Anda di halaman 1dari 8

Syair

pohon
buluh

Menara tinggi banyak bertingkat,


Di sana tiada bilik bersekat,
Tiada bertangga naik melekat,
Mata-mata menjaga segenap pangkat.
Yang ada sedia panji-panji bendera,
Hingga sampai ke kemuncak menara,
Banyak ada ia bersaudara,
Yang ada pula bersama gara.
Selalu dipandang dilihat adanya,
Tinggi rendah dijerat pangkatnya,
Besar kecil ikat binanya,
Terlalu kuat pula asasnya.
Ikatnya licin di luar di dalam,
Gelapnya di dalam seperti malam,
Air tak tiris seperti kolam,
Ikat tingkatnya tak nampak alam.

Maksud
Rangkap 1

Kehidupan manusia diibaratkan seperti serumpun


buluh yang saling mengambil berat.

Rangkap 2

Sudah menjadi adat hidup bermasyarakat,


kadang-kadang bersepakat dan ada juga yang
huru-hara.

Rangkap 3

Jika hidup bersepakat,masyarakat akan kuat dan


sukar diganggu gugat.

Rangkap 4

Rakyat perlu taat setia kepada negara.

Tema
Kepentingan

negara.

hidup bersatu padu dalam sesebuah

Persoalan

Hidup bersatu padu tanpa mengira


pangkat.
Cabaran hidup bermasyarakat yang
perlu dihadapi.
Kekuatan sesebuah bangsa jika
rakyatnya bersatu hati.
Kekukuhan
sesebuah
negara
bergantung kepada kesetiaan
rakyatnya.

Bentuk
Berbentuk

bebas atau tidak terikat.


Terdiri daripada empat rangkap.
Bilangan baris dalam setiap rangkap
sama.
Bilangan perkataan dalam setiap baris
4-5 patah perkataan.

Gaya bahasa
Imej alam

Kolam,alam

Simile

Gelapnya di dalam seperti malam


( rangkap 4)
Air tak tiris seperti kolam ( rangkap 4)

Metafora

Kemuncak menara ( rangkap 2)

Kata ganda

Mata-mata ( rangkap 1)
Panji-panji ( rangkap 2)

Nilai dan pengajaran


Keprihatinan

Kita hendaklah sentiasa mengambil berat


akan orang di sekeliling kita.

Bersatu padu

Kita hendaklah hidup bersatu padu dan


menerima kekurangan antara satu sama
lain.

kesetiaan

Setiap rakyat haruslah taat setia kepada


negara.