Anda di halaman 1dari 8

TEORI WACANA MEGA

DR. ANIDA SARUDIN


BML 6044 KAJIAN WACANA
BAHASA MELAYU

Aspek Tekstual:
Tatabahasa Wacana Mega
Konsep
tatabahasa
wacana
mega
merupakan konsep tatabahasa yang
paling
luas,
lebih
luas
daripada
tatabahasa
wacana
biasa.
Jika
tatabahasa wacana biasa mempunyai
liputan unit linguistik yang serendahrendahnya, fonem dan yang setinggitingginya, wacana, tatabahasa ini pula
berpotensi untuk mengambil kira unit
yang lebih rendah daripada fonem dan
yang lebih tinggi daripada wacana;
asalkan bentuk itu bermakna.

Pengenalan
Dipelopori oleh Sanat Md. Nasir (2005).
Teori Wacana Mega merupakan analisis wacana kritis
yang memanfaatkan Model Fairclaugh (1992, 1995,
2001, 2005) dan ditambah baik dengan
menambahkan dimensi amalan agama dalam
perbahasannya.
Hal ini kerana model Fairclough (1992,1995, 2001,
2003) mengikut Aliran Marxisme yang membataskan
kepercayaan dari sudut interaksi sosial semata-mata
dalam konsep ideologi dan hegemoni.
Antara kandungan Teori Wacana Mega ialah dari
aspek ketekstualannya meliputi aspek gramatikal
(nahu) dan aspek kritis( praktis sosial)

Selain mengambil kira teks dan konteks,


tatabahasa
ini
berpotensi
untuk
mengembangkan maksud konteks secara lebih
luas. Pada kebiasaannya, konteks dirujuk kepada
sekitaran yang dekat dan yang luas. Namun,
dalam tatabahasa ini konteks meliputi aspek
jasad, nafsu, akal, hati dan roh. Konteks ini juga
memasukkan aspek ghaib selain aspek konkrit
dan abstrak. Di sini dengan kata lain, konteks
demikian luas termasuklah input agama.

Konsep tatabahasa wacana mega mengambil


kira konsep bahasa di atas dan jenis bahasa
rabbani sahaja supaya pengamal tatabahasa
ini, selain bersifat komunikatif, juga selamat
dunia dan akhirat. Fokus tatabahasa ini,
selain pada sistem bahasa, tunggaknya juga
pada hati, iaitu niat ketika berbahasa, bukan
pada akal semata-mata. Hati yang redha dan
diredhailah yang berjaya.

Oleh sebab kemegaannya itu, manusia tidak boleh lari


daripada sistem bahasa apabila berkarya. Tidak ada
lesen berkarya kepada karyawan. Secara analogi, kita
memerlukan lesen memandu apabila jalan sempit.
Sebab ada orang lain yang menggunakannya. Tetapi,
jika jalan itu hanya untuk kita seorang, lesen tidak
diperlukan! Jelasnya, tatabahasa ini demikian luasnya
sehingga seseorang itu tidak mungkin tidak mengunakan
sistem bahasa. Bersistem bahasa bermaksud bermakna.
Dan bermakna ini ditentukan oleh penutur atau penulis
bukan pendengar atau pembaca.

Aspek sosial

Dari sudut sosialnya, jika model Fairclough (1992, 1995,


2001, 2003) melihatnya dari sudut Dimensi Amalan Wacana
dan Dimensi Amalan Sosial, Teori Wacana Mega pula
menambah dengan dimensi Amalan Agama.
Dimensi
amalan
agama,
bukan
merujuk
kepada
kepercayaan tentang keyakinan sesuatu fenomena alam,
termasuk konsep, proses, dan produk. Tetapi, amalan
agama merujuk kepada apa sahaja amalan yang
diwahyukan melalui kitab, contoh rasul dan yang bersifat
amar makruf nahi mungkar. Dalam hal ini, dibezakan
ideologi dengan agama. Ideologi itu ciptaan manusia
sedangkan agama diturunkan daripada Tuhan. Dalam
kerangka Islam, Islam diturunkan daripada Allah melalui
rasul, dan rasul terakhir ialah Nabi Muhammad s.a.w. Kitab
terakhir ialah al-Quran

Model Konsepsi Empat Dimensi


Wacana Sanat (2005) D
C
B
A

PETUNJUK:
A: TEKS
B:
AMALAN
DISKURSIF
C:
AMALAN
SOSIAL
D:
AMALAN
AGAMA