Anda di halaman 1dari 41

KULIAH 3

SEJARAH PERKEMBANGAN NOVEL DI


MALAYSIA

Perkembangan Novel
Perbincangan tentang perkembangan Novel di Malaysia
akan dibahagikan kepada beberapa bahagian:

Perkembangan 1946 -1949


Perkembangan 1950-an
Perkembangan 1960-an
Perkembangan 1970-an

Perbincangan akan melihat dari aspek:


perkembangan politik/isu yang timbul pada setiap tahun yang
terlibat,
tema/persoalan,
penulis dan karya yang dihasilkan,
plot, gaya bahasa
pelukisan watak, dan
fungsi serta peranannya bagi setiap tahun yang berkenaan

Perkembangan Novel 1946 1949


Perkembangan Politik/Latar
Berlaku kepincangan hidup dan moral kesan daripada
perangan dunia kedua baru berakhir masyarakat
menderita.
Kembalinya Inggeris dengan polisi penjajahan baharu
yang merugikan masyarakat peribumi Malayan Union.
Munculnya parti-parti politik dan kesedaran untuk suatu
gerakan kemerdekaan
Munculnya persatuan, Sahabat Pena yang dirintis oleh
Jimmy Asmara pada 1947 mendorong perkembangan
dari segi kuantiti novel yang dihasilkan 68 buah dalam
tempoh 1946 1949 dengan pelbagai tema.

Perkembangan Novel 1946 - 1949


Perkembangan Tema
Pada tahap ini lahir empat corak novel dengan
tema yang berikut:
Novel Kemasyarakatan
Novel Kebangsaan
Novel Sejarah
Novel Peperangan

Novel masyarakat mengetengahkan


permasalah kepincangan hidup, keruntuhan
moral dam iman, kegilaaan judi dan arak

Perkembangan Novel 1946 - 1949


Antara penulis yang mengutarakan tema ini ialah
Ahmad Lutfi dengan karyanya Pelayan dan dan Bilik 69;
Harun Aminurrasyid dengan novelnya Cinta Gadis
Rimba, Darah Kedayan, Dayangku Fatimah, dan lainlain.
Novel kebangsaan menyuarakan persoalan politik dan
kemerdekaan; banyak ditulis oleh Harun Aminurrashid
dan Keris Mas.
Antaranya, Keris Mas menghasilkan Pahlawan Malaya
dan Korban Kesucian; Harun Aminurrasyid pula
menghasilkan Siapakah yang Bersalah dan Sebelum
Ajal.

Perkembangan Novel 1946 - 1949


Novel bercorak peperangan membicarakan pelbagai
persoalan tentang peperangan yang timbul dalam
Perang Dunia Kedua; termasuklah peperangan
menentang Jepun dan kesannya kepada kehidupan
rakyat.
Terdapat dua orang penulis yang banyak menghasilkan
novel bercorak peperangan iaitu Ahmad Lutfi dan Murad
Nasaruddin.
Contoh karya 1347 Hari Berjuang, Balik dari Medan
Perjuangan, Sisa Neraka Dunia, dan Bangkai Bernyawa
oleh Ahmad Lutfi; Murad Nasaruddin pula menghasilkan
Nyawa di Hujung Pedang dan Zain Zawiyah.

Perkembangan Novel 1946 - 1949


Jalinan Cerita/Plot dan Gaya Bahasa
Kebanyakan pengarang novel pada tahap ini
mengemukakan jalinan plot yang mudah
cerita bermula dan berkembang secara
langsung dengan aksi watak, terutama dalam
bentuk dialog; gaya bahasa kurang menarik
dan berkesan pengarang masih terikat
dengan gaya bahasa lama, menggunakan ayat
yang panjang-panjang dan berbentuk naratif.

Perkembangan Novel 1946 - 1949


Pelukisan Watak dan Perwatakan
Kebanyakan watak dilukis secara ringkas dan
tidak hidup.
Pengarang tidak memberikan gambaran
terperinci tentang watak, sama ada dari segi
fizikal ataupun watak dalamannya.
Watak masih menjadi boneka kepada
pengarang hampir keseluruhannya menjadi
perantaraan bagi diri pengarang untuk
mengalirkan pandangan

Perkembangan Novel 1946 - 1949


Fungsi dan Peranan
Kebanyakan novel yang dihasilkan pada
peringkat ini berperanan penting dalam
menimbulkan keinsafan dan kesedaran kepada
masyarakat, terutamanya masyarakat peribumi
tentang kemelut sosial yang melanda mereka
akibat peperangan dan penjajahan dan
berusaha mengatasinya terutamanya dalam
mempertahankan maruah keluarga daripada
kekejaman penjajah.

Perkembangan Novel 1946 - 1949


Kesimpulan
Novel yang dihasilkan pada masa ini mengambil sifat
dan sesuai dengan kehendak zamannya, baik dari segi
isi atpun bentuknya.
Tema tidak lagi berkisar kepada kisah cinta muda-mudi
semata-mata; menyangkut kehidupan dan perasaan
manusia.
Jalinan plot mudah unsur kebetulan dan poetic justice
masih dipertahankan
Pelukisan watak tidak begitu berhasil hanya sebagai
tipa dan topeng bagi diri pengarang.
Unsur didaktik tetap terlihat dalam kebanyakan novel

Perkembangan Novel 1950-an


Perkembangan Politik/Latar
Gerakan kemerdekaan/semangat nasionalisme
yang lebih radikal.
Dari segi perkembangan kesusasteraan dapat
dianggap sebagai zaman kesedaran bersastera
secara berkumpulan.
Tertubuhnya ASAS 50 uamh menggariskan
matlamat dasarnya untuk memajukan bahasa
dan sastera Melayu.

Perkembangan Novel 1950-an


Antara gerakan tersebut Lembaga Bahasa Melayu
(1950); pelaksanaan Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu (1950); pelaksanaan Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu Se-Melaya pada 1952 dan 1954;
pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan; penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
di Johor Bahru pada 1957.
Pada masa yang sama pihak tertentu seperti Jabatan
Penerangan dan Pelajaran bersama-sama Dewan
Bahasa dan Pustaka turut mengadakan sayembara
penulisan novel.

Perkembangan Novel 1950-an


Dari segi kemunculan penulis, muncul dua
kelompok penulis; kelpmpok pertana penulispenulis lama seperti Ahmad Lutfi, Wijaya Mala,
Harun Aminurrasyid dan Ahmad Bakhtiar;
kelompok kedua penulis yang baru menulis
novel, iaitu Hamzah, Rumaja Malaya, Jymy
Asmara, Rosmera, Salleh Ghani, dan Belia
Malaya.

Perkembangan Novel 1950-an


PerkembanganTema
Pada tahap ini jumlah novel semakin meningkat
kepada 192 buah berbanding 48 sebelum ini
dengan tema seperti berikut:
Novel kemasyarakatan
Novel sejarah

Novel kemasyarakatan banyak ditulis oleh


Hamzah, Ahmad Lutfi dan Rumaja Malaya.
Hamzah menghasilkan Di Mana Terbitnya Si
Matahari, Rumah itu Dunia Aku, Pemburu
Kembali ke Rumah.

Perkembangan Novel 1950-an


Ahmad Lutfi pula menghasilkan Anak Angkat,
Anak Kiai, Bilik 69 di Bandung, Gua Musang, I
love You,Tuan Kadi, Ustazah, Utusan Murtad,
Kawan Syaitan, Meja Tiga Belas.
Novel Sejarah mengetengahkan tema sejarah
kemerdekaan, sejarah kepahlawanan tokoh
tertentu dalam menghargai sumbangannya
kepada negara dan bangsa.
Dalam tahun-tahun 1950-an hanya seorang
penulis sahaja menghasilkan novel bertema
sejarah, iaitu Harun Aminurrashid.

Perkembangan Novel 1950-an


Novel yang dimaksudkan ialah Panglima
Awang yang ditulis untuk mengingati tarikh
kemerdekaan, memupuk semangat
kebangsaan melalui pengenalan kepada asalusul bangsa dan sejarah silam negara.

Jalinan Cerita/Plot dan Gaya Bahasa


Jalinan cerita yang lebih kemas dan padu,
terutama dalam Rumah itu Dunia Aku tiap
peristiwa yang ditimbulkan berfungsi dalam
pengucapan cerita dan tema dan mendekati
cerita berbingkai.

Perkembangan Novel 1950-an


Dari segi gaya bahasa dalam novel Panglima
Awang, pengarangnya menggunakan gaya
bahasa yang mudah dan jelas, berfungsi
sepenuhnya untuk menyampaikan fikiran
dengan cara yang berkesan; ayat beragam dan
melahirkan kesan keindahan dan keseronokan.
Juga terdapat penggunaan bahasa kiasan yang
tinggi

Perkembangan Novel 1950-an


Pelukisan watak dan Perwatakan
Pengarang mengambil peranan sebagai
jurugambar dan bersikap objektif secara jujur,
sewajarnya, dan seadanya merujuk kepada
Rumah itu Dunia Aku.
Dalam Panglima Awang, pengarang
menampilkan watak-watak realiti yang pernah
wujud dalam sejarah tanah air khususnya
negeri Melaka; dilukiskan secara bersahaja dan
berkesan.

Perkembangan Novel 1950-an


Fungsi dan Peranan
Memberikan kesedaran kepada masyarakat atau
pembaca tentang pergolakan yang berlaku dalam
masyarakat Melayu atau tentang sejarah silam tanah air
mereka.

Kesimpulan
Kebanyakan pengarang pada zaman ini mempunyai
pemikiran yang lebih menjurus kepada sial kegoyahan
pendirian masyarakat Melayu dalam menghadapi gejala
buruk daripada kebudayaan Barat dalam membina
semula keruntuhan iman, kepincangan ekonomi, dan
kekeringan semangat kebangsaan.

Perkembangan Novel 1960-an


Perkembangan Politik/Latar
Perkembangan novel Malaysia capai tahap
kegemilangan pada masa ini atas beberapa faktor:
perubahan dari aspek politik, sosial, dan ekonomi.
Pada tahap ini berlaku pendaulatan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan; tertubuhnya berbagaibagai institusi kesusasteraan, peningkatan dalam
pendidikan pengarang, bertambahnya jumlah penaung
kesusasteraan, lahirnya gejala baharu dalam
masyarakat yang baru merdeka.
Juga dikatakan sebagai tahun pengisian kemerdekaan.

Perkembangan Novel 1960-an


DBP lebih aktif, lebih banyak peraduan
mengarang 3 kali sepanjang 1960-an, iaitu
pada 1958, 1962, 1967 memunculkan novel
terbaik seperti Salina. Lingkaran, Merpati Putih
Terbang Lagi.
Kemunculan isntitusi lain yang membantu
merangsangkan perkembangan sastera seperti
Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya
(1953) di Singapura dan kemudian pindah ke
KL pada 1959 menyediakan pengarang dan
pengkritik sastera yang lebih berwibawa.

Perkembangan Novel 1960-an


Kemunculan persatuan penulis PENA aktif
mengadakan berbagai-bagai kegiatan sastera
seperti ceramah, forum, kelab kritik, dan
bengkel penulisan, menerbitkan jurnal
kesusasteraan berjudul penulis yang
memuatkan tulisan kajian dan kritikan tentang
novel dan lain-lain.
Kemunculan penerbit-penerbit dengan jumlah
yang lebih besar seperti Utusan Melayu, Oxford
Press University, Federal Publications, Pustaka
Antara, Pustaka Timur, Kuala Terenganu, dll.

Perkembangan Novel 1960-an


Timbulnya gejala baharu dalam masyarakat
negara baru seperti perubahan politik,
pembentukan semula ekonomi merangsang
idea penulis menghasilkan idea baharu dalam
karya seperti isu pilihanraya, politik bahasa,
politik perkauman, pembangunan luar bandar,
sistem pendidikan kebangsaan, penghijarahan
anak muda dari seda ke kota, tanggungjawab
wakil rakyat dan majlis agama.

Perkembangan Novel 1960-an


Perkembangan Tema
Pada tahap ini jumlah novel yang terhasil
dicatatkan sebanyak 238 buah suatu
peningkatan ketara berbanding dekad
sebelumya dengan tema seperti
kemasyarakatan, novel perang dan politik, dan
novel sejarah.
Novel pada tahap ini boleh dibahagikan kepada
dua; novel kategori peraduan dan novel bukan
peraduan.

Perkembangan Novel 1960-an


Novel kemasyarakatan menyentuh tentang
kemiskinan, kehilangan pimpinan, krisis moral
dalam kalangan pemimpin dan anak muda,
kehidupan rumah tangga dan pelacuran.
Antara pengarang yang terlibat Shahnon
Ahmad, Ruhi Hayat, Abdullah Hussain, Yahya
Samah, Salmi Manja, Khadijah Hashim.
Shahnon Ahmad menghasilkan Rentong,
Terdedah, Ranjau Sepanjang Jalan.

Perkembangan Novel 1960-an


Ruhi Hayat menghasilkan Kabus Pagi, Lorong Seribu
Liku, Merangkaklah Senja Menutup Pandangan, Putus
Sudah Kasih Sayang, Garis Hitam Membelah Langit dll.
Khadijah Hashim menghasilkan Badai Semalam dan
Jalan ke Kubur.
Novel perang mendedahkan persoalan daripada kesan
peperangan, khususnya kesan Perang Dunia Kedua
yang dirasai oleh masyarakat; novel politik
membicarakan corak politik tanah air dan tokoh-tokoh
yang terlibat dengan pergerakan parti politik.

Perkembangan Novel 1960-an


Antara penulis yang menghasilkan novel
perang ialah A. Samad Said dengan karyanya
Salina yang hasil daripada Peraduan
Mengarang Novel anjuran DBP; Bulan Tak
Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir
Lesu.
Novel politik pula ditulis oleh A. Samad Ismail
dan Alias Ali dengan karya mereka Kail Panjang
Sejengkal dan Krisis. Krisis mengisahkan
konflok tokoh pemimpin politik dalam
pilihanraya di Pekan Baru Terengganu.

Perkembangan Novel 1960-an


Arenawati turut menulis novel politik yang
berjudul Lingkaran, Jalan Malam ke Ibu Kota,
Gelora, dan Gandaria.
Novel Sejarah dihasilkan oleh pengarang
veteran, Harun Aminurrasyid. Antara karyanya
ialah Anak Panglima Awang, Nur dan Ros, Tun
Mandak, Gugur di Lembah Kinabalu, Simpang
Perinang, dan Wan Derus.

Perkembangan Novel 1960-an


Jalinan Cerita/Plot dan Gaya Bahasa
Jalinan cerita dan plot yang lebih kemas dengan
pelbagai teknik plot dan gaya cerita yang lebih seperti
dalam Salina, Rentong, dan Badai Semalam.
Gaya bahasa yang lebih lincah, bertenaga, dengan
dialek tertentu, puitis, berkesan, sesuai dengan latar
ceritanya sehingga dapat melahirkan gambaran
keadaan hidup yang lebih berkesan seperti dalam
Rentong dan Badai Semalam. Juga ada penggunaan
bahasa kiasan dalam bentuk yang asli.

Perkembangan Novel 1960-an


Pelukisan Watak dan Perwatakan
Pengarang melukiskan watak dengan lebih berkesan
dan terperinci sama ada dari aspek fizikal atau batinnya
dengan cara yang objektif.
Tidak dilukiskan secara langsung melalui naratif, tetapi
melalui dialog antara watak, serta aksi, pemikiran, dan
tindakan watak secara tidak langsung.
Watak yang diangkat bukan lagi watak manusia
daripada golongan bawahan, tetapi juga ahli politik dan
watak-watak sejarah yang pernah hidup dalam dunia
sebenar.

Perkembangan Novel 1960-an


Peranan dan Fungsi
Memenuhi aspirasi pengisian kemerdekaan, berunsur
didaktik untuk memberi pengajaran dan kesedaran
tentang permasalahan sosial, ekonomi, politik dalam
masyarakat.

Kesimpulan
Novel yang lahir pada abad ini membawa kemajuan dan
perubahan.
Dari aspek tema dan persoalan semakin meluas, tidak
terbatas perkara yang berlaku di luar diri manusia,
tetapi dalam diri manusia yang alami permasalahan
yang lebih besar dan menarik.

Perkembangan Novel 1960-an


Terdapat penggunaan teknik baharu penulisan
yang berjiwa baharu daripada pelbagai latar
belakang pekerjaan dan pendidikan.
Novel 1960-an mengubah arah aliran penulisan
novel Melayu kepada suatu tahap pencapaian
yang bermakna, iaitu pencapaian
antarabangsa.

Perkembangan Novel 1970-an


Latar Perkembangan
Perkembangan novel 1970-an menimbulkan dua
tanggapan berbeza dalam kalangan pengkritik
kesusasteraan tanah air
(1) tahun 1970-an merupakan dekad kemerosotan
dalam kuantiti novel yang dihasilkan jumlah merosot
kepada 189 berbanding 238 pada 1960-an
(2) tidak wujud kemerosotan dalam penghasilan novel
pada tahun 1970-an, malah dekad ini paling penting
dan bermakna dalam hubungannya dengan
perkembangan novel Melayu.

Perkembangan Novel 1970-an


Faktor-faktor kemerosotan dalam tanggapan pertama
dikaitkan dengan kekurangan penerbit yang sanggup
menerbitkan dan memasarkan novel; kekurangan
kegiatan kritikan dan penilaian akibat perkembangan
mass-production; kekurangan pembaca novel.
Dalam tanggapan kedua, kemerosotan dalam kuantiti
dikatakan tidak menggambarkan kemerosotan dari segi
mutu karya yang dihasilkan kerana novel tersebut lahir
daripada penilaian yang profesional melalui pelbagai
sayembara seperti Sayembara Novel-Gapena
Yayasan Malaysia Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia.

Perkembangan Novel 1970-an


Tambahan pula, pertandingan menjadikan
penulis lebih berdisiplin, terarah, dan peka
terhadap pengusasaan teknik serta
pengetahuan baharu sehingga memunculkan
penulis muda berbakat besar seperti Anwar
Ridhwan, Azizi Haji Abdullah, Baharuddin C.D
dan Zahari Affandi, di samping penulis berbakat
besar lama yang sedia ada seperti A. Samad
Said, Shahnon Ahmad, dll.

Perkembangan Novel 1970-an


Tema/Persoalan
Corak yang paling utama dan menonjol pada tahap ini
tertumpu kepada tiga, iaitu tema kemasyarakatan serta
pembangunan, politik dan sejarah.
Contoh karya kemasyarakatan dan pembangunan ialah
Srengenge oleh Shahnon Ahmad, Senja Belum Berakhir
oleh Azizi Haji Ali; politik Seluang Menodak Baung oleh
Shahnon Ahmad; sejarah Sandera oleh Arenawati.
Dikatakan pada tahap ini penulis mempunyai kematangan
dan kepekaan yang mendalam dalam pilih tema atau
persoalan, terpancar daya keintelektual dan penyelidikan
penulis dekad ini.

Perkembangan Novel 1970-an


Jalinan Cerita/Plot dan Gaya Bahasa
Dari segi jalinan cerita, terdapat kemajuan
teknik pengolahan terdedah kepada pelbagai
kaedah penulisan sama ada daripada
kesusasteraan luar atau setempat. Hasilnya
jalan cerita lebih segar dan sesuai dengan tema
dan persoalan yang ingin dipaparkan.
Pemakaian gaya bahasa pula lebih terpelihara
dari aspek keberkesanan dan keaslian dan
disesuaikan dengan tema, jalan cerita, nada,
suasana, latar, dan sudut pandangan.

Perkembangan Novel 1970-an


Pemakaian bahasa begini dikatakan
meninggalkan kesan yang indah apabila dibaca
oleh pembaca.
Aspek pemilihan kata, penyusunan ayat dan
bahasa kiasan terhasil daripada ciptaan penulis
sendiri, tidak terpengaruh dengan yang sudah
sedia ada.

Perkembangan Novel 1970-an


Pelukisan Watak dan Perwatakan
Sorotan watak dibuat dengan lebih mendalam,
lebih menunjam kepada persoalan batin yang
lebih besar sifatnya dengan pengukuhan unsur
psikologi tertentu.
Tumpuan watak tidak menjurus kepada satusatu golongan tertentu, sebaliknya kepada
hampir seluruh lapisan hidup manusia.

Perkembangan Novel 1970-an


Fungsi dan Peranan
Karya mengungkapkan pemikiran dan ideologi
penulis dalam hal yang berkaitan dengan
politik, sejarah, dan kemasyarakatan.

Kesimpulan
Penulisan novel dekad 1970-an mengalami
kemjuan dari aspek nilai daya ciptaan; hasil
daripada sejumlah sayembara dan hadia besar
yang bermakna.

Perkembangan Novel 1970-an


Kebanyakan penulis memiliki penguasaan dan
ketelitian yang baik daripada aspek teknik dan
pengolahan dan pemilihan bahan persoalan.
Penulis berhasil melakukan kombinasi antara
bakat dengan pengetahuan dengan berkesan
dan indah.
Kematangan wujud dalam diri penulis pada
dekad ini dalam semua aspek bahan penulisan.