Anda di halaman 1dari 4

Seni bina tamadun cina

Tembok
Tembok merupakan antara binaan yang sangat penting dan utama
kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk
pertahanan dan keselamatan.
Tembok kota kebiasaannya amat megah dengan ketinggian
kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua
puluh kaki atau lebih
Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu
waktu fajar dan ditutup pada waktu malam.
Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga
untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.

Bahan Kayu
Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu
berkualiti baik dan mempunyai rangka yang berbentuk "tiang dan
ambang" (post-and-lintel frame).
Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung kadang-kadang
dicat dan kayu lintang yang mengikut keseluruhan binaan biasanya
dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak berwarna.

Bumbung,Jabatan dan
Hiasan.
Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur
bumbung yang melengkung ke atas di sudutnya.
Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan juga merupakan
satu seni bina Cina. Ciri lain termasuklah pagoda, yang dipengaruhi oleh
agama Buddha.
Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan ada yang mempunyai
lebih dari satu gerbang, adalah ciri lain binaan Cina.

Taman Halaman
Taman- taman Cina bahkan taman-taman diraja atau persendirian,
melanjutkan lagi prinsip binaan dengan reka bentuk telah diubahsuaikan
untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan.