
sektor awam dan menukar (transform) beberapa tanggungjawab
(onus) kerajaan kepada sektor awam.

7.2 OBJEKTIF-OBJEKTIF
PENSWASTAAN
Penswastaan dalam istilah yang lebih luas bermaksud mengurangkan
peranan langsung kerajaan dalam perniagaan dan peranan
utamanya hendaklah dipindahkan kepada sektor swasta.
Dasar Penswastaan yang telah diumumkan oleh Dr. Mahathir dalam
bulan Mac 1983 bererti kebalikan atau bertentangan dengan
pemiliknegaraaan atau nationalization. Objektif pemiliknegaraan ialah
kerajaan mengambil alih hakmilik ekonomi melalui perusahaanperusahaan awam, manakala penswastaan bererti pemindahan
perkhidmatan-perkhidmatan dan perusahaan-perusahaan awam
kerajaan kepada sektor swasta.

Rasionalnya Dasar Penswastaan di Malaysia dinyatakan dalam lima


bentuk objektifnya iaitu
(i) Untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran
kerajaan;
(ii)Untuk meningkatkan persaingan, meninggikan kecekapan dan
produktiviti;
(iii)Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi melalui pertambahan
peranan sektor swasta;
(iv)Mengurangkan/mengecilkan saiz dan kehadiran sektor awam
dalam ekonomi negara; dan
(v)Meluaskan peluang-peluang ekonomi bagi memenuhi sasaran
pemilihan Bumiputra seperti yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi
Baru (Malaysia, 1991: 23).

7.3 FAKTOR-FAKTOR PERLUNYA


PENSWASTAAN
DI MALAYSIA
Penggunaan penswastaan adalah satu penyesuaian yang lebih
pragmatik dalam strategi pembangunan daripada kembali kepada
falsafah ekonomi bebas atau laissez faire seperti yang terdapat dalam
tahun 1960-an. Realiti-realiti ekonomi dan ketidakcekapan
perusahaan-perusahaan awam dalam tahun 1980-an telah
membuktikan perhatian berat kerajaan ke atas hala tuju kewangan
awam.
Defisit belanjawan sektor awam yang semakin tinggi telah
mengakibatkan usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan
dan pentadbiran kerajaan. Perbelanjaan mengurus (operating
expenditure), bayaran-bayaran pindahan dan hutang telah meningkat
lebih
daripada
separuh
jumlah
perbelanjaan
mengurus
federal/persekutuan.

Satu faktor utama yang menyebabkan begitu meningkatnya arah


aliran kewangan ialah pertambahan dalam aliran sumber
belanjawan kepada perusahaan-perusahaan awam badan-badan
separuh kerajaan (quasigovernment) dan syarikat-syarikat kerajaan.
Jelaslah bahawa mengurangkan beban kewangan kerajaan dengan
mengecilkan saiz sektor awam adalah saling melengkapi akan
objektif-objektif dalam strategi penswastaan. Namun begitu,
kerajaan memang berminat hendak meningkatkan pertumbuhan sektor
swasta dan memperkenalkan gerak kuasa persaingan dalam ekonomi
juga.
Kawalan kewangan dan disiplin yang buruk juga telah dikesan
sebagai bidang masalah utama dalam pengurusan perusahaan awam.
Dalam masa-masa ekonomi yang mewah, tidak siapa yang peduli
untuk menyiasat akaun perusahaan-perusahaan awam tersebut
walaupun terdapat data-data kewangan mengenainya.

Radin Soenarno dan Zainal Aznam Yusof (1985: 22) telah


menyenaraikan empat masalah utama dalam pengurusan perusahaan
awam Malaysia.
Pertama, objektif-objektif beberapa perusahaan awam selalunya tidak
jelas dan mengakibatkan pertindihan fungsi-fungsi dan duplikasi.
Kedua, terdapat kesamaran dalam kriteria objektif (misalnya matlamatmatlamat perdagangan bertentangan dengan matlamat sosial untuk
pemilihan program-program dan projek-projek).
Ketiga, banyak daripada perusahaan-perusahaan awam mempunyai
pengurus-pengurus yang kurang pengalaman dan terlalu bergantung
kepada tenaga kerja pengurus yang diperolehi daripada birokrasi
kerajaan.
Keempat, tidak terdapat koordinasi atau penyelarasan, peraturan dan
kawalan terutama kawalan kewangan yang lemah, serta dikelilingi
dengan ketidakcukupan pangkalan data (data-base) di setiap
perusahaan awam dan kekurangan laporan prestasi berjadual oleh
perusahaan awam berkenaan.
Justeru itu, penswastaan dianggap sebagai penyelesaian yang terbaik
terhadap kegagalan yang terdapat di dalam sektor awam dan
perusahaan-perusahaan awam (Ahmad Atory Hussain, 1998: 291-292).

7.4 PELAKSANAAN PENSWASTAAN


Strategi-strategi penswastaan masa kini dihalakan ke arah
memperkenalkan perubahan-perubahan prosedur baru. Dalam hal
ini, suatu Jawatankuasa Pemandu untuk memformulakan strategistrategi tersebut telah dibentuk atau ditubuhkan dan diletakkan di
bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) (INTAN, 1988: 41). Dua
manual penswastaan telah dikeluarkan oleh EPU, iaitu
(i) Garis panduan penswastaan untuk sektor-sektor swasta, bertarikh
21 Januari 1985; dan
(ii) Pekeliling Am penswastaan untuk sektor awam, bertarikh 21 Januari
1985.

Tujuan utama garis panduan tersebut ialah untuk memberi panduan


kepada jawatankuasa dalam mengenal pasti isu-isu yang mungkin
timbul daripada penswastaan terhadap agensi-agensi kerajaan
tertentu. Antara isu-isu yang dipertimbangkan ialah seperti berikut:
(i) Dasar Ekonomi Baru (DEB) Program-program penswastaan
hendaklah dihalakan ke arah memperkukuhkan prinsip-prinsip DEB
untuk menyediakan peluang-peluang bagi penyertaan kaum
Bumiputera.
(ii)
Penswastaan dan Ekuiti/Dasar Pemilikan Sebahagian
besar daripada pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat yang baru
ditubuhkan daripada projek-projek yang diswastakan itu hendaklah
diawasi oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelaburan
asing, di mana ia melibatkan kepentingan dalam program-program
penswastaan tersebut;
(iii)Aspek-aspek Perundangan Sebarang aspek-aspek perundangan
yang
berkaitan
dengan
rancangan-rancangan
penswastaan
seharusnya menjadi perhatian utama agensi-agensi berkenaan. Semua
peraturan dan undang-undang perlu dirangka atau dipinda dengan
berhati-hati supaya program-program penswastaan boleh dijalankan
dengan licin dan berkesan;

(iv) Penilaian dan Penentuan Harga Suatu penilaian menyeluruh


mengenai harga hendaklah ditentukan dengan hati-hati oleh agensiagensi berkenaan supaya aset-aset yang akan dipindahkan
kepada sektor-sektor swasta akan mewakili nilai aset sebenar, dan juga
yang dijangkakan akan menjadi satu faktor utama dalam menentukan
harga perkhidmatan yang dibeli oleh pelanggan-pelanggan;
(v) Staf dan Perkhidmatan Bagi memastikan penswastaan itu
berjaya, ia bergantung sebahagiannya kepada sokongan kuat daripada
kakitangan atau staf. Oleh itu, skim-skim penswastaan hendaklah
mengandungi syarat-syarat yang akan menjamin kebajikan-kebajikan
dan faedah-faedah kakitangan mereka; dan
(vi) Rancangan Penswastaan Agensi-agensi kerajaan dikehendaki
menyediakan rancangan-rancangan penswastaan mereka, dengan
mereka bentuk perancangan jangka pendek, jangka pertengahan dan
jangka panjang dan kemudiannya menyerahkan cadangan mereka itu
kepada Jawatankuasa Penswastaan.

7.5 REKOD PENSWASTAAN


Badan/agensi kerajaan yang telah diswastakan
1. Syarikat Telekom Malaysia Berhad ditubuhkan 1 julai
1987
2. Malaysia Airlines System (MAS) ditubuhkan pada
tahun 1985
3. Malaysia International Shipping Corporation (MISC)
4. Hospital Lady Temple Rampai Muda (1984)
5. Perbadanan Automobil (Proton) ditubukan dalam
tahun 1983, 70% saham HICOM dan 30% saham
Mitsuibishi Companies
6. Skim-skim untuk menarik syarikat kewangan swasta
kedalam projek-projek pembinaan seperti North Port jalan
Tol merentasi by-pass jalan Jejambat Tol Kuching (fly
over)
7. Memberikan Kontrak perkhidmatan orang ramai
kepada kontraktor swasta yang dahulunya disediakan
oleh sektor awam seperti perkhidmatan pembuangan
sampah,projek-projek pembangunan
telekomunikasi,perkhidmatan-perkhidmatan Terminal

7.5 REKOD PENSWASTAAN

Projek-projek lain termasuk :


1. North South Highway
2. Pengiklanan Radio Malaysia
3. NEB (National Electricity Board) swasta pada 1
September 1990
Agensi utama yang telah di
swastakan
4. Labuan-Beufort Inter-Connection Metrolink
5. Pemeriksaan Kenderaan Perdagangan (Commercial
Vehicle Inspection)
6. Percetakan Keselamatan (Security Printing)
7. Pelabuhan Melaka, Jejambat bandar raya Kuala
Lumpur, Perkhidmatan Pembuangan Sampah Bandar Raya
Kuala Lumpur

7.5 REKOD PENSWASTAAN


Objektif

kewangan penswastaan lebih jelas

dikenal pasti dan mungkin lebih mudah dicapai


daripada pencapaian peningkatan persaingan,
kecekapan ataupun produktiviti.

Kerajaan akan melihat sejauhmanakah

kemajuan dalam melaksanakan dasar


penswastaan, satu penilaian dibuat
berdasarkan beberapa aspek seperti perolehan
kecekapan,sumbangan kepada pertumbuhan
dan juga pengurangan beban kerajaan.

7.5 REKOD PENSWASTAAN


Petanda kepada peningkatan kecekapan dalam perkhidmatan
yang diberikan di beberapa agensi kerajaan; Contoh

Purata

masa menunggu giliran bagi setiap perjalanan di kontena


Terminal Pelabuhan kelang ialah 11.7 jam dua tahun selepas
penswastaan masa menunggu berkurang kepada 8.9 jam.
Pemberian

Lesen TV 3, menunjukan peningkatan dalam kualiti


penyiaran TV dan memberi faedah kepada penonton. TV 3 juga
telah menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang dan berjaya
menyenaraikan syarikat ke dalam bursa saham setelah 4 tahun
beroperasi.
STM

(Sistem Telekom Malays ia) telah menghasilkan


peningkatan/pembaikan dalam pengurusan,termasuk pengenalan
sistem bil yang lengkap berjaya mengurangkan kesalahan dan
aduan,memasarkan perkhidmatan-perkhidmatan baru dan
seterusnya menunjukan satu peningkatan dalam pemasangan
telefon serta perkhidmatan-perkhidmatan kerosakan.
Projek-projek

yang baru diswastakan seperti Perbekalan Air


Labuan, projek tersebut telah dapat disiapkan lebih cepat daripada
jadual dan juga sasaran awal

7.5 REKOD PENSWASTAAN

Penswastaan telah membawa kepada perluasan


korporat dan eksploitasi peluang-peluang pertumbuhan
yang lebih besar melalui dorongan sektor awam. Cth :
STM memperkenalkan perkhidmatan baru seperti
rangkaian Automatic Telephone Using Radio (ATUR) dll.

Projek-projek penswastaan membantu pembangunan


infrastruktur.

Perkembangan yang menarik apabila kerajaan


menswastakan pusat-pusat pengajian tinggi negara

7.6 BEBERAPA JENIS DEFINISI PENSWASTAAN


Thiemeyer (1986: 143-146) telah menyenaraikan sejumlah definisi konsep
penswastaan iaitu :
1. Pertukaran jualan atau harta awam kepada firma-firma
swasta atau individu
2. Peralihan kepada bentuk-bentuk perundangan
swasta,misalnya pembentukan syarikat-syarikat di bawah Akta
Syarikat
3. Peralihan tugas-tugas penawaran individu awam kepada
orang atau firma misalnya pemberian kontrak
4. Peralihan kepada pengurusan perniagaan persendirian
(Swasta) dalam bentuk yang berorientasikan
keuntungan,misalnya memperkenalkan kaedah-kaedah
perniagaan kepada pentadbiran awam
5. Perluasan margin autonomi untuk pengurusan perusahaan
awam,seperti menubuhkan satu sayap hubungan yang kuat
antara industri-industri negara dengan kerajaan
6. Menyesuaikan syarat-syarat operasi perusahaan awam
terhadap firma-firma swasta

7.6 BEBERAPA JENIS DEFINISI PENSWASTAAN


7. Pengurangan sehala akan kedudukan dan skop
perkhidmatan-perkhidmatan awam seperti loading shedding
8. Penswastaan sumber-sumber awam
9. Penswastaan hasil awam : misalnya memudahkan modal
swasta kepada modal awam dan hasil-hasilnya
10. Penswastaan yang bersamaan dengan denationalization
atau nyah-nasionalisasi (Pemiliknegaraan)
11. Perlucutan monopoli-monopoli negara
12. Penggalakan gerak-kuasa (force) persaingan
13. Pengurangan birokratisasi atau nyah-birokrasi operasioperasi yang dimiliki kerajaan
14. Pemencaran / nyah-pemusatan pekerjaan-pekerjaan,
misalnya nyah-keistimewaan pekerjaan sektor awam dengan
mengubah suai syarat-syarat upah dan syarat bekerja degan
yang digunapakai di sektor swasta.

7.7 IMPAK PENSWASTAAN


7.7.1 Kelegaan Beban Kewangan dan Pentadbiran
Kerajaan

Penswastaan telah berjaya mengurangkan beban


pentadbiran kerajaan,terutama dalam hal-hal
personel/penjawatan dan tanggunjawab kewangan.

Hasil tahunan daripada penswastaan diperolehi dalam


bentuk bayaran sewaan (cukai korporat)

Sebahagian daripada hutang-hutang kerajaan telah


dikurangan melalui pinjaman kewangan semula.

Jumlah perbelanjaan modal yang tidak perlu lagi


dikenakan terhadap aktiviti yang telah diswastakan itu.

7.7 IMPAK PENSWASTAAN


7.7.2 Mengurangkan Saiz Sektor Awam

Mengurangkan saiz sektor awam merupakan satu lagi


objektif penswastaan.

Namun tiada maklumat yang tepat mengenai saiz sektor


awam.

Hanya dapat dilihat dari satu perkembangan yang


mengkagumkan berlaku di mana hasil dari penswastaan
yang dijalankan secara terancang oleh kerajaan, sehingga
tahun 1996 telah dapat menjimatkan perbelanjaan modal
berjumlah rm96.2 billion, sementara seramai 98,000
anggota awam telah dipindahkan kepada sektor swasta.

7.7 IMPAK PENSWASTAAN


7.7.3 MELENGKAPKAN DASAR EKONOMI BARU

Penswastaan juga bertujuan untuk melengkapkan objektif


Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Adalah tidak tentu apakah keupayaan untuk menyerapkan


kewangan bumiputra yang mencukupi itu benar-benar
wujud bagi memenuhi faedah daripada penswastaan

Syarikat-syarikat kerajaan yang kecil boleh diswastakan


kepada firma-firma yang dikawal oleh bumiputera adalah
mungkin juga alasan-alasan politik dan juga kewangan,
agensi Amanah Bumiputra seperti PNB akan ditawarkan
pilihan projek-projek penswastaan yang strategi dan
penting pada masa akan datang.

7.7 IMPAK PENSWASTAAN


7.7.3 MELENGKAPKAN DASAR EKONOMI BARU

Justeru itu,skop dan bidang penswastaan mungkin


dihadkan oleh ketersediaan modal Bumiputera,sama
ada keseluruhannya atau kerjasama dengan lain-lain
syarikat swasta (domestik atau luar negara) untuk
mengambil peluang-peluang atau bahagian
penswastaan tersebut.

7.8 KESIMPULAN

Pelaksanaan penswastaan dihala tuju ke arah


menyelesaikan masalah kewangan kerajaan dan
ketidakcekapan ekonomi,

Terdapat perubahan dan pembaharuan yang telah


berlaku dalam pentadbiran negara.

Pelaksanaan penswastaan banyak cabaran dan


halangan.

Faktor persekitaran dan keadaan ekonomi global turut


mempengaruhi perkembangan dan kemajuan
penswastaan.

Anda mungkin juga menyukai