Anda di halaman 1dari 10

PENDIDIKAN JASMANI

Unit 9
(Pergerakan Lokomotor
Melompat)

Fokus :
Berkebolehan melakukan pergerakan melompat dengan lakuan
yang betul.
Standard Kandungan :
1.2 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor
dengan lakuan yang betul.
2.2 Memahami dan membezakan pergerakan lokomotor
dengan bukan lokomotor.
5.2 Mempunyai keyakinan, dan tanggungjawab kendiri semasa
melakukan aktiviti fizikal.

Standard Pembelajaran :
1.2.1 Melakukan pergerakan melompat.
2.2.1 Menyatakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
5.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru
dalam Pendidikan Jasmani.

Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid dapat:Domain psikomotor : melompat 3 daripada 5 kali percubaan dengan betul.
Domain Kognitif : membanding dan membezakan cara membuat
lompatan satu kaki dengan cara lompatan dua kaki.
Domain Afektif : menunjukkan sifat-sifat keyakinan semasa melakukan
aktiviti.

Pengalaman Sedia Ada : Murid telah menguasai aktiviti pergerakan asas


lokomotor seperti berjalan, berlari, skip, congklang
serta mempunyai
kemahiran tentang arah pergerakan dan laluan.
Penerapan Nilai Murni : Keyakinan.
Penerapan Mata Pelajaran Lain:
i) Bahasa Inggeris Mengira dengan one two three
ii) Matematik Membuat tambahan dan tolakan.
iii) Pendidikan Moral Mengamalkan sifat kejujuran semasa permainan.
Kemahiran Berfikir : Pemikiran Kritis Membandingkan dan membezakan.
Elemen EMK :
Bahan Bantu Mengajar : Gelung rotan, skitel, tangga ketangkasan, pundi
kacang, kad warna (merah dan kuning), radio.

https://youtu.be/PmFLN2pscBE

https://www.youtube.com/watch?v=2HU7knmvO
AQ