Anda di halaman 1dari 79

PSV 3113

PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAJUK 3: BENTUK-BENTUK PENTAKSIRAN

PENDAHULUAN
Pengajaran dan Pembelajaran tidak akan
dapat diketahui keberkesanannya sehinggalah
murid-murid diuji tahap kefahaman mereka.
Pelbagai cara dan kaedah yang dapat menilai
murid-murid dengan terperinci.
Beberapa kaedah dan cara yang dikemukakan
melalui pembentangan tajuk ini diharap dapat
membantu guru khasnya dalam matapelajaran
Pendidikan Seni Visual.

Kupasan tajuk ini akan memperjelaskan


tentang:
PENILAIAN FORMATIF
PENILAIAN SUMATIF
PEMERHATIAN
PORTFOLIO
HASIL KERJA

PENILAIAN
FORMATIF
DAN
SUMATIF
Ghazali Che
Muda

Penilaian Formatif
Penilaian yang dibuat secara
berterusan, iaitu sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran
untuk menilai keberkesanan
pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar bagi setiap
tajuk yang diajar.

Penilaian ini dijalankan secara


berterusan adalah bertujuan
untuk memperbaiki atau
mengenal pasti kelemahan yang
wujud semasa pengajaran dan
pembelajaran dengan kadar
segera.

Penilaian ini juga dapat


menentukan pengajaran dan
pembelajaran yang dibuat itu
mencapai objektif ataupun tidak.
Ia juga dapat menentukan
samada murid telah bersedia
untuk mengikuti pelajaran
berikutnya yang lebih tinggi atau
rumit.

Aktiviti penilaian boleh dijalankan


secara formal atau tidak formal
semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran samada secara
individu, kumpulan atau
menyeluruh.
Masa yang sesuai untuk membuat
penilaian ialah semasa sesi
pengajaran dilakukan atau setiap
hujung bulan.

Bentuk penilaian yang boleh


dilakukan:
1. Ujian tidak formal - seperti
pemerhatian dan soaljawab
2. Secara formal - seperti ujian
bulanan
melibatkan kertas pensel
dalam masa yang singkat.

Ciri-ciri Penilaian Formatif


Dijalankan bagi tujuan memperoleh
maklumat bagi memperbaiki kurikulum.
Dijalankan sepanjang masa dan
maklumat yang diperolehi daripada
penilaian ini digunakan secara terus
menerus.
Bercorak ujian diagnostik, yang mana
dapat memberikan input akan masalah
yang dihadapi pelajar dalam mengikuti
pembelajaran.

sambungan
Dijalankan sepanjang masa pengajaran
dan pembelajaran.
Maklumat yang diperolehi hendaklah
digunakan serta merta dalam
memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran agar pelajar dan guru
sama-sama memperolehi manfaat
daripadanya.

Tujuan Penilaian Formatif


Memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran.
Meningkatkan pencapaian pelajar pada
akhir sesuatu pelajaran.
Memperlihatkan kelemahan-kelemahan
yang wujud sama ada pada
penyampaian guru atau penguasaan
pelajar dan seterusnya guru akan
memperbaiki agar murid dapat
menguasai dengan baik.

sambungan
Menolong pelajar menguasai sesuatu
unit atau topik pembelajaran dan ini
memungkinkan mereka memperolehi
pencapaian yang lebih baik pada akhir
penggal atau semester persekolahan.
Mengubah suai pengajaran guru.
Guru dapat menentukan pendekatan
yang lebih baik dalam penyampaian.

sambungan
Memberikan bimbingan pembelajaran
kepada pelajar, menjadikan mereka
sentiasa bersedia untuk menduduki siri
ujian yang dijalankan dan dengan itu
memerlukan ketekunan dan tumpuan
kepada topik-topik pembelajaran.

Penilaian Sumatif
Penilaian yang dibuat pada akhir
pengajaran ( akhir penggal / akhir
tahun ), yang bertujuan untuk menilai
pencapaian akhir pelajar. Berbeza
dengan penilaian formatif yang lebih
menumpukan kepada penilaian
penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk,
penilaian sumatif bertujuan untuk
menentukan pencapaian pelajar pada
akhir penggal persekolahan atau akhir
tahun yang juga dapat menentukan
keberkesanan sesuatu kurikulum.

Ciri-ciri Penilaian Sumatif


Lebih menumpukan menilai tahap
penguasaan pelajar dalam satusatu topik pembelajaran.
Untuk menentukan pencapaian
pelajar pada akhir sesuatu penggal
persekolahan dan digunakan untuk
menentukan keberkesanan sesuatu
kurikulum secara keseluruhan.

Tujuan Penilaian Sumatif


Membantu pelajar secara individu
dalam meningkatkan pecapaian.
Memberi gred kepada pelajar
berdasarkan pencapaian yang
ditunjukkan dalam peperiksaan yang
diadakan.
Mengikhtiraf kebolehan dan kemahiran
yang dimiliki oleh pelajar. Ini
berdasarkan skor yang diperolehi oleh
pelajar dalam penilaian yang dijalankan.

sambungan
Dijadikan pertunjuk dalam
memulakan sesuatu kursus baru
yang berkaitan.
Memperlihatkan peringkat
pencapaian yang berbeza
mengikut kumpulan.

Perbezaan Penilaian Formatif dan


Sumatif
Aspek

Penilian Formatif

Penilian Sumatif

Konsep

Mengesan penguasaan pelajar


pada suatu hasil pembelajaran
melalui pengujian yang dapat
dibina dan ditadbir secara formal
ataupun tidak formal.

Mengesan pencapaian pelajar dalam


tempoh tertentu persekolahan melalui
pemgujian yang dijalankan secara formal.

Waktu
Penilaian

Sepanjang proses pengajaran dan


pembelajaran berlangsung.

Pada pertengahan ataupun akhir penggal


/ semester persekolahan.

Kaedah

Formal : pensel, kertas


Tidak formal : Pemerhatian, soal
jawab, latihan.
Penilainan dibuat secara individu
ataupun berkumpulan.

Dibuat secara formal:


Ujian pensel dan kertas, lisan.
Penilaian dijalankan secara berkumpulan.

Selepas
Penilaian
dijalankan

Menjalankan tindakan susulan ke


atas pelajar.
a.Aktiviti bimbingan bagi
kemahiran yang belum kuasai.
b.Aktiviti pengukuhan bagi
kemahiran yang sudah mula
dikuasai.
c.Aktiviti penggayaan bagi
memperkembangkan penguasaan
kemahiran.
Mengubahsuai proses P & P.

Memperbaiki kurikulum sedia ada.


Mengumpulkan pelajar mengikut tahap
pemguasaan.

Ghazali Che Muda

PEMERHATIAN
Pemerhatian ialah:
Pengamatan kepada pelakuan murid
bersesuaian dengan perkembangan murid.

yang

Dilakukan secara berterusan mengikut jangka


waktu tertentu bagi membantu guru mendapatkan
maklum balas tentang keberkesanan PnP.
Dalam konteks pentaksiran suatu kaedah
sistematik untuk mengumpul data / maklumat &
merekodnya dengan tepat.

PEMERHATIAN

FUNGSI KAEDAH PEMERHATIAN


Guru dapat
mengikuti
perkembangan
murid dalam
PdP.

Murid dapat
melihat
tahap
pencapaian
sendiri/raka
n sebaya
dalam PdP.

Guru boleh membuat


refleksi terhadap
keberkesanannya
sebagai guru.

Membantu guru
mengetahui minat
murid terhadap
pelajaran.

Guru/murid
dapat
merancang
tindakan
susulan yang
sesuai dalam
PdP seterusnya

Menyimpan rekod
yang sistematik
untuk rujukan dan
perancangan.

Jenis-jenis
Pemerhatian

Pemerhatian Bukan
Peserta (Pemerhatian
Penuh)
Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih
tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian.
Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang
semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat
pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli
kumpulan atau individu yang diperhati.
Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti
alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera
video.

Jenis-jenis
Pemerhatian

Pemerhatian Peserta
(Peserta sebagai Pemerhati)
Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi
seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak
diperhati dan pada masa yang sama ia membuat
pemerhatian.
Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik
memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan
pemerhati.

PERBEZAAN
PEMERHATIAN BUKAN
PESERTA

PEMERHATIAN
PESERTA

Responden kajian
mungkin tidak
menyedari akan
kehadiran pemerhati dan
dengan itu ia akan
menunjukkan tingkah
laku yang tulen dan tidak
berpura-pura.

Penyelidik dapat
mengalami sendiri
aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan dan ini
menjadikan dapatan
pemerhatian lebih sah
dan boleh dipercayai.

Data-data yang
diperoleh lebih tulen dan
ini akan menyumbang
kepada ketepatan
maklumat yang
dikumpul.

Menggunakan kaedah ini


juga memungkinkan
maklumat-maklumat
yang tersembunyi atau
yang tidak dijangka
dapat diperhati

KELEBIHAN KAEDAH
PEMERHATIAN
Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih
terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang
kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh
dipercayai.
Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada
dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting
dalam kajian.
Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang
diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel
yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal
pasti.

KELEMAHAN KAEDAH
PEMERHATIAN
Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah
laku mereka diperhati dan diteliti.
Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati
apabila tingkah laku mereka diperhati.
Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan
membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati
mereka.
Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan
disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya,
fahaman, dan nilai.

CARA MEMBUAT
PEMERHATIAN
1. Pemerhatian secara langsung boleh
dilakukan setiap masa dengan meneliti segala
perlakuan dan kejadian dalam situasi yang
dikaji.
2.

Teknik ini tidak memerlukan apa-apa perlatan


khas melainkan pen dan kertas saja. Guru/
pensyarah penyelidik perlu membuat beberapa
pertimbangan sebelum melakukan
permerhatian

Penggunaan Alat
Perakam

Pengunaan perakam audio dapat membantu


merekodkan interaksi lisan yang berlaku antara
kumpulan sasaran dengan pemerhatian ataupun
antara kalangan kumpulan sasaran.

Perkataan, sebutan dan perbualan yang sebenar


dapat dirakamkan dengan tepat.

Data-data penting boleh diperolehi daripada


rakaman audio melalui proses tiga fasa berikut:
- dengar kembali seluruh rakaman tersebut
untuk mendapat gambaran umum,
- dengar semula untuk mencari data-data
penting
- dengar sekali lagi untuk membuat transkripsi
tentang data-data penting

Gambar foto
Gambar foto merupakan suatu media yang amat
berkesan untuk merekodkan perlakuan atau
keadaan fizikal secara holistik.
Foto juga dapat menonjolkan body language
terbayang oleh sasaran dikaji tetapi terabai oleh
pemerhati kerana pada ketika itu dianggap
sebagai tidak signifikan.

CONTOH-CONTOH FOTO
AKTIVITI PSV

Rakaman video
Rakaman video melanjutkan kelebihan foto dan
rakaman audio dengan menunjukkan juga
pergerakan sasaran dikaji serta turutan dan
tempoh masa peristiwa.

PEMERHATIAN

REKOD
ANEKDOT

BORANG
KEMAJUAN
DIRI

TEMU BUAL

SOAL SELIDIK

SENARAI
SEMAK

REKOD
PROFIL
MURID

Aspek yang diperhatikan menyeluruh dan


meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Dilaksanakan menggunakan instrumen:
1. Rekod anekdot
2. Temu bual
3. Senarai semak
4. Borang kemajuan diri
5. Soal selidik
6. Rekod profil murid

Membantu guru mengetahui


terhadap pelajaran.

minat

murid

Mengesan kemampuan/tahap kognitif murid.


Mengesan tahap penguasaan bahasa murid.
Menyimpan rekod yang
rujukan dan perancangan.

sistematik

untuk

Rekod Anekdot ialah:

REKOD
ANEKDO
T

Catatan ringkas, tepat dan padat mengenai


peristiwa/tingkah laku murid yang dianggap
penting, unik dan signifikan untuk direkod.
Maklumat dalam rekod:
1. Nama murid
2. Tarikh
3. Masa
4. Tempat
5. Peristiwa yang berlaku
6. Ulasan guru
7. Cadangan/tindakan guru

Pertimbangan menulis Rekod


Anekdot ialah:
Membuat pemerhatian peristiwa yang berlaku
Mengenal pasti peristiwa itu penting dan
signifikan kepada aspek perkembangan kanakkanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan
Menulis maklumat selepas peristiwa
Menulis apa yang dilihat secara objektif

Panduan Merekod Rekod Anekdot


ialah:
Membuat cacatan dalam buku nota
Merekod hasil pemerhatian
Mencatat tingkah laku/apa yang diperkatakan
murid
Mencatat respon orang lain yang ada kaitan
dengan tingkah laku murid yang diperhatikan
Mencatat peristiwa mengikut urutan
Merekod maklumat berpandukan peristiwa yang
menggambarkan perkembangan kanak-kanak

TEMU
BUAL
Temu Bual ialah:
Tidak berstruktur tidak berpandukan
kepada skrip. Fleksibel dan meluas
Berstruktur berdasarkan kepada skrip
tertentu, mirip soalselidik
Separa-berstruktur berpandukan kepada
skrip tetapi idea/isu menarik boleh dibincang
lebih dalam

Jenis Soalan Temu Bual ialah:


Dua jenis soalan:
1. soalan tertutup format jawapan yang
telah ditentukan, sepert. ya atau tidak
2. soalan terbuka tidak mepunyai format
tertentu
Soalan tertutup adalah lebih cepat dan mudah
untuk dianalisa

SENAR
AI
SEMAK
Senarai Semak ialah:
Senarai item untuk mengenal pasti perkembangan
murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan
kebolehan.
Senarai item:
1. Tingkah laku/ciri yang ada atau dapat
diperhatikan
2. Perlakuan yang telah dilakukan
3. Kekerapan tingkah laku

Prosedur Senarai Semak ialah:


Menyediakan senarai semak lebih awal
sebelum pemerhatian
Menyatakan tingkah laku yang diperhatikan
dengan ringkas dan jelas
Menilai tingkah laku mudah dalam konteks
semula jadi
Menyatakan kemahiran penting sahaja
Menyusun item mengikut peningkatan
Melakukan pemerhatian beberapa kali untuk
mendapatkan maklumat/amalan yang
tepat/kekal
Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil
pembelajaran/tingkah laku murid

BORANG
KEMAJU
AN DIRI
Borang Kemajuan Diri ialah:
Rumusan yang dibuat oleh guru hasil daripada
maklumat yang dikumpul dan dianalisis mengenai
perkembangan diri murid secara menyeluruh dan
spesifik
Ulasan yang dapat menunjukkan kebolehan dan
pencapaian sebenar diri murid

Komponen Borang Kemajuan Diri


ialah:

Perkembangan
Perkembangan
Perkembangan
Perkembangan
Perkembangan
Perkembangan

bahasa dan komunikasi


kognitif
kerohanian dan moral
sosioemosi
fizikal
kreativiti dan estetika

SOAL
SELIDIK
Soal Selidik ialah:
Soalan boleh terbuka atau tertutup
Soalan tertutup paling mudah dianalisa, dan
boleh dilakukan secara berkomputer
Boleh diberikan kepada suatu populasi yang
besar
Media penyebaran kertas, email dan laman web

REKOD
PROFIL
MURID
Rekod Profil Murid ialah:
Rekod yang mengandungi maklumat diri murid,
maklumat keluarga murid dan maklumat fizikal
murid serta kecemasan sila hubungi.
Tujuannya adalah untuk bahan rujukan guru
supaya dapat mengambul tindakan sewajarnya

PORTFOLIO

PENGENALAN
Portfolio menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2012)
ialah satu koleksi yang mengandungi pelbagai resos
dan bahan-bahan yang releven dengan hasil
pembelajaran murid dalam sesuatu matapelajaran.
Portfolio merupakan dokumen berstruktur yang dibina
melalui perancangan, pelaksanaan serta penilaian yang
teliti dan holistik.
Menggalakkan pembelajaran interaktif melalui bantuan
semua pihak.
Mengandungi maklumat yang disusun mengikut urutan.

Portfolio juga merupakan tugasan yang


menggunakan satu folder atau fail atau sebagainya
yang mengandungi bahan-bahan kutipan yang
dikumpulkan untuk sesuatu tempoh tertentu
berasaskan tujuan yang jelas / spesifik
Bagi menggambarkan / menjelaskan /
menerangkan daya usaha, kemajuan atau
pencapaian sipenyedianya dalam bidang tertentu.
Berfokus kepada proses bukan hasil.
Pemantauan melalui peta perkembangan.

JENIS PORTFOLIO
Dua jenis portfolio diperlukan:
Portfolio guru mengandungi semua arahan
dan kriteria pentaksiran serta rubrik berkaitan
tugasan yang diberikan kepada murid.

Portfolio murid mengandungi setiap eviden


yang digunakan untuk mendapatkan
I. Portfolio kerja harian dimana bahan dikumpul
untuk tugasan dalam masa terentu.
II.Portfolio hasil kerja terbaik daripada daripada
hasil kerja harian.
III.Portfolio dokumentari hasil tugasan yang
dijalankan semasa mengumpul bahan dalam
jangka masa tertentu.

MATLAMAT
Melahirkan independent learners yang
sentiasa berusaha memperbaiki pembelajaran
& prestasi diri sendiri secara menyeluruh,
melalui penilaian berterusan (proses),
penaksiran kendiri, dan renungan kendiri.

TUJUAN PORTFOLIO
Membolehkan pelajar:
Mengawal, mengesan dan mengikuti perkembangan /
kemajuan mereka sendiri bagi satu tempoh yg telah
ditetapkan.
Mengolah dan mengenal kekuatan dan kelemahan diri
mereka sendiri dan berusaha meningkatkan kemahiran
bagi mengatasi kelemahan (formatif & diagnostik).
Memberi ruang refleksi dan penilaian kendiri.

Membolehkan guru:
Mengintegrasikan proses pengajaran dan
penilaian secara holistik dilakukan.

membolehkan

Memperkembangkan & mengukuhkan penilaian kendiri & kemahiran


refleksi di kalangan pelajar.
Memantau perkembangan.
Memainkan peranan sebagai pendorong atau fasilitator dalam
membantu pelajar meningkatkan aspek kognitif dan sahsiah mereka.
Menilai bidang afektif seperti kelakuan, inisiatif kerjasama serta
komitmen.

KANDUNGAN
PORTFOLIO

Guru seharusnya melibatkan pelajar dalam


menentukan garis panduan bagi pemilihan
kandungan portfolio, kriteria untuk pentaksiran dan
bukti-bukti tentang renungan kendiri (self-reflection)
pelajar.
Pelbagai jenis bahan boleh terkandung di
dalam portfolio bergantung kepada tujuan
portfolio itu diwujudkan.
Seterusnya dapat menggambarkan perkembangan
pelajar berkenaan bagi satu tempoh yang telah
ditetapkan.

Sebuah Portfolio yang lengkap


terdiri daripada bahan-bahan
berikut:

Nota-nota
Nota-nota yang
yang disediakan
disediakan oleh
oleh guru
guru

Senarai
Senarai semak
semak yang
yang disediakan
disediakan oleh
oleh guru
guru
Refleksi
Refleksi kendiri
kendiri murid
murid
Buku
Buku jurnal
jurnal
Buku
Buku log
log
Gambar
Gambar dan
dan foto
foto

Contoh Bahan-Bahan yang Boleh


Dimasukkan Ke Dalam Portfolio:
REKOD ANEKDOT

MODEL

SAMPEL SURAT MENYURAT


SAMPEL RENCANA/
ESEI
SAJAK / SYAIR/ PANTUN/
GURINDAM
PETA / CARTA/ GAMBARAJAH

JURNAL
PELAPORAN
EKSPERIMEN

PROJEK
VIDEO/
TAPE
LUKISAN

SKRIP-SKRIP JAWAPAN KEPADA


UJIAN
SEBARANG BAHAN YANG
SESUAI

PERANCANGAN
PORTFOLIO
Guru haruslah terlebih dahulu memberi penerangan
tentang matlamat penyediaan portfolio kepada
setiap pelajar ia berkaitan:
1. Tujuan mengadakan portfolio
2. Kandungan yang diharapkan
3. Kriteria penaksiran yang akan digunakan
4. Senarai artifak/bahan

Langkah-Langkah
Penyediaan Portfolio
1. Tentukan tujuan mengadakan pentaksiran portfolio.
2. Nyatakan kandungan dan kemahiran yang akan
ditaksir atau diberi perhatian.
3. Tentukan sasaran yang akan dinilai dan peringkatnya;
4. Nyatakan bahan-bahan yang perlu dikutip.
5. Tetapkan kaedah pengumpulan bahan dalam portfolio,
masa dan tempoh bagi sesuatu aktiviti itu dijalankan.

6. Perjelaskan kaedah penggredan yang akan


digunakan untuk mentaksir tugasan portfolio
pelajar.
7. Tetapkan tarikh untuk menerangkan keputusan
atau pencapaian pelajar dalam satu-satu tugasan
portfolio mereka.
8. Pastikan pelajar terlibat sama dalam penyediaan
sistem ini.

PENTAKSIRAN
PORTFOLIO

Penjelasan mengenai pentaksiran portfolio:


Satu penaksiran pembelajaran.
Bagi mengenalpasti perkembangan kognitif, afektif
dan psikomotor seorang pelajar.
Melalui bukti-bukti yang dikumpulkan dalam folder.
Berdasarkan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan
terlebih dahulu.

PENGGREDAN
PORTFOLIO
Terdapat 2 aspek portfolio yang perlu dinilai:
a)Setiap hasil kerja yang dimasukkan dalam
portfolio merupakan penilaian berbentuk
formatif dan dibuat secara analitik.
b)Keseluruhan hasil portfolio merupakan
penilaian berbentuk sumatif dan dibuat secara
holistik.

Terdapat empat perkara utama dalam penilaian


portfolio:
Pemilihan Bahan
Pengskoran
Kesahan
Keberkesanan

Dalam pentaksiran portfolio, masa, sumber


kewangan dan latihan murid dan guru mesti
diambil kira dalam membuat pemilihan bahan
dan pembentangan kepada kelas. Ini
mempengaruhi kualiti persembahan mereka;
Masa perlu diperuntukan dalam jadual waktu
untuk perbincangan antara guru dengan murid /
penilaian kerja murid.

HASIL KERJA

Pemerhatian hasil kerja adalah pencapaian kebolehan dan


kemahiranmurid yang diperlihatkan pada hasil kerja.
Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan di
dalam portfolio. Pemilihan hasil kerja hendaklah dibuat oleh
murid bersama guru. Hasil kerja murid termasuklah:
Gambar atau lukisan
Tulisan
Binaan yang disempurnakan
Cerita yang ditulis
Buku skrap

Catatan perlu dibuat ke atas setiap hasil kerja


murid yang telah dipilih setelah dianalisis &
dinilai.
Biasanya ia menggambarkan tahap kebolehan
seperti sudah boleh membuat bulatan, sudah
boleh menulis huruf dan sebagainya.
Pembinaan soalan objektif dan subjektif bagi
menentukan kualiti hasil kerja secara
keseluruhannya haruslah menitikberatkan aras
kesukaran berasaskan Taksonomy Bloom.

Koleksi hasil kerja murid dalam portfolio harus


mengandungi hasil kerja yang melibatkan murid
khususnya semasa pemilihan isi kandungan ,
penentuan kriteria pemilihan isi kandungan,
penentuan kriteria untuk menilai dan bukti
refleksi yang dibuat oleh murid.
Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian
adalah gubahan, interprestasi, kemahiran,
fungsi, keaslian, kreativiti dan keemasan.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran


Pendidikan Seni Visual, nilai-nilai yang sesuai
diperhatikan pada hasil kerja adalah:
Kebersihan
Keteraturan
Keselamatan
Ketekunan
Bekerjasama
Ketelitian dan
Kesempurnaan

Maklumat daripada hasil kerja murid ini:

Bantu guru memahami murid dari segi perasaan, sikap dan


mengenalpasti kemajuan tahap penguasaan murid terhadap
sesuatu kemahiran pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni.

Penilaian secara lisan seperti berinteraksi dengan murid


untuk mengetahui tahap pengusaan murid terhadap aspek
seni, bahasa seni dan kemahiran berfikir murid.

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan


mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam
aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio.

RUJUKA
N
Dr. Adenan Ayob, Mohd Rain Shaari, Tuan Jah Tuan Yusof, 2007,HBML2230 Pembestarian
Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu, Open Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.
Modul PSV 3113, Program Pensiswazahan Guru, 2012, Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Mazlan Othman,Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual,Oxford Fajar Sdn Bhd.
Nik Azis Nik Pa, 1999, Potensi Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka, Ampang, selangor.
Jeff Low,Panduan Pendidikan Seni Visual,Cerdik Publications Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan.
Keith Pigdon dan Marilyn Woolley,diterjemahkan oleh Mastuti Isa,Gambaran Keseluruhan
Menyepadukan Pembelajaran Kanak-Kanak,Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Prof. Dr. Abu Bakar Nordin, 1995, Penilaian Afektif, University Malaya, Masa Enterprise, Selangor.
Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail, 2009, HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan, Open University
Malaysia, Kuala Lumpur.

Sekian
Terima
Kasih

Anda mungkin juga menyukai