Anda di halaman 1dari 21

FAST MEDIA TEAM (FMT)

PEJABAT MENTERI BESAR TERENGGANU

PENGENALAN

Dunia politik tidak dapat dielakkan dengan pengaruh media atau publisiti.
Ianya merupakan suatu keperluan yang mana kredibiliti seseorang pemimpin
dapat dinilai oleh rakyat secara umumnya dan ianya akan membantu meraih
sokongan daripada pengundi atau penyokongnya. Publisiti atau media ini
boleh diwujudkan melalui pelbagai medium mengikut kumpulan sasaran
tertentu. Medium yang paling sesuai adalah yang termudah dan terpantas
untuk sampai kepada kumpulan sasaran.

KUMPULAN SASARAN

Berdasarkan statistik terkini, hampir 70 peratus daripada pengundi adalah


terdiri daripada golongan muda berumur 40 tahun ke bawah. Kumpulan ini
adalah kumpulan pengundi yang cukup terdedah kepada media elektronik
terutamanya di media sosial. Tidak dapat dinafikan bahawa hampir setiap
daripada mereka mempunyai akaun di laman sosial seperti Facebook, Twitter,
Whatsapp dan lain-lain. Maka, suatu usaha yang lebih berkesan diperlukan
agar sasaran ini dapat dicapai.

FAST MEDIA TEAM (FMT)

Sebagai sebuah jabatan kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri,


Pejabat Menteri Besar memainkan peranan penting dalam membantu dan
memudahkan urusan YAB Menteri Besar dalam menjalankan tugas-tugas beliau
kepada rakyat daripada segenap segi termasuklah menyelaras aktiviti publisiti
dan liputan media dalam memastikan setiap dasar dan perancangan beliau
dapat dinilai secara positif oleh rakyat.

Atas peranan tersebut, adalah dicadangkan agar Pejabat Menteri Besar untuk
menubuhkan sebuah pasukan media khas yang dinamakan Fast Media Team (FMT)
atau Unit Media Pantas melalui Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) bagi
memantapkan lagi pengurusan media untuk YAB Menteri Besar. Unit FMT ini akan
bertindak untuk memastikan segala aktiviti YAB Menteri Besar yang dikira
memberi impak positif dimata rakyat dapat dimaksimumkan liputan media secara
lebih interaktif dan pantas untuk sampai kepada kumpulan sasaran.

OBJEKTIF

Menjadi media pertama yang membuat liputan pantas kepada aktiviti YAB
Menteri Besar

Memastikan setiap publisiti kepada YAB Menteri Besar sampai kepada


kumpulan sasaran terutama generasi muda dan pengundi luar

Memastikan publisiti YAB Menteri Besar diolah dan ditambah nilai secara lebih
kreatif dan interaktif

FUNGSI

Petugas FMT bertanggungjawab merakam setiap aktiviti YAB Menteri melalui kaedah
fotografi dan videografi. Petugas FMT akan diselia oleh Setiausaha Akhbar/Pen. Pegawai
Tadbir yang bertugas di lokasi.

Petugas FMT akan mengolah sumber rakaman dalam bentuk yang lebih menarik dan
mengenalpasti kaedah siaran samaada secara live mahupun selepas diubahsuai.

Petugas FMT juga akan menggunakan saluran media sosial untuk meningkatkan publisiti
positif kepada YAB Menteri Besar seterusnya memantau setiap maklumbalas daripada
pelayar internet pada halaman-halaman yang berkaitan dengan beliau.

AKTIVITI

FACEBOOK

TWITTER

INSTAGRAM

YOUTUBE

LAMAN WEB PERIBADI

WHATSAPP

1. APLIKASI FACEBOOK LIVE Aplikasi ini bakal menyediakan peluang untuk


membuat Video Live Streaming secara lebih mudah dan lebih pantas untuk
sampai ke setiap Friend dan Likers akaun dan page Facebook YAB Menteri
Besar. Cth: Ucapan, Walkabout, Ziarah dan aktiviti bersama rakyat.

2. APLIKASI FACEBOOK PAGE FMT akan memastikan penambahan jumlah Likers


secara berterusan melalui Like Invitation dan memastikan page YAB Menteri
Besar sentiasa dikemaskini secara Personal Status atau Admin Post.

APLIKASI SOSIAL TWITTER sebagai salah satu media sosial yang menjadi
trend generasi muda, FMT akan bertindak sebagai administrator akaun
Twitter YAB Menteri Besar yang sekarang tidak lagi aktif agar sentiasa
dikemaskini dan menarik untuk memastikan publisiti kepada YAB Menteri
Besar sentiasa trending di laman twitter. Ianya juga dapat memberi peluang
kepada YAB Menteri Besar untuk bermesra dan membuat real-time respons
kepada follower beliau.

LAMAN SOSIAL INSTAGRAM - sebagai salah satu media sosial yang menjadi
trend generasi muda, FMT akan bertindak sebagai administrator akaun
Instagram YAB Menteri Besar yang sekarang tidak lagi aktif agar sentiasa
dikemaskini dan menarik untuk memastikan publisiti kepada YAB Menteri
Besar sentiasa trending di laman Instagram. Gambar-gambar high value
moment seperti gambar selfie bersama rakyat boleh dimuatnaik dalam akaun
beliau.

PERSONEL

Bil

Jawatan

Diskripsi Tugas

Pembantu
1. Menjalankan kerja-kerja rakaman
Penerangan
fotografi dan videografi di lokasi aktiviti
YAB Menteri Besar
2. Mengubahsuai bahan rakaman secara
kreatif melalui suntingan gambar dan
video
3. Memuatnaik hasil akhir di media sosial
peribadi dan melalui laman web berita
dibawah UKOM.
4. Menguruskan media sosial peribadi YAB
Menteri Besar seperti Twitter, Instagram
dll.

Kuantiti
2 Orang

PERALATAN
BIL

PERALATAN

FUNGSI

KUANTITI

Tablet Mobil (IPAD)

Memudahkan petugas akses laman


sosial di luar pejabat dan lapangan.

SD Wifi Camera

Merakam video setiap aktiviti YAB


Menteri Besar

Portable Modem with


Unlimited Mobile Broadband

Membolehkan memuatnaik video ke


laman sosial YAB Menteri Besar
secara pantas

Laptop Full Set with Extra


Battery

Untuk petugas membuat suntingan


sebelum video di muatnaik ke
laman sosial

Walkie Talkie Set with


Earpiece

Untuk perhubungan antara petugas


ketika program dijalankan

Kenderaan

Mempercepatkan perjalanan
petugas ke tempat program

PENUTUP

Diharap dengan kewujudan Fast Media Team atau Unit Media Pantas ini dapat
membantu mengangkat imej dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan YAB
Menteri Besar seiring dengan peredaran dunia teknologi yang menjadi medan
pertarungan dan pengkongsian maklumat masa kini.

Fast Media Team (FMT)

Jawatankuasa Tindakan DUN (JTD)


AKTIVITI

OBJEKTIF

KUMPULAN
SASAR

BAJET

MENUBUHKAN
JAWATANKUASA
TINDAKAN DUN
Dipengerusikan oleh
YAB MB sendiri dan
dianggotai agensiagensi kerajaan
terlibat
Pej Daerah
JKR
MBKT
Roadcare
SATU
PDRM
JKM
J. Kesihatan
KEMAS
DLL

Mempercepatkan
pelaksanaan
program/projek
keperluan rakyat
tanpa birokrasi

Kesemua agensi
berkepentingan
dan pemimpin
tempatan

Tiada kos secara langsung

RE-BRANDING Program Agama Wanita


AKTIVITI

OBJEKTIF

KUMPULAN
SASAR

BAJET

Menjenamakan
semula Kumpulan
Bacaan Yassin/Al
Quran Wanita kepada
nama yang lebih
menarik dan pengisian
yang pelbagai
contohnya Bacaan
Surah Al-Kahfi, Usrah
dan lain-lain

Mendekati, menarik
lebih ramai dan
mengeratkan
hubungan dengan
golongan wanita di
kampong

Ahli Wanita dan


Pengundi Atas
Pagar

Menggunakan bajet
program sedia ada

KARNIVAL ORANG MUDA MAGHI SEJID


AKTIVITI

OBJEKTIF

KUMPULAN
SASAR

BAJET

Karnival Orang Muda


(Maghi Gi Sejid)
dalam kawasan Tok
Jembal
Melibatkan
penceramah ikon spt
Ustaz Kazim
3H2M di Masjid
Tok Jembal
Jemput 100
orang anak muda
bermalam di masjid
Membuka ruang
niaga
Malam Cinta
Rasul
Aktiviti
Keluarga/kanak-kanak

Memberikan imej
Islam kepada parti
Membawakan
pengaruh ikon orang
muda Islamik
Mendekatkan
pengundi Tok Jembal
kepada parti

Pengundi Tok
RM 15,000 RM20,000
Jembal dan sekitar
Seberang Takir

Professional Talk/ Townhall oleh MB


AKTIVITI

OBJEKTIF

KUMPULAN
SASAR

BAJET

Profesional Talk/
Townhall Programme
oleh YAB bersama
penduduk elit,
pensyarah universiti
dan pelajar kawasan
Kuala Nerus. Antara
topic perbincangan
ialah isu-isu ekonomi
dan pembangunan
daerah Kuala Nerus.

Memberikan imej
intelektual kepada
parti

Penduduk elit dan


mahasiswa yang
menetap dalam
Daerah Kuala
Nerus

RM 2,000 RM 3,000

Melibatkan penduduk
elit dan golongan
intelektual dalam
memberi input
pembangunan dalam
ekonomi dan
pembanunan Kuala
Nerus.

100-120 peserta
setiap program

Hari Bertemu Rakyat oleh YAB MB


AKTIVITI

OBJEKTIF

YAB MB sedia
Untuk bertemu
berkhidmat di pejabat pengundi seberang
DUN seberang Takir
takir.
setiap Khamis pagi.

KUMPULAN
SASAR

BAJET

Pengundi Seberang Tiada kos


Takir

Anda mungkin juga menyukai