Anda di halaman 1dari 7

Alang-alang Menyeluk

Perkasam, Biar Sampai Ke


Pangkal Lengan
Cerita ini berlaku pada tahun
1943. Ketika itu datukku berumur
16 tahun. Pada suatu pagi, lima
orang tentera Jepun lengkap
bersenjata masuk ke dalam rumah

Tentera Jepun 1 : Kamu, mari ke sini !


( Tengking seorang daripada tentera Jepun
tadi sambil mengacukan senapang ke arah
datuk. Datuk memberanikan diri untuk
mengikuti arahan tentera Jepun itu. Datuk
diarahkan menaiki sebuah lori tentera. Datuk
kemudian dibawa ke sebuah tempat.)

Datuk : (Di dalam bilik kurungan bersamasama berpuluh-puluh orang remaja Melayu)
Apakah yang hendak dilakukan oleh mereka
terhadap kita?
Remaja 1 : Kita akan dibawa ke Burma
sebagai buruh paksa untuk menyiapkan
landasan kereta api.
Remaja 2 : Mana kamu tahu ?

Remaja 1 : Aku mendengar perbualan


mereka ketika berada di dalam lori. (Semasa
dalam tahanan, datuk dan remaja-remaja
yang lain mencari jalan untuk melarikan diri.
Mereka bekerjasama dan bersatu hati
merancang strategi untuk melepaskan diri
daripada tahanan tentera Jepun.)

Datuk : (sambil berbisik-bisik). Baiklah, kita akan


berpecah kepada beberapa kumpulan. Ada
kumpulan yang akan merempuh kawasan markas
ketika keluar membersihkan diri. Kumpulan lain
pula perlu memanjat tingkap di dalam kurungan ini
untuk mencari jalan keluar. Kita perlu bertindak
dengan cepat sebelum tentera Jepun mendapatkan
bantuan daripada rakan-rakan mereka.

Remaja 2 : Ingatlah, sekiranya kita tidak berjaya, kita


tentu akan mati dan tidak akan berjumpa dengan
anggota keluarga kita lagi.
Remaja 1 : Ayuh, sahabat-sahabatku ! Marilah kita
sama-sama bertindak. Alang-alang menyeluk
pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Teruskan
perjuangan. Jangan menyerah kalah sebelum
berjuang. (Dengan penuh semangat.)

Hasil daripada kerjasama dan semangat


juang yang tinggi, akhirnya datuk dan
remaja-remaja yang lain dapat
melepaskan diri daripada tahanan
tentera Jepun.