Anda di halaman 1dari 20

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU

BAHASA MELAYU
Penulisan Kata Dasar
Kata dasar ditulis sebagai satu perkataan,
iaitu dipisahkan daripada kata yang lain,
contohnya:
i.
ii.
iii.

Keputusan itu adalah tidak adil.


Pekerja tanpa izin itu telah pulang.
Sungai itu agak dalam.

Penulisan Kata Terbitan


Kata terbitan atau kata turunan ialah kata
dasar yang berimbuhan ( sama ada
imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan)
atau kata dasar yang ditulis serangkai
dengan bentuk kata yang lain.

MINGGU 5

Penulisan Kata Terbitan yang Berawalan


Imbuhan
Awalan

Kata
Dasar

Kata Terbitan

Anti
Auto
Dwi
Juru
Poli
Pra
Pro
Sub
Swa
Tata
Tuna

karat
graf
bahasa
mudi
klinik
sekolah
kerajaan
kategori
daya
susila
karya

antikarat
autograf
dwibahasa
jurumudi
poliklinik
prasekolah
prokerajaan
subkategori
swadaya
tatasusila
tunakarya

Bagaimanapun, bentuk awalan yang boleh


ditulis secara terpisah daripada kata dasar
hanya bagi tiga penggunaan yang berikut:
1.

Awalan maha ditulis terpisah daripada kata


dasar atau bentuk dasar selepasnya yang
bermula dengan huruf besar yang
menunjukkan kata ganti nama Allah atau nama
khas yang lain. Contohnya:
Allah Yang Maha Esa

2.

Bentuk terikat seperti anti, pro, dan kontra


dapat ditulis secara terpisah, iaitu sebagai kata
bebas, contohnya:
bersikap anti
pro dan kontra

3.

Tanda sempang ( - ) perlu digunakan apabila


awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas
yang bermula dengan huruf besar, contohnya:
se-Nusantara
se-Malaysia

Penulisan Kata Terbitan yang Berakhiran


Kata terbitan yang berakhiran ditulis seperti
yang berikut:
Akhiran

Kata
Dasar

Kata Terbitan

-an
-ah
-isme
-kan
-man
-nita
-wan

minum
ustaz
ego
masuk
budi
biduan
harta

minuman
ustazah
egoisme
masukkan
budiman
biduanita
hartawan
4

Penulisan Kata Terbitan yang Berapitan


Kata terbitan yang berapitan ditulis seperti yang
berikut:
Apitan

Kata Dasar

Kata Terbitan

beran
anggap beranggapan
berkan
dasar berdasarkan
dii iring
diiringi
dikan
umum diumumkan
diperkan tingkat dipertingkatkan
kean
sejuk kesejukan
mei
kirim mengirimi
mekan
hadiah menghadiahkan
memperi isteri memperisteri
memper..kanhamba memperhambakan
pean
rasa
perasaan
penge..an had
pengehadan
ter..kan
kata
terkatakan

Penulisan Kata Terbitan yang Bersisipan


Kata terbitan bersisipan ditulis seperti yang berikut:
SisipanKata Dasar
-el-em-er-in-

tunjuk
kuning
gigi
sambung

Kata Terbitan

telunjuk
kemuning
gerigi
sinambung

Penulisan Kata Sendi Nama


Kata sendi nama (kata depan) di- dan ke-ditulis
terpisah dengan kata yang diimbuhkan
dengannya.
1.

Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara


terpisah daripada kata nama yang
menunjukkan arah atau yang menunjukkan
kedudukan sesuatu kata nama yang ada
selepasnya, contohnya:

i. Pakaiannya tersusun di atas meja itu.


ii. Mereka berlayar menuju ke selatan.
2.

Kata sendi nama di- dan ke- ditulis terpisah


daripada kata nama umum yang terdapat
selepasnya, contohnya:
i. Pak Ali bekerja di bangunan KL Sentral.
ii. Pelajar itu berbasikal ke sekolah setiap hari.

3.

Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara


terpisah daripada kata bilangan atau kata yang
menunjukkan jumlah sebagai kata bantu
tempat atau kata nama umum, misalnya:
i. Banjir petang semalam berlaku di enam
kawasan sahaja.
ii. Berita itu dihebahkan ke seluruh negara.

4.

Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara


terpisah daripada kata nama tempat atau nama
khas, contohnya:
i. Adiknya tinggal di Kajang.
ii. Mereka membuat lawatan ke Afrika Selatan.

Penulisan Kata Ganti Singkat (Klitik)


Dalam bahasa Melayu, ada empat kata ganti
singkat, iaitu kau, ku, mu, dan nya.
Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan
penanda pasif ditulis serangkai dengan kata
dasar yang mengikutinya, contohnya:
kaulihat
kautulis
kaubisik
kauberi

kuamati
kubaca
kudengar
kuterima

Kata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai


unsur akhiran ditulis serangkai dengan kata dasar
atau bentuk dasar yang mendahuluinya,
contohnya:
kasihku
rinduku
temanku

kasihmu
rindumu
temanmu

kasihnya
rindunya
temannya

Bagaimanapun, kata ganti singkat ku, mu, dan


nya yang berfungsi sebagai kata ganti nama bagi
Allah menggunakan huruf besar sebagai huruf
pertama, dan dihubungkan dengan kata yang ada
sebelumnya dengan menggunakan tanda
sempang, contohnya:
i.
Adakah mereka berdoa kepada-Ku?
ii.
Ya, Tuhanku, bimbinglah hamba-Mu ini!
iii. Semoga kita mendapat rahmat-Nya,
hidayah-Nya, dan petunjuk-Nya.

Penulisan Partikel
Dalam bahasa Melayu, ada empat partikel yang
digunakan, iaitu lah, tah, kah, dan pun.
Dalam Sistem Ejaaan Rumi Baharu, partikel lah,
tah, dan kah ditulis serangkai dengan kata dasar
yang terletak di hadapannya, contohnya:
Ejaan Lama

Ejaan Baharu

ada-lah
bimbing-lah
siapa-kah
bila-kah
apa-tah

adalah
bimbinglah
siapakah
bilakah
apatah

Partikel pun pula ditulis dengan dua cara, iaitu


ditulis serangkai atau ditulis secara terpisah.

10

1.

Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas


yang bererti juga, ditulis secara terpisah.
Contohnya:
i. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap
kurus.
ii. Pakaiannya pun tidak terurus.

2.

Ada 13 pun yang telah ditetapkan untuk ditulis


secara serangkai, iaitu:
adapun
andaipun
biarpun
kendatipun
mahupun
sekalipun
walaupun

ataupun
bagaimanapun
kalaupun
lagipun
meskipun
sungguhpun

11

Penulisan Kata Ganda (Kata Ulang)


Kata ganda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu
Bahasa Melayu kini ditulis sepenuhnya dengan
menggunakan tanda sempang. Kata ulang
yang ditulis menggunakan tanda sempang ,
termasuklah kata ulang semu, kata ulang
jamak, kata ulang berentak, dan kata ulang
berimbuhan.

Penulisan Kata Ulang Semu:


anai-anai biri-biri
hati-hati kuda-kuda
kupu-kupu labah-labah
labi-labi tupai-tupai
laki-laki undang-undang

12

2.

Penulisan Kata Ulang Jamak


jawatan-jawatan
projek-projek
program-program

3.

Penulisan Kata Ulang Berentak


bolak-balik
mundar-mandir
kuih-muih
serba-serbi

4.

borang-borang
dewan-dewan
aktiviti-aktiviti

gerak-geri
lauk-pauk
ramah-tamah
kucar-kacir

Penulisan Kata Ulang Berimbuhan


keanak-anakan
bersiar-siar
karang-mengarang

akhir-akhirnya
segala-galanya
menulis-nulis

13

Penulisan Gabungan Kata


1. Ada tiga jenis gabungan kata yang unsurunsurnya ditulis secara terpisah.
i.
Kata bebas yang membentuk rangkai kata
umum, rangkai kata istilah khusus, dan kata
majmuk ditulis secara terpisah:
air hujah
balai raya
bom tangan
model linear
tengah hari

duta besar
jalan raya
luar biasa
garis lintang
nasi minyak

ii.
Gabungan kata yang dihasilkan daripada
hubungan parataksis atau rangkai kata
setara ditulis secara terpisah:
hidup mati
ibu bapa
tua muda

adik kakak
miskin kaya
besar kecil
14

iii. Gabungan kata yang merupakan simpulan


bahasa ditulis secara terpisah:
buah hati
bulan madu
darah muda
2.

hati batu
pilih kasih
tangkai jering

Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis


secara terpisah dibentuk dengan hanya
mengulangi kata nama yang diterangkan (kata
nama pertama), bukannya seluruh rangkai kata
berkenaan:
Bentuk Dasar

Bentuk Berulang

balai raya
guru besar
kapal laut
kertas kerja

balai-balai raya
guru-guru besar
kapal-kapal laut
kertas-kertas kerja

15

3.

Ada beberapa kaedah untuk menentukan


penulisan gabungan kata yang serangkai dan
bentuk ulangannya.
i. Rangkai kata umum yang ditulis terpisah,
ermasuklah istilah khusus dan kata majmuk,
rangkai kata setara, dan simpulan bahasa yang
menerima imbuhan apitan, ditulis secara
serangkai:
ambil alih jadi
pengambilalihan
anak emas
menganakemaskan
lipat ganda
melipatgandakan
tidak adil ketidakadilan
ii. Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa
Melayu telah ditetapkan sejumlah kata
tertentu yang boleh ditulis secara serangkai,
dikenali sebagai bentuk yang mantap:
antarabangsa
pesuruhjaya
setiausaha
jawatankuasa
kakitangan
suruhanjaya
warganegara
tanggungjawab
matahari tandatangan

bumiputera
sukarela
kerjasama
olahraga

16

iii.

Pengulangan gabungan kata yang ditulis


serangkai:
jawatankuasa jadi
pesuruhjaya
tanggungjawab

jawatankuasajawatankuasa
pesuruhjaya-pesuruhjaya
tanggungjawabtanggungjawab

iv. Gabungan kata yang ditulis serangkai


menjadi dasar untuk membentuk kata
terbitan:
setiausaha
jadi
tanggungjawab
penanggungjawaban
warganegara
tandatangan

kesetiausahaan

kewarganegaraaan
menandatangani

17

Penggunaan Tanda Sempang ( - )


Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa
Melayu, tanda sempang digunakan untuk:
i.
menulis semua jenis kata ulang (kata
ganda):
bukit-bukau
sekolah-sekolah
cita-cita
ii.

gunung-ganang
kekuning-kuningan
keanak-anakan

memisahkan suku kata yang tercerai oleh


penggantian baris:
Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan pihak Fakulti.

18

iii.

memperjelas ungkapan:
ber-evolusi

iv.

merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar


pada kata yang sama:
anti-Amerika
ISBN-nya

v.

ber-revolusi

hamba-Mu
pro-Malaysia

merangkaikan ke- dengan angka untuk


penulisan nombor ordinal:
ke-24 ( kedua puluh empat)
ke-125 ( keseratus dua puluh lima)

vi.

merangkaikan angka yang menunjukkan tahun


dengan akhiran an:
tahun 60-an (tahun enam puluhan)
tahun 90-an (tahun sembilan puluhan)
19

vii.

Menyatakan hubungan antara kata pada


rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata
istilah:
alat-pandang dengar
mesin-ketam roda-gigi

20