Anda di halaman 1dari 17

SUMBANGAN

TAMADUN
CHINA

LATAR BELAKANG TAMADUN CHINA


merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi
kaya dengan penciptaan dan penemuan sains
sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi
dunia.
Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan
tamadun-tamadun lain, integratif dan dinamik
menyebabkanya menjadi lebih mampan
Walaupun mengalami perubahan-perubahan, namun
identitinya dikekalkan sebagai satu tamadun
berkesinambungan dan kekal

SUMBANGAN TAMADUN CHINA


Perubatan
Astronomi
Bidang Biologi
Empat Perciptaan Agung

Bidang Matematik
Sains and Teknologi
Bidang Optik
Teknologi China

Perubatan
Amalan perubatan Cina berkembang hasil daripada
kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian
terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit.
Amalan-amalan perubatan Cina dapat diperoleh dari
karya-karya tulisan oleh pengamal perubatan Cina.
Contoh: Inner Cannon (Nei Ching) , Metarial Medica
(Pen Tsao Kang Mu)
Hasil karya ini juga telah diterjemahkan dalam
bahasa asing dan cukup berpengaruh di negaranegara Asia Timur dan Eropah.
Rangka asas teori perubatan Cina tradisional ialah
berdasarkan teori Yin dan Yang dan juga teori lima
elemen.

Perubatan
Teori lima elemen menganggap badan manusia
sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan
organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru
dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam
alam semesta.
Dalam masyarakat cina, penyakit boleh dirawat
melalui tiga cara iaitu :
Materia medica: menerusi rawatan secara pemberian
bahan-bahan seperti herba dan bahan galian
Moksibusi : cara perubatan yang menggunakan sumbu
atau moksa yang dibuat dari herba tertentu untuk
dilekatkan.
Akupuntur: rawatan dengan memasukkan jarum pada
tempat tertentu

Bidang Matematik
Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam
bidang matematik.
Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat
pertama kali padakurun ke-2 dalamkarya ahli
matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak
digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih
lewat.
Ahli matematik Cina juga mengenaipasti nilai pi,
sistem pecahan dan sistem perpuluhan.
Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini
kekal digunakan sehingga
masakini.

Bidang Astronomi
Semasa pemerintahan dinasti Zhou orang Cina
telah mampu menyediakan katalog bintang,
mencatat rekod tepat tentang gerhana dan
komet.
Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah
penghasilan peralatan astronomi dan
penyelenggaraan rekod astronomi yang
sempurna, dan tepat .
Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu
sistem yang paling awal, maju dan tepat
berbanding dengan sistem lain di dunia ini.

Sains and Teknologi


Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina
sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke11SM.
Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat
menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya
kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina
bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk
mengawal banjir Sungai Kuning.
Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan
menuang besi ke dalam acuan (eating of iron),
pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan
loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih
awal lagi.

Sains and Teknologi


Keunggulan teknologi Cina menarik perhatian
dunia Barat dan seterusnya berlaku pemindahan
pengetahuan teknologi dari China ke Barat.
Ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas
dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari
negara China.

Bidang Biologi
Tamadun China merupakan sebuah tamadun
pertanian.
Oleh sebab itu, juga berlakunya perkembangan dalam
bidang biologi China.
Secara tidak lansung, kita dapat melihat bagaimana
binatang-binatang tertentu digunakan untuk tujuan
ekonomi dan harian.
Kerbau misalnya digunakan untuk aktiviti
penanaman padi, dan kuda sebagai binatang
tunggangan.
Mereka juga memelihara serangga berguna bagi
menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan
serangga perosak dengan menggantungkan sarang
semut pada pokok buah-buahan.

Bidang Optik
Saintis Cina awal telah memberi perhatian
kepada penyongsangan imej yang dihasilkan
oleh kamera lubang jarum ,dan begitu
jugapelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta
cekung (concave-lens).

Ciptaan kertas dan Percetakan


Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan
menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan.
Teknologi membuat kertas telah diperkenalkan
ke dunia Barat dan tiba di Eropah pada kirakira kurun ke-13.
Teknologi teknik pencetakan (printing) telah
mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti
Tang.
Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik
percetakan bergerak dan mula
menggunakannya secara umum.

Bahan Letupan

Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta


oleh ahli-ahli kimia Cina
Pada mulanya, bahan letupan ini digunakan
untuk membuat bunga api.
Kemudiannya, pihak militari telah
menggunakannya secara meluas untuk
peperangan.
Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan
diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13
dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara
Eropah.

Kompas

Semasa dinasti Han,sifat-sifat magnet telah ditemui


di China.

Penemuan tentang gejala magnet aruhan,


pengherotan dan juga kekutuban magnet telah
membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina

Pada mulanya, Kompas telah digunakan semasa


pelayaran.

Teknologi China
Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina

tahu akan teknik pengairan, pertanian, astronomi,


cara membuat kalendar dan penulisan.
Abah-abah yang diikat pada dada juga dihasilkan

oleh orang cina.


Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang

lebih berat dengan lebih mudah.


la dibawa ke Barat dan adalah asas bagi abah

kerongkong yang digunakan masa sekarang

Teknologi China
Kereta sorong (wheelbarrow) pula dicipta pada
kira-kira tahun 200SM.
Dari China, kain sutera dibawa ke dunia Barat
semasa pemerintahan era Roma.
Ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan
di Eropahpada kurun ke-6.
Fosil dikenali buat pertama kali di negara China
kira-kira pada tahun 1050 oleh Zhu Xi.

Kesimpulan
Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri dan agak unik serta kaya dengan
penciptaan dan penemuan sains
Ia banyak memberi sumbangan sains dan
teknologi dunia.
Tamadun China bukan sahaja menekankan aspek
ekonomi , tetapi juga pembinaan masyarakat
beretika dan pemeliharaan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai