Anda di halaman 1dari 16

SJHK 3033:

PENSEJARAHAN MALAYSIA
TAJUK : SEJARAH MELAYU
\

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)


merupakan satu karya sejarah mengenai
kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan
zaman Kesultanan Melayu Melaka yang
ditulis oleh beberapa orang pengarang
Melayu.
Namun terdapat pendapat yang
mendakwa apabila (Portugis) menakluk
Melaka, salinan Sejarah Melayu telah
dibawa ke Goa.

Rentetan Sejarah

Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan


dibawa bersama semasa Sultan Mahmud
Syah berundur dari Melaka pada tahun
1511.
Naskhah asal ini kemudian dibawa ke
Johor dari Kampar, Sumatera pada tahun
1528.
Teks yang turun masa kini merupakan
teks yang disalin dipercayai berasal sejak
tahun 1356, dan disunting semula pada
1612.
Salinan manuskrip yang ada bertarikh
1808.

Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu


pada tahun 1536 semasa menyerang Johor
Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik ke
Johor oleh Orang Kaya Suguh.
Terdapat perselisihan pendapat berkenaan Goa.
Pendapat pertama merujuk kepada Goa yang
terdapat di India, manakala pendapat kedua
merujuk pada sebuah tempat bernama Gowa
yang terletak di Sulawesi.
Lihat perbezaan ejaan keduanya.
Pendapat yang kedua ternyata lebih kuat atas
alasan sekiranya Portugis mengambil salinan
Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa, India,
pastinya Sejarah Melayu akan dibawa terus ke
Eropah sebagai harta rampasan.

Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi


versi yang paling mashyur adalah versi
Shellabear.
Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah
Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan
Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil
Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun
Bambang untuk memerintah Bendahara
Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun
Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal
1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar
menyunting salinan Sejarah Melayu yang
dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.

Ketika itu Sultan Johor Lama, Sultan


Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil
Syah telah ditahan di Istana Raja Acheh,
Raja Iskandar Muda.
Sejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap
penting kerana ia memberikan adat
istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan
sejarah kerajaan Melayu dan boleh
dikatakan menyerupai konsep Sejarah
Sahih China, di mana pada setiap
pertukaran Dinasti di China, sejarah Dinasti
sebelumnya akan ditulis dan disimpan di
arkib negara tersebut.

PERINCIAN
SINOPSIS

Raja Iskandar Zulkarnain dari Makaduniah


berperang dengan Raja Kida Hindi dan
kemudian berkahwin dengan Puteri Syahrul
Bariah.
Raja Suran turun ke Dika dan berkahwin dengan Puteri
Mahtabul Bahri. Hasil perkahwinan itu, mereka
mendapat tiga orang putera iaitu Nila Pahlawan,
Krisyna Pandita dan Nila Utama. Kesemua anakanak Raja Suran menjadi raja di negeri masing-masing

Nila Utama menggunakan nama Seri Teri Buana semasa


menjadi raja dan mahu berkahwin dengan puteri Demang
Lebar Daun dan diadakan waad di antara mereka. Seri Teri
Buana gemar mengembara sehinggalah berjumpa dengan
Singapura.

Badang merupakan seorang hamba yang beroleh


gagah setelah memakan muntah hantu dan akhirnya
dimerdekakan oleh tuannya.
Merah Silu dan Merah Caga merupakan dua bersaudara.
Merah Silu menahan lukah dan mendapat cacing gelang
yang apabila direbus bertukar menjadi emas. Merah Caga
ingin membunuh saudaranya itu kerana merebus cacing
tersebut dan akhirnya Merah Silu melarikan diri sehinggalah
bertemu dengan sebuah tempat yang diberikan nama
Semundera.

Tuan Jana Khatib datang ke Singapura dan


menunjukkan kepandaiannya menilik sepohon
batang pinanh di hadapan istana raja sehingga
membuatkan raja murka lalu membunuhnya.

Sultan Muzaffar Syah menceraikan


isterinya untuk diberikan kepada Seri
Nara Diraja atas tujuan mendamaikan
Melaka dan kemudian berkahwin dengan
Puteri Raden Galuh Cendera Kirana.
Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang
raja dan dihukum bunuh. Orang-orang Melaka
yang diketuai Tun Perpatih Putih dapat melihat
wajah raja China setelah memakan kangkung
yang dibelah tanpa dikerat.

Tun Muhammad membunuh Tun Besar


kerana sepak raga terkena destar Tun
Muhammad. Sultan Mansur Syah
merajakan Tun Muhammad di Pahang.

Raja Cempa
menjumpai
seorang budak
dalam mayang
pinang dan diberi
nama Pau Gelang.
Raja Haru
mengamuk di
Pasai setelah surat
yang bertulis
salam disebut
sembah.

Selepas Telanai
Terengganu
pulang, Sultan
Muhammad
menitahkan Seri
Akar Raja
membunuh Telanai
itu. Sultan
Muhammad Syah
mengganggu isteri
Tun Biajid dan
hampir-hampir
dibunuh oleh Tun
Biajid.

Seri Wak Raja ingin


membunuh Tun Isap
tetapi Sultan Mahmud
menyuruh Tun Isap
melarikan diri.
Bendahara Putih mati
dan digantikan dengan
Bendahara Seri Mahara
Tun Mutahir. Sultan
Mahmud menitahkan
pembesar untuk
meminang Puteri
Gunung Ledang dan
muncul seorang tua
memberitahu syaratsyaratnya.

Setelah Seri Wak Raja pulang dan


memberitahu tentang kecantikan Tun Teja,
Sultan Mahmud mahukan Tun Teja meskipun
ketika itu menjadi tunangan orang. Hang
Nadim berjaya melarikan Tun Teja.
Laksamana Khoja Hasanpergi ke Pahang dan berjaya
melarikan gajah Ai Kening. Sultan Mahmud Raja Zainal
dibunuh dan tugas ini disempurnakan oleh Hang
Berkat. Raja Legor ingin menyerang Pahang atas
suruhan Raja Siam.

Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh


kerana bersikap biadap di hadapan raja. Maulana
Sadar Jahan datang ke Melaka dan Sultan Mahmud
telah berguru dengan beliau.

Bendahara Seri Maharaja telah mengahwinkan


anaknya dengan Tun Ali. Nina Sura Dewana
memberi rasuah kepada Bendahara Seri
Maharaja dan ini telah dilihat oleh Si Kitul.
Si Kitul membuat fitnah bahawa Bendahara Seri
Maharaja mahu membunuh Raja Mendaliar. Peringgi
telah menyerang Melaka di bawah pimpinan
Alfonsod'Albuquerque tetapi serangan kali pertama
gagal.

Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi


dengan orang-orang Melaka. Peringgi menyerang
Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga
ke Kampar.

Sultan Alaud'-Din
Ri'ayat Syah
ditabalkan
menjadi raja
selepas
kemangkatan
Sultan Mahmud
Syah dan baginda
meninggalkan
Kampar menuju ke
Pahang dan
berkahwin dengan
Raja Kesuma Dewi,
anak Sultan
Mansur Syah.

Sultan Alaud'-Din
Ri'ayat Syah membuka
sebuah negeri di Kuala
Johor. Raja Omar, iaitu
cucu Sultan Mansur
Syah di Pahang
berkahwin dengan Raja
Fatimah, anak Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat
Syah. Sultan Muzzafar
Syah menggantikan
Sultan Alaud'-Din
Ri'ayat Syah yang
mangkat dan baginda
membuka sebuah
negeri bernama
Seluyut.

Raja Omar
menceraikan
isteri
pertamanya
setelah Raja
Fatimah hamil.
Sultan Muzaffar
Syah pula jatuh
hati dan
berkahwin
dengan bonda
Raja Mansur.
Kemangkatan
Sultan Muzaffar
digantikan oleh
Sultan Abdul Jalil
Syah.

SUMBER RUJUKAN
I. A.Samad Ahmad (2008).Edisi pelajar:
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pusaka.
II. http://www.khazanahbendaharaserimaha
raja.com/tun-seri-lanang.html

Anda mungkin juga menyukai