Anda di halaman 1dari 32

NAMA

NO. MATRIK

PENGENALAN

NUR LIANA BINTI ABDUL LATIF

IEE 130010

KESUSASTERAAN

SITI AISHAH BINTI SAZALI

IEE 130016

MELAYU

SITI NAEMAH BINTI MUKHTAR

IEE 130014

(GIJ 1003)

DR MADIAWATI BINTI
MAMAT@MUSTAFFA

Elemen Keindahan Dalam


Hikayat Hang Tuah

PENDAHULUAN
Sastera = berasal daripada Bahasa Sanskrit, castra
Su = indah, baik, berfaedah (manfaat)
Sastera = huruf atau buku
Hooykaas(1955:5), (Ke)susastera(an) = kumpulan buku-buku
yang indah bahasanya dan baik isinya.
Namun begitu, pada tahun 1960-an, pengkaji-pengkaji Melayu
tidak membataskan kesusasteraan pada karya tulisan sahaja,
tetapi memasukkan karya lisan juga kerana dalam definisi
mereka, bukan huruf atau suara yang dipentingkan, tetapi
unsur keindahanlah yang mendapat keutamaan.

Kamus Dewan Edisi Ke-4, estetika bererti cabang falsafah yang


mengkaji konsep berkaitan dengan keindahan, cita rasa dan lain-lain.
Rahman Shaari (2001), estetika bermaksud nilai keindahan dalam
karya sastera yang berkaitan dengan perasaan manusia dan subjektif
sifatnya. Menurut beliau lagi, aspek teknik dan gaya itulah yang
menjadi penentu hadirnya nilai estetika dalam sesebuah karya.
Braginsky, melalui Hikayat Isma Yatim telah menafsir keindahan :
1. Berhubungkait dengan konsep kuasa Ilahi dan kekayaan-Nya
(pandangan orang Melayu-Islam).
2. Indah membawa konotasi hairan, ajaib, ghaib dan sebagainya.
3. Sesuatu yang indah itu akan menimbulkan rasa hairan dan pengsan
yang juga membawa hubungan unsur ubatan dan terapi.

Nilai Dasar Dalam Konsep Keindahan Budaya


Prosa Melayu (Muhammad Haji Salleh)
Menceritakan tentang kehidupan yang sebenar, dan
dengan itu mengajar dan membimbing pendengar atau
pembacanya
Sifat episodik cerita
Dipenuhi dengan adegan ajaib serta watak-watak yang
lahir dengan cara magis
Sifat dramatis karya-karya lama

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti nilai keindahan yang terdapat dalam karya
Melayu.
2. Menganalisis nilai keindahan yang terdapat dalam Hikayat
Hang Tuah.

ANALISIS KAJIAN

Pemikiran
Pengaran
g
Watak
dan
Perwatak
an

Pengajara
n
KONSEP
KEINDAH
AN
Adat dan
Kebudaya
an

Teknik
Pencerita
an

Bahasa

PEMIKIRAN
PENGARANG

Sudut Patriotisme (Kecintaan Kepada


Negeri Melaka)

Watak utama (Hang Tuah) sangat taat dan setia kepada Raja
Melaka serta sanggup berkorban untuk negara kerana rasa
hormat dan setia kepada rajanya.
Hang Tuah telah mengadakan hubungan diplomatik dengan
negara luar seperti China, Rom, dan Aceh dalam usaha menjaga
Melaka daripada serangan musuh selain mewujudkan hubungan
yang baik dengan kerajaan luar.

Unsur Mistik Dan Imaginasi


Bercampur Realiti
Pulau Biram Dewa Barang siapa singgah pada pulau ini maka turunlah
ribut taufan kelam-kabut tiada bersahutan (Hikayat Hang Tuah:
384)
Pertemuan Laksamana Hang Tuah bertemu dengan Nabi Khidir Maka
segera diambil oleh Laksamana buah kayu itu dicubanya, sungguh
seperti kata Nabi Khidir itu. Maka Nabi Khidir pun ghaiblah. Maka
Laksamana pun kembalilah ke perahunya dengan sukacitanya.
(Hikayat Hang Tuah: 385)
Penjelmaan Hang Tuah dalam pelbagai bentuk. Maka Laksamana pun
menjadikan dirinya seekor harimau pula, lalu bertangkap keduanya
terlalu gempita bunyinya. Maka dilihat oleh Barit ketika harimau itu
ditangkap, maka tewas Petala Bumi oleh Laksamana (Hikayat Hang
Tuah: 311)

Nilai-nilai Keagamaan
Raja Melaka yang mengingati kematian lalu mula melakukan amal dengan
memberi sedekah kepada rakyatnya. Maka itu pun disuruh
sedekahkan oleh baginda kepada biduanda yang empat puluh itu
hamburkan pada segala rakyat sekalian: datuk, fakir miskin,
ratalah habis boleh segala rakyat dalam negeri Melaka itu sampai
habis pada segala teluk rantau dan anak sungai jajahan yang
takluk ke Melaka itu, (Hikayat Hang Tuah: 540)
Perbuatan sembahyang oleh Hang Tuah, rakyat dan Raja, masjid sebagai
tempat beribadat. Syahadan pada suatu ketika maka baginda
berangkat sembahyang Jumaat ke masjid yang bernama
Baiturrahim Ratna Kemala itu. Maka masjid itu pun disapulah
orang dengan kain berbagai-bagai warnanya dan perbuatannya
terlalu indah-indah rupanya. (Hikayat Hang Tuah: 525)

WATAK DAN
PERWATAKAN

Ketokohan watak Hang Tuah yang kaya dengan nilai murni dan adat Melayu.
Boleh menjadi ikon kepada masyarakat Melayu untuk membentuk jati diri
demi kemajuan dan pembangunan negara.
Seorang yang sangat banyak berbakti dan taat kepada perintah rajanya
Pelindung raja (menjaga dan mengawal negeri Melaka, menjadi diplomat bagi
menjalin hubungan baik dengan kerajaan lain seperti Rom, China dan Aceh)
Semangat setia kawan
Bijaksana dan pintar (menguasai 12 Bahasa)
Bijak menyesuaikan diri mengikut keadaan (Hang Tuah Berjaya menewaskan
Petala Bumi yang menjelma menjadi kucing, manakala Hang Tuah menjelma
menjadi harimau)

TEKNIK
PENCERITAAN

Pembinaan setiap episod disusun secara kronologi berdasarkan perihal kehidupan


watak utamanya iaitu, Hang Tuah.
Unsur suspen (Perbalahan antara Hang Jebat dan Hang Tuah ) Cih, Laksamana!
Ingat-ingat engkau menyalahkan tikamku ini, serta diusirnya
Laksamana lalu ditikamnya dada laksamana. (Hikayat Hang Tuah: 361)
Unsur dialog antara Hang Tuah dengan Raja Melaka, dialog Hang Tuah dengan Tun
Teja, dialog semasa Hang Tuah menjadi diplomat, dan dialog ketika Hang Tuah
bertarung dengan Petala Bumi. Hai Tun Tuah, maukah beristeri? Maka
sembah Tun Tuah, Daulat tuanku, ke manatah perginya? Yang dikurnia
Yang Dipertuan itu limpahlah di atas batu kepala patik, tetapi pada
ketika ini, mohonlah dahulu patik beristeri. (Hikayat Hang Tuah:216)
Unsur romantisme (percintaan antara Hang Tuah dan Tun Teja)

KEINDAHAN BAHASA

Penggunaan banyak perkataan klasik.


Puitis, contohnya (hatta,arakian,al-kisah, sebermula)
Halus penuh adab sopan, contohnya: Sebermula maka tersebutlah
perkataan Hang Tuah anak Hang Mahmud di Sungai Duyung dan
segala orang duduk di Sungai Duyung menengar warta demikian
itu. (Hikayat Hang Tuah: 23)
Bahasa yg dituturkan mengikut konteks situasi. ( raja, masyarakat, musuh)
Ayat yang panjang dan berjela tanpa koma dan noktah. (istimewa naskhah
bentuk epic) Sebermula maka tersebutlah perkataan Ratu Lasem
menitahkan seorang menterinya yang bernama Patih Kerma Wijaya
pergi berbaiki segala negeri yang dialahkan oleh Raden Inu di
Kuripan itu- (Hikayat Hang Tuah: 47)

ADAT DAN
KEBUDAYAAN

Adat golongan bawahan terhadap golongan atasan. Contohnya: Daulat


Tuanku Syah Alam, sembah patik sembah derhaka; harapkan ampun
Tuanku Syah Alam di atas batu kepala patik hamba yang hina
ini.(Hikayat Hang Tuah: 537)
Adat menyambut tetamu. Contohnya: Maka Laksamana pun
dianugerah persalin selengkapnya dan diberinya persalin akan
Maharaja Setia dan segala pegawai yang baik itu. (Hikayat Hang
Tuah: 493)
Adat perkahwinan diraja. Contoh: Maka terdirilah cogan alamat yang
bermalaika emas intan di karang. Maka segala bunyi-bunyian
daripada gendang, serunai, nafri, medali, merangau, sekati, kopok,
ceracap empat puluh bagai ragam itu pun berbunyilah terlalu
merdu bunyinya. (Hikayat Hang Tuah: 157)

Alatan yg digunakan Hang Tuah ketika perang. Contoh, Keris


Taming Sari.
Tombak dan lembing.
Alatan ini lambang jati diri masyarakat melayu.
Segala raja-raja dan adipati pun gemparlah lalu
mengunus kerisnya dan pedangnya, dan ada yang
memegang tombak bertahan di atas peseban itu; ada
yang memegang pedang perisainya di hadapan Seri
Betara dan Raja Melaka. (Hikayat Hang Tuah:154)

PENGAJARAN
Sesuatu yang dapat dijadikan pedoman
atau peringatan (Kamus Dewan)

Ketaatan Kepada Pemerintah


Watak: Hang Tuah
Daulat Tuanku Syah Alam, patik ini hamba yang hina mohonkan ampun dan kurnia di
bawah Duli Yang Dipertuan akan patik ini, kerana hamba Syah Alam tiada berdosa ke
bawah cerpu Duli Syah Alam. Maka hamba Syah Alam pun harap akan ampun Syah Alam
kerana Si Tuah tiada mau bertuan lain daripada anak cucu Duli Syah Alam. Tatkala patik di
Inderapura beberapa kali Raja Inderapura hendak anugerah nama Laksamana akan patik
dan hendak kurnia bininya akan patik; patik tiada mau, mohonkan juga patik, kerana
patik Melayu tiada mau demikian, sehingga mati sudahlah. Yang bernama tuan lain
daripada anak cucu Syah Alam itu mohonlah patik. Bahawa Si Tuah sekali-kali tiada mau
mengubah setianya dan katanya." (HHT: 231-232)
Pengulangan dialog, Tiada adat hamba Melayu menderhaka kepada rajaoleh Hang
Tuah.

Bertimbang Rasa
Watak: Hang Tuah
Hang Tuah sempat menasihati hang jebat supaya tidak melakukan
dosa lagi seperti membunuh orang.
Maka kata laksamana, Sungguh seperti katamu itu, tetapi akan
kita diperhamba raja ini hendaklah pada barang sesuatu pekerjaan
itu dibicarakan sangat-sangat, seperti kata orang tua-tua: Baik
mati dengan nama yang baik, jangan hidup dengan nama yang
jahat, supaya masuk syurga Jannah. (HHT: 387)

Setiakawan
Watak: Hang Jebat
Hang Jebat ingin menuntut bela atas kematian sahabatnya Hang
Tuah sehingga sanggup menderhaka kepada raja.
Hai Orang Kaya Laksamana, keranamulah maka aku berbuat
pekerjaan ini. Pada bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika
aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada
aku berbuat pekerjaan yang demikian ini. (HHT: 355)

Terburu-buru Dalam Membuat


Keputusan
Watak: Sultan Melaka
Belum sempat bendahara duduk, maka titah raja. Hai
bendahara, segeralah buangkan Si Tuah! Derhakalah pada kita.
(HHT: 349)
Sultan Melaka menjatuhi hukuman kepada Hang Tuah dengan
terburu-buru tanpa usul periksa walaupun telah dinasihati dan
dirayu oleh bendahara Paduka Raja.

KESIMPULAN

KESIMPULAN
Unsur keindahan yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah
terbahagi kepada 6 bahagian iaitu dari sudut pemikiran
pengarang, watak dan perwatakan, teknik penceritaan, gaya
bahasa, adat dan kebudayaan serta pengajaran.
Nilai keindahan yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah
menjadikannya antara naskhah agung yang menggambarkan
estetika masyarakat Melayu dahulu.
Setiap karya kesusasteraan mengandungi nilai dan pengajaran
yang patutnya digali dan diambil sebagai iktibar.

BIBLIOGRAFI

BIBLIOGRAFI
Braginsky (1979). The Concept of The Beautiful (Indah) in Malay
Classical Literature and Its Muslim Roots. Persidangan Antarabangsa
Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 8-10 September.
Kamaruddin M. Said (2007). Minda Orientalis dan Minda Pasca-Kolonial:
Politik Membaca Hikayat Hang Tuah. Jurnal Akademika 70 (Januari)
2007: 41-56.
Kassim Ahmad dan Noriah Mohamed (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala
Lumpur:Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Haji Salleh (1989). Puitika Sastera Melayu: Suatu
Pertimbangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rahman Shaari (2001). Bimbingan Istilah Sastera. Kuala Lumpur:
Utusan Publications.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai