Anda di halaman 1dari 45

PERKEMBANGAN MORAL &

ROHANI KANAK-KANAK

KEBIJAKSANAAN KANAKKANAK MENGHAFAL


SURAH

Merujuk kepada perolehan nilai dan kesedaran


tentang apa yang buruk dan apa yang baik, apa
yang betul dan apa yang salah, berdasarkan kod
etika masyarakat setempat.
Keupayaan mereka membezakan baik dan buruk
diukur dari segi kebolehan mereka memahami
niat, tatasusila atau peraturan masyarakat serta
nilai budaya dan agama.

KOMPONEN
PERKEMBANGAN
MORAL

-Afektif
- Kognitif
-Tingkah laku

AFEKTIF
Komponen yang mengandungi unsurunsur perasaan berkaitan dengan
tingkah laku yang betul atau salah

KOGNITIF
Komponen pemikiran, konsep,
anggapan dan tafsiran mengenai
sesuatu tingkah laku, sama ada betul
atau salah.

TINGKAH LAKU
Komponen yang menggambarkan
bagaimana seseorang bertingkah laku
dalam sesuatu keadaan.
Contohnya, apabila dihadapkan
dengan cabaran-cabaran untuk
berbohong, menipu atau mencuri,
apakah tindak balas seseorang?

TEORI JEAN PIAGET


Kanak-kanak berada di peringkat
tingkah laku motor. Mereka
membentuk tabiat atau peraturan
individu.

TEORI PIAGET
ROHANI
Kanak-kanak mempunyai sifat
keperibadian semula jadi serta sifat-sifat
yang diperolehi melalui interaksi dengan
alam sekitar. Mereka perlu didedahkan
kepada nilai-nilai kerohanian yang boleh
diterima umum berteraskan kepada
prinsip-prinsip rukun negara.

Pada peringkat ini, perkembangan


kerohanian akan ditingkatkan melalui
langkah-langkah berikut:
o Menimbulkan kesedaran tentang
wujudnya pencipta alam semesta ini.
o Menimbulkan kesedaran bahawa bendabenda di sekeliling ada penciptanya.

o Mempelajari asas agama yang dianuti


oleh pelajar.
o Melafazkan kata-kata kesyukuran
kepada tuhan.
o Menunjukkan sifat taat kepada suruhan
tuhan.
o Menunjukkan semangat sayang kepada
tuhan.

MORAL
Menurut Piaget, kesedaran tentang
peraturan-peraturan melalui
beberapa peringkat.
PERINGKAT PERTAMA
Masa lahir sehingga umur 3 tahun.
Peringkat ini ialah peringkat tingkah
laku motor, di mana kanak-kanak akan
membentuk tabiat atau peraturan
individu.

PERINGKAT KEDUA
Masa umur 3 hingga 7 tahun.
Pada umur 3-5 tahun, kanak-kanak belum lagi
memahami fungsi peraturan-peraturan dan
dengan itu belum sedia untuk bekerjasama.
Pada akhir umur 6 tahun, kanak-kanak
berpendapat peraturan peraturan itu adalah
suci dan perlu dipatuhi.
Menurut Piaget, konsep keadilan bagi kanakkanak sehingga 7 tahun ialah sesuatu yang
diperintah atau diarah oleh orang dewasa.

TEORI PIAGET
ROHANI
Pada peringkat ini, aspek kerohanian bertambah
mantap dengan adanya pendidikan agama dan
pendidikan moral.
Kanak-kanak lebih memahami tentang wujudnya
pencipta alam semesta, kepercayaan kepada
Tuhan serta menunjukkan sifat taat dan sayang
pada tuhan.

MORAL

Menurut Piaget, kanak-kanak pada


peringkat ini membentuk suatu jenis
penghormatan terhadap ciri suci
peraturan-peraturan seperti juga mereka
menghormati ibu bapa, orang dewasa dan
kanak-kanak yang lebih tua.
Mulai umur 7 @ 8 tahun, kanak-kanak mulai
membentuk sikap untuk kerjasama.

TEORI KOHLBERG
Teori ini berpendapat kanak-kanak
pada peringkat ini berada di aras
prakonvensional.
Kanak-kanak mengelakkan daripada
melanggar peraturan-peraturan atau
merosakkan harta benda orang lain
sebab hendak mengelakkan hukuman.

Selain itu, kanak-kanak berpendapat apa


yang baik ialah apa sahaja yang
membekalkan sesuatu yang berguna.
Kanak-kanak mempercayai bahawa
seseorang individu boleh membuat apa
sahaja dengan haknya.

TEORI PIAGET
ROHANI
Kaum remaja memang telah memahami adanya
pencipta benda-benda di sekelilingnya.
Mereka mempercayai tuhan serta bersyukur atas
segala kemudahan yang dinikmati mereka.
Asas agama memang kukuh dan segala kewajipan
ibadat ditunaikan. Mereka juga taat kepada
suruhan tuhan serta sayang kepadanya.

MORAL
Menurut Piaget, kaum remaja lelaki
menunjukkan fahaman yang lebih
jelas terhadap pentingnya peraturanperaturan.
Ia wujud hasil daripada interaksi
bebas dan amalan saling memberi dan
dengan itu perlu dihormati

TEORI KOHLBERG
Kaum remaja telah mencapai peringkat perkembangan
moral yang disebut konvensional dan pascakonvensional.
Pada peringkat konvensional, satu-satu perbuatan
dianggap baik asalkan ia memenuhi harapan-harapan
orang lain serta disokong oleh orang lain
Kesedaran bahawa undang-undang adalah arbitrari dan
sepatutnya mengandungi prinsip-prinsip keadilan dan
kesaksamaan telah pun timbul.

Di peringkat pascakonvensional pula,


individu pula sedar bahawa manusia
mempunyai pelbagai nilai dan pandangan.
Hak-hak seperti nyawa dan kebebasan
mestilah dipertahankan. Selain itu,
prinsip-prinsip sejagat seperti keadilan,
kesaksamaan, hak-hak manusia dan
penghormatan terhadap kemuliaan
individu juga ditekankan.

Menurut Freud perkembangan moral


kanak-kanak berasaskan 3 bahagian
personaliti iaitu id, ego dan superego.
Ketiga-tiga bahagian ini berinteraksi
untuk menentukan tingkah laku seseorang
Pada peringkat awal perkembangan, kanakkanak masih terpengaruh oleh
desakan id atau keperluan asas.

Pada peringkat awal perkembangan, kanak-kanak


masih terpengaruh oleh desakan id atau
keperluan asas.
Kanak-kanak bertingkah laku mengikut keperluan
sendiri tanpa menyedari betul atau salah.
Kebanyakan proses id berlaku dalam alam tak
sedar dan terpengaruh tenaga naluri eros dan
tanatos. Ia bertindak
berdasarkan
keseronokan.

Merupakan mekanisme penyesuaian antara id dengan


kenyataan sebenar.
Ego belum wujud ketika dilahirkan tetapi berkembang
apabila seseorang berinteraksi dengan alam sekitar.
Bayi yang baru dilahirkan tidak dapat membezakan sesuatu
perbuatan baik atau buruk, egonya belum berfungsi lagi.
Apabila berlaku ego, ia akan memainkan peranan sebagai
penyelaras antara desakan id dengan
keadaan realiti
yang wujud.

Merupakan naluri kanak-kanak.


Ia menentukan sama ada cara yang digunakan oleh
ego untuk memuaskan desakan id betul atau salah.
Superego bertindak seperti hati naluri kanakkanak yang akan memberitahu betul atau salah.
Ia akan menimbulkan perasaan seperti rasa
malu dan bersalah jika seseorang
melakukan
tingkah laku yang salah.

Kajian Emde, Johnson dan Easterbrooks


(1987) menyokong bahawa kanak-kanak
yang berumur di bawah 5 @ 6 tahun
telah menunjukkan kebolehan membeza
antara yang betul dan salah.
Superego mewakili nilai moral seseorang
yang mengandungi kata hati, keunggulan
ego( apa yang ingin dicontohi individu)
dan penghukum apabila seseorang
melakukan sesuatu yang salah.

Piaget memperkenalkan teorinya


berdasarkan pemerhatian semula jadi
pada kanak-kanak dan perbincangan
beliau dengan mereka.
Beliau membahagikan perkembangan
moral kepada 2 tahap iaitu moraliti
heteronomous dan moraliti autonomus.

MORALITI HETERONOMUS
(6-10TAHUN)
Kanak-kanak percaya undang-undang datang daripada ibu
bapa atau orang berautoriti yang lain.
Peraturan itu dilihat sebagai suci dan tidak boleh diubah.
Oleh sebab kanak-kanak bersifat egosentrik semasa
ini,mereka hanya dapat melihat dari satu perspektif
peraturan sahaja.
Pelanggaran peraturan adalah salah jika perbuatan
tersebut membawa kesan yang merosakkan walaupun orang
yang melanggar undang-undang itu mempunyai niat baik.

Sepuluh gelas terjatuh dan pecah


semasa Ali membantu ibunya
menghidangkan makan malam..Apa
pandangan anda terhadap keadaan
dan situasi Ali ketika itu berdasarkan
moraliti heteronomus ini?

Pada peringkat ini juga, kanak-kanak


juga akan membuat penilaian betul-salah
berdasarkan kesan yang dapat dilihat.
Pada masa ini, kanak-kanak percaya
kepada keadilan sejati, iaitu mereka
percaya bahawa Tuhan akan
menghukumnya jika membuat kesalahan.

MORALITI AUTONOMUS
(10-11 TAHUN KE ATAS)
Tahap ini dicirikan oleh kelenturan pendirian
moral.
Kanak-kanak sudah kurang egosentrik dan
lebih terbuka dalam membuat sesuatu
pentakrifan moral. Mereka melihat
peraturan sebagai satu persetujuan antara
individu.
Peraturan tidak lagi dilihat sebagai sesuatu
yang tidak boleh berubah tetapi boleh
berubah mengikut individu.

Autoriti atau kuasa orang dewasa yang


sebelum ini merupakan satu punca ketaatan
utama, tidak lagi dihormati. Perasaan saling
menghormati dan bekerjasama dengan rakan
sebaya mula menjadi dasar penaakulan moral.
Menurut Piaget, pergerakan diri dari satu
tahap ke tahap lain bergantung kepada
kematangan kognitif dan pengalaman sosial,
terutama sekali pengalaman menyelasaikan
perbezaan perspektif yang timbul semasa
perbincangan dengan rakan sebaya.

Lawrence Kohlberg (1969) berpendapat


bahawa moraliti berkembang secara
universal mengikut satu siri dari satu tahap
ke tahap yang lebih tinggi.
Kajian-kajian jangka panjang dan pendek
telah membuktikan bahawa konsep moraliti
berkembang secara universal dalam 3 tahap
yang berikut:

MORALITI PRAKONVENSIONAL
(0-9 TAHUN)
PERINGKAT PRENATAL, BAYI & PRA
KANAK-KANAK

Betul @ salah sesuatu tingkah laku


bergantung kepada kesannya. Tingkah laku
kanak-kanak didorong oleh tekanan luaran.
Kanak-kanak akan mematuhi peraturan
demi mengelak dendaan atau untuk
memperoleh ganjaran dan kepentingan diri.
Sesuatu tingkah laku yang tidak didenda
dianggap betul..

MORALITI KONVENSIONAL
(9-15 TAHUN)
PERINGKAT KANAK-KANAK & PRAREMAJA
Cara utama penaakulan moral adalah pengakuran
pada norma yang dipegang oleh majoriti dan
dikekalkan oleh kumpulan sosial.
Kanak-kanak sudah dapat memahami dan menerima
pendapat, niat, dan motif orang lain. Mereka juga
bertanggungjawab untuk menyumbang sesuatu
kepada masyarakat dan cuba kekalkan peraturan
umum.

MORALITI PASCAKONVENSIONAL
(16 TAHUN KE ATAS)
PERIGKAT REMAJA

Pada masa ini, remaja sudah memahami


asas pembentukan peraturan dan
undang-undang, iaitu terhasil kontrak
sosial yang harus dijunjung oleh semua
individu.

IMPLIKASI TERHADAP
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN

PERKEMBANGAN
EMOSI DAN ROHANI

Memupuk emosi dan rohani pelajar yang


sihat mengikut peringkat
perkembangannya.
Mengawal & mencegah tingkah laku pelajar
dan perkembangan rohani yang tidak
diingini, yang mungkin berlaku dalam
peringkat-peringkat tertentu.

Bersifat penyayang dan membantu pelajar


mengawal emosi mereka dalam situasi
tertentu.
Memahami peringkat perkembangan emosi
dan rohani pelajar serta membimbing
mereka menghadapi serta menyelesaikan
masalah emosi dan rohani dengan cara yang
berpatutan.

PERKEMBANGAN
SOSIAL
Menggunakan strategi pengajaran kumpulan untuk
memupuk perkembangan sosial.
Menggunakan aktiviti projek, perbincangan dan
permainan secara kumpulan berdasarkan
perkembangan sosial pelajar.
Aturkan aktiviti kumpulan supaya pelajar-pelajarpelajar dapat bekerjasama menyelesaikan masalah
pelajaran mereka bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai