Anda di halaman 1dari 31

PENGAJARAN MIKRO

Rasional

Pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan guru


permulaan yang berkesan. Memandangkan betapa penting dan
berfaedahnya pendekatan pengajaran mikro dalam konteks Praktikum,
Bahagian Pendidikan Guru telah menekankan agar diaplikasikan
teknik pengajaran mikro ini dalam kurikulum dimaktab/institut
perguruan di Malaysia.

Tujuan

Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan, dan merangsang


keinginan untuk membaiki diri sendiri.
Membolehkan guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan
cepat dan menyeronokkan.
Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum dengan cepat dan
berkesan melalui proses yang boleh memberikan maklumbalas segera
dan meyakinkan serta latihan ulangan pembetulan selanjutnya.
Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan
berkesan.
Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru pelatih apabila

Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah


untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran.
Aktiviti pembelajaran seperti set induksi, penerangan, penyoalan,
tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri ,
gerak-isyarat, sikap(gesture) dan perlakuan bukan lisan seperti
senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan
menentukan keberkesan guru.
Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai
dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu
memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah.
Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan
satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu
telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahirankemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka. Pengajaran
mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan kesedaran
terhadap teknik pengajaran.

Mengikut Micheel J. Wallace Pengajaran mikro


adalah
penemuan
pengajaran
yang
dimudahkan. Pengertian itu membawa
makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah
dikurangkan
skopnya,
iaitu
tugas
guru
dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan
dan bilangan murid dikecilkan

Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua


hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan
pengajaran :
Set induksi
Tunjuk cara
Variasi rangsangan
Peneguhan
Penyoalan
Mengilustrasi dengan menggunakan contoh
Penerangan
Aprisiasi
Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran& Pembelajaran
Penutup

KEMAHIRAN SET INDUKSI

Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan
sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap episod
pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan
dibuat. Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta
menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Memandu
muridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan
pengalaman lalu/sedia ada.

1. Menarik perhatian

Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik
perhatian murid kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan
bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain.

2. Menimbulkan pergerakan

Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan


menunjukkan semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya. Guru boleh
juga menggerakkan muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik
minat murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti.

3.Struktur
Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, seperti Tengah
hari ini kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan
bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya. Guru
menolong muridnya dengan mencandangkan beberapa cara menulis cerita itu.

4.Membuat perkaitan
Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda
berlampu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau
Sarawak. Guru merujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian.
Set induksi yang berkesan ialah,
Set induksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat.
Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.
Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar
daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.

KEMAHIRAN
VARIASI
RANGSANGAN
KEMAHIRAN INI MELIPUTI AKTIVITI YANG BOLEH DIGUNAKAN
OLEH PELAJAR UNTUK MEMPELBAGAIKAN KAEDAH DAN TEKNIK
PENYAMPAIAN. LATIHAN DALAM KEMAHIRAN INI DAPAT
MENOLONG PELAJAR MENGAJAR DENGAN BERKESAN DAN
MENARIK MINAT MURID KEPADA PELAJARAN YANG DIAJARNYA.

1.Pergerakan
Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di
sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan
murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan
perhatian kepada pelajaran. Elakkan pergerakan ke hadapan
dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid
kepada pelajaran.

2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture)


Penggunaan
pergerakan badan, tangan dan muka yang
semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat
menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan
semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau
mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan
menghalang tumpuan kepada pelajaran.

3.Mengubah nada pertuturan


Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal
minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi
dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang
mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan
terhadap pelajaran.

4. Penglibatan murid secara lisan


Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk
melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan
dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.
5. Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti
penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat
murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat
kepada muridnya.

6. Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang
pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar.
Variasi Rangsangan yang berkesan ialah: Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahanperubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan
dengan isi pelajaran.
Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin
agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran.
Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak
menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar.
Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi
rangsangan kepada tindak balas murid.

KEMAHIRAN PENEGUHAN

Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah


perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif
seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman,
angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan
yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar
supaya terus tekun belajar, atau menulis syabas dalam
buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan.
Peneguhan seperti ini akan membawa kepada
perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan
membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh
diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh
kelas. Bidang utama dalam peneguhan ialah;-

1.Peneguhan lisan
Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan
perkataan seperti baik, ia, betul, itu jawapan yang tepat,
bijak, pandai, bagus, kerja kamu sempurna, itu adalah
cadangan yang baik, dan lain-lain peneguahn yang positif.
2. Peneguhan gerakgeri
Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan
pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau
menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan,
seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat
bahu, menepuk tangan dan sebagainya.
3. Peneguhan dampingan
Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan
mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya.

4.Peneguhan sentuhan
Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk
bahu atau belakang muridnya (sama jantina).

5. Peneguhan aktiviti
Guru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya
kerana murid menghasilkan kerja yang baik.

6. Peneguhan ganjaran
Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi
dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja
yang baik. Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh
memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan sebagainya
untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya.

Peneguhan yang berkesan ialah: Kemesraan dan semangat


Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap
perlakuan dan pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan.

Mempelbagaikan penggunaan peneguhan


Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri
yang selalu diulang akan hilang maknanya.

Peneguhan positif
Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan
yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti itu
salah atau jawapan kamu tidak tepat.

Kefahaman murid tentang peneguhan


Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara
peneguhan dengan perlakuan dan pencapaian mereka.Guru hendaklah memikirkan
faktor umur, jantina dan kumpulan sosial murid.

KEMAHIRAN PENYOALAN
Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat
kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain.
Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang
sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar. Ada bukti
yang menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan
dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya
adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak
memerlukan poemikiran yang kritis dan membina
aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran
penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid
dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial
yang berkesan.

1.Penyoalan yang mudah atau asas


Pembentukan soalan- guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek,
padat dan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid.
Fokus- Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat
melibatkan ramai murid , hendaklah difokuskan kepada satu tugasan
sahaja, sementara maklumat yang diperlukan mula mendapat idea,
guru bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus.
Arah- Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas,
selepas berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu
dengan memanggil nama murid itu, atau menunjuk dengan tangan atau
menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal.
Penyebaran- Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak
supaya dapat menyoal semua kumpulan dalam kelasnya.
Pemberitahuan - Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang
boleh menunjujkkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan. Tanda
itu mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu.

Penyoalan yang kompleks


A) i. Mempelbagaikan peringkat soalan - Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya,
dan meminta aras pemikiran yang berbeza.

ii. Ingat semula - Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula


maklumat-maklumat
yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks.

iii. Kefahaman - Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara.

iv. Aplikasi - Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan pengetahuan
yang lalu.

v. Analisis - Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa bukti-bukti


dan
kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka mengurus dan melahirkan pemikiran mereka.

vi. Sintisis - Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif
mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan penyatuan beberapa idea.

vii.Penilaian - Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat


anggapan
mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya memberi sebabsebab untuk menyokong
anggapan itu.

B) i. Penyungkilan- Guru menyoal murid soalan yang membolehkan


murid
memikirkan jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang
sebelumnya.

ii. Soalan penjelasan - Guru meminta jawapan yang lebih jelas


dan padat.

iii. Soalan Penyokongan- Guru bertanyakan sebab mengapa


jawapan tertentu itu diberikan oleh muridnya.
iv. Soalan Persetujuan- Guru menanya muridnya adakah mereka
setuju atau tidak dengan jawapan yang telah diberikan sebentar tadi.

v.Soalan Contoh - Guru mengarahkan muridnya memberi contohcontoh yang


menunjukkan maksud jawapan yang lalu.

Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro


Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan
kepada seluruh kelas dengan peruntukan masa
diberi kepada murid untuk berfikir.
Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur
dan kebolehan yang berbeza dalam kumpulan
kelas itu.
Guru perlu merancang soalan utama sebelum
pengajaran itu dimulakan.
Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan
soalan dan teliti jawapan murid.

KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH


Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan
idea dan konsep yang abstrak. Guru meminta contoh
daripada murid dan menyemak idea dan konsep itu
telah difahami atau tidak. Contoh yang baik
dalam kemahiran ini ialah contoh yang biasa kepada
murid. Dengan mengaitkan contoh dan idea atau
konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang
diketahui kepada perkara yang akan diketahui.
Dengan menggunakan contoh dalam kehidupan
seharian, guru boleh menarik perhatian dan
menimbulkan minat terhadap pelajarannya.

Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh


Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini, iaitu pendekatan induktif :
contoh diikuti dengan peraturan, dan pendekatan deduktif: peraturan diikuti dengan contoh, soalan
digunakan untuk mendapatkan contoh;i. Contoh mudah - guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan dengan jelas dan boleh
dikaitkan dengan pengetahuan yang lalu.

ii. Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep menggunakan contoh di mana
peraturan atau konsep boleh digunakan.

iii. Contoh ingin tahu - menggunakan contoh yang boleh membangkitkan naluri ingin tahu
dan minat murid.

iv.Media yang sesuai - menggunakan media yang sesuai dengan kebolehan, umur dan
pelajaran yang diajar.

v. Pendekatan memilih pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan
murid dan pelajaran yang diajar.

vi.Penglibatan murid- murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab atau menyoal, atau
bukan lisan, seperti menulis di papan hitam atau menunjukcara dengan menggunakan
contoh atau model

KEMAHIRAN PENERANGAN
Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman
kepada orang lain, dan kemahirannya ialah
menentukan
yang
penerangan
itu
difahami.
Kemahiran memberi penerangan dengan tepat dan
berkesan salah satu kemahiran yang mesti ada pada
guru. Oleh itu ada banyak peringkat dan bentuk
kefahaman, juga banyak peringkat penerangan,
a. Pentarifan - menjelaskan sesuatu isu
b. Penerangan - menerangkan proses,
struktur dan langkah-langkah.
c. Sebab - pemberian alasan

Penerangan berstruktur
(a) Penggunaan keutamaan - guru nyatakan
dengan jelas, tepat dan padat fakta utama
yang
terlibat.

(b) Penggunaan contoh - perkara yang dititik


beratkan ialah mudah, berkait, penggunaan media
yang sesuai dan menimbulkan minat.

(c) Penyimpulan - guru menyatakan


perkara utama dalam penerangannya. Dr. G.A.
Brown, Penerangan ringkas sangat penting untuk
penerangan yang berkesan.

Penerangan Penyampaian
(a)
Penggunaan
penyampaian
yang
jelas - guru menerangkan
sesuatu aspek pada satu masa, dan
memfokuskan semula dengan menggunakan
ringkasan atau ilastrasi. Ia hendaklah
menggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti
sejenak sebelum sesuatu aspek penting
diterangkan.

(b)
Penggunaan
penekanan
variasi
rangsangan
-
guru
hendaklah
menggunakan peringkat, nada dan intonasi

(c) Penggunaan penekanan petunjuk dan


perkaitan dan keutamaan - menggunakan perkataan
atau rangkai kata yang boleh membawa kepada
sesuatu yang penting dalam penerangannya - contoh:
Petunjuk - Tiga bidang utama.
Perkaitan - Ini membawa
kepada
Keutamaan - Dengan ini.
(d) Jauhkan kekaburan - ini ada kaitan
dengan penerangan yang jelas. Elakkan
menggunakan perkataan .. dan lain-lain, .
dan sebagainya.. dan yang sama sepertinya.

(e)
Sekuens
-
guru
boleh
menggunakn pendekatan induktif atau deduktif,
pelbagai
rangsangan
dan
kaitan
untuk
menunjukkkan penerangan ke arah yang betul.

(f) Maklumat balas - penerangan guru


janganlah panjang lebar, beri peluang murid
menjelaskan kefahaman, sikap dan minat dan
memberi peluang mendapat maklum balas. Guru
hendaklah mengawal penyampaian, kelancaran,
bahasa dan bilangan contoh yang digunakan.

KEMAHIRAN PENUTUP
Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan
reaksi murid; Menegaskan semula perkara-perkara penting.
Penilaian,
peneguhan pembelajaran murid
(Melibatkan kognetif).
Kaitan pelajaran dengan kehidupan sosial.
Cadangan aktiviti

i. Menegaskan semula
Menegaskan perkara utama, fakta penting, ingat semula dan kaji
semula ( boleh melibatkan murid )
(a)Menegaskan semula melalui ringkasan - teguran akhir, ringkasan
perkara penting dan mengaitkan semula aktiviti yang telah dijalankan.

(b)Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi rangsangan


Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat murid.

ii. Penilaian
Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif
pembelajaran, adakah
murid telah memahami isi pelajaran hari
ini,rumusan kognetif.

Cadangan aktiviti
(a) kaitkan dengan kognitif -
membuat latihan,membuat projek baru dan
menjalankan kajian.
(b) Perkaitan sosial - menimbulkan
perasaan kejayaan dengan peneguhan dan
menyatakan
peringkat
kejayaan
murid,
menggalakkan murid mencuba kejayaan yang
lebih tinggi
(c) galakan motivasi - kemesraan dan
semangat untuk mengekalkan minat

PENUTUP YANG BERKESAN IALAH;-

Penutup hendaklah bermakna dari segi umur,


kebolehan dan minat murid.
Penutup hendaklah berkait dengan isi dan
objektif pelajaran.
Membina perkaitan perkara yang diketahui dan
perkara yang dialami.
Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang
dibicarakan.
Mengukur pembelajaran murid.
Mencadangkan aktiviti berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai