Anda di halaman 1dari 11

Perkembangan Fizikal

Remaja
Semasa zaman remaja, fizikal remaja mengalami
perubahan yang ketara dan tiba-tiba.
Remaja mengalami perubahan dari segi bentuk
tubuh badan dan emosi akibat tindakan hormon
dalam badan.
Sifat seksual kedua seperti bulu badan,
pertambahan lemak badan, perkembangan otot,
kematangan organ seksual akan timbul dalam
perubahan fizikal remaja.
Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja
adalah berbeza di antara remaja lelaki dan
perempuan.

Perubahan Fizikal (Lelaki)

Perubahan suara menjadi garau dan kasar.


Misai dan janggut mula tumbuh.
Jerawat mula tumbuh
Bahu dan dada menjadi bidang.
Bulu tumbuh di ketiak, kaki dan kawasan
kemaluan.
Mengalami mimpi yang menghiarahkan
sehingga mengeluarkan air mani serta zakar
dan buah zakar mula membesar. Pengalaman
inilah menunjukkan remaja telah akal baligh

Perubahan Fizikal
(Perempuan)
Mula didatangi haid.
Bulu mula tumbuh di ketiak dan kawasan
kemaluan.
Dada mula membesar dan punggung
melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.
Jerawat mula tumbuh.
Suara berubah dari suara keanak-anakan
kepada suara yang lebih matang.
Berpeluh dan bau badan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi


perkembangan fizikal remaja

Faktorfaktor
Persekitar
an

Baka

Persekitaran
Persekitaran yang menggalakkan
dapat mencapai potensi fizikal yang
terbesar.

Pemakana
n

Latihan

Sosioekono
mi status

Baka
Mereka yang menyokong faktor baka percaya
bahawa corak perkembangan remaja diwarisi
sejak lahir dan dikawal separa atau sepenuhnya
oleh kod genetik daripada ibu-bapa.
Baka memainkan peranan dalam menentukan
ciri-ciri fizikal seperti warna rambut, warna
mata, tinggi atau rendah seseorang itu.
Baka adalah faktor utama yang menjadikan
ketidaksamaan kadar perkembangan manusia
dan wujudnya perbezaan individu dengan
individu yang lain.

Cabaran dalam perkembangan


fizikal remaja
Tidak semua remaja bersedia untuk
menghadapi zaman remaja yang dipenuhi
dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Hal
ini kerana remaja juga menghadapi masalah
menerima bentuk tubuh yang baru.
Zaman remaja adalah satu zaman pergolakkan
emosi yang disebabkan oleh tekanan dan
ketegangan yang begabung semasa mencapai
kematangan seksual dan fizikal.

bukan semua remaja ini dapat menerima


perubahan yang berlaku ke atas dirinya.
Pada peringkat permulaan, ada remaja
perempuan yang agak malu apabila
mendapati buah dadanya membesar.
Begitu juga remaja lelaki yang menunjukkan
perubahan suara yang bertukar menjadi
garau dan berasa tidak selesa serta merasa
akan ditertawakan oleh rakan-rakan mereka.

Namun demikian, jika perubahan bentuk fizikalnya agak


lambat berlaku, seseorang remaja tu boleh berasa tertekan.
Contohnya, jika kebanyakkan pelajar wanita di dalam
kelasnya telah menunjukkan ciri keremajaan, seperti
pertambahan berat badan dan mempunyai buah dada yang
sedang membesar, sedangkan remaja tadi masih belum
merasai perubahan seperti yang dialami oleh rakan-rakan
lain, dia mula berasa terasing daripada kawan-kawannya.
Terdapat kumpulan remaja yang terlalu mudah
mempersendakan atau mengasingkan rakan sebaya yang
mempunyai kecacatan fizikal atau yang keadaan tubuhnya
berlainan daripada biasa.

Perubahan hormondi dalam badan juga menyebabkan


jerawat tumbuh di muka para remaja. Jerawat yang
tumbuh memberi kesan kepada psikologi kerana
remaja merasakan wajah mereka tidak cantik atau
tidak menarik.
Di samping itu, sekiranya jerawat ini tidak di jaga
dengan baik, ia akan meninggalkan parut untuk jangka
masa yang panjang. Keadaan ini akan memberi
tekanan kepada diri remaja. Seperti yang telah
dinyatakan, jerawat adalah akibat daripada pertukaran
hormon badan yang amat kompleks, maka masalah ini
sememangnya tidak dapat dielakkan.

Rumusan
Secara ringkasnya, pertumbuhan
fizikal remaja adalah dalam kadar
sederhana, iaitu tidak terlalu pesat
seperti pada zaman bayi dan kanakkanak. Perubahan fizikal juga mampu
mempengaruhi emosi dan psikologi
remaja, di mana zaman inilah yang
menjadi penentu masa depan dan
kehidupan diri mereka.