dan
Kaunseling
Nama :
-Noor Adilah Binti Mohammed
Shafie
- Siti Jamilah Binti Zulkefli
Soalan tutorial 1
Apakah bezanya antara bimbingan
dan kaunseling. Bincangkan prinsip
dan falsafah bimbingan kaunseling
diwujudkan dari segi membantu
murid di sekolah.
Bimbingan
Guidance : memberi panduan atau
nasihat
kepada seseorang.
Crow and Crow (1983);
Konteks pendidikan bantuan atau
pertolongan yang diberikan dengan
betul kepada murid yang berkenaan.
Kaunseling
Shertzer and Stone (1968) ;
Proses interaksi yang membolehkan
individu memahami diri dan situasinya.
Arbuckle (1965) ;
kaunseling bukan bertujuan menolong
klien menyesuaikan diri dengan alam
sosial, tetapi menolong individu
memahami kelebihan, kelemahan dan
potensi diri.
Blocher (1974)
mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses
untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih
sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat
bertindak balas dalam alam persekitarannya.
Corey (1977)
menekankan tentang proses di mana seorang klien
diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan
kehidupannya yang menimbulakn masalah pada
dirinya.
James (1982)
proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada
proses membantu individu untuk mencapai
kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang
ada pada diri individu.
Kaunseling
Aplikasi teori dan
pengetahuan.
Ada bilik khas.
Pertemuan secara
bersemuka antara
kaunselor dengan
klien.
Kaunselor
bertauliah/lesen/men
ghadiri kursus B & K.
Rumusan Bimbingan
Suatu usaha untuk membantu
seseorang melakukan sesuatu,
diberikan oleh sesiapa sahaja,
berbentuk arahan bukan saranan
dengan pengawasan dan pengajaran
yang berterusan. Individu terlibat
biasanya tidak mengenali dan
menilai potensi diri.
Rumusan Kaunseling
Proses menolong yang profesional,
bertujuan membantu individu
memahami diri dan alam
persekitarannya. Dilakukan oleh
kaunselor terlatih yang telah
menjalani latihan khusus. Klien diberi
alternatif dan saranan-saranan. Klien
dapat meneroka dan mengenalpasti
potensi diri.
Prinsip-prinsip Bimbingan
dan Kaunseling
PELUANG
Tiap-tiap murid yang menghadapi
masalah harus diberi peluang
menerima perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling, tanpa mengira
kaum, status sosial, latar belakang
dan agama atau kepercayaan.
TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling merupakan
tanggungjawab bersama, iaitu
kerjasama harus wujud bukan sahaja
antara kaunselor dan murid yang
memerlukan bimbingan, tetapi juga
antara kaunselor dengan pihak
sekolah termasuk rakan sejawat dan
ibu bapa yang berkenaan.
MENGIKUT PROSEDUR
ATAU TATACARA
Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling haruslah diuruskan
mengikut prosedur dan peraturan
atau tatacara yang ditetapkan. Ia
menjadi berkesan apabila dirancang
secara sistematik dan teratur.
HUBUNGAN MESRA
DAN KEPERCAYAAN
Kaunseling ialah interaksi antara
kaunselor dengan murid berdasarkan
prinsip hubungan mesra, percaya,
ikhlas dan jujur terhadap klien.
MERANCANG
TINDAKAN SUSULAN
Tindakan susulan hendaklah
dirancangkan selepas proses
perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling agar memastikan masalah
yang dihadapi, sama ada akademik
ataupun emosi-sosial, tidak akan
timbul semula.
Contoh cadangan yang dilaksanakan
ialah
DIURUSKAN OLEH
KAUNSELOR BERTAULIAH
Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling hanya boleh diuruskan
oleh kaunselor yang bertauliah atau
guru bimbingan yang terlatih, iaitu
orang yang mahir serta berupaya
membimbing klien dirinya
menyelesaikan masalah akademik
ataupun masalah peribadi.
Bibliografi
Mok Soon Sang (2010), Bimbingan &
Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong,
Selangor. Penerbitan Multimedia sdn. Bhd
http://www.ppdpendang.edu.my/ppdpendan
g/downloads/Pekeliling
%20B&K100001.pdf
http://azizijaafarjip.blogspot.com/2009/04/fal
safah-pendidikan-guru.html