Anda di halaman 1dari 18

Tajuk 3

Guru Sebagai Satu Profesion


&
Kod Etika Keguruan
Kuliah Oleh :
W.D. Nordin
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Perguruan Darulaman
06000,Jitra, Kedah.

Hubungan Sekolah Dengan Masyarakat


1.Institusi sekolah bukan sahaja berfungsi menyampaikan
ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi harus berfungsi
untuk memupuk nilai yang penting, mengekalkan
peraturan-peraturan masyarakat serta menggalakkan
pemikiran yang kritikan dan analitikal.
2.Dengan itu sekolah tidak dapat dipisahkan daripada
masyarakat yang menyediakan sekolah itu.
3.Sekolah harus memperlihatkan sifat keseluruhan
kebudayaan masyarakat tersebut.

Perhubungan sekolah dengan masyarakat jelas


dilihat di dalam situasi berikut :
1.Sekolah merupakan sebahagian daripada
masyarakat yang membayangkan matlamat dan
hasrat serta aspirasi sesebuah masyarakat.
2.Sekolah dilahirkan untuk kepentingan dan
keperluan masyarakat dan melatih mereka untuk
melahirkan tenaga rakyat berkemahiran untuk
masyarakat dan negara.
3.Kurikulum sekolah adalah sejajar dengan
keperluan masyarakat iaitu dapat mengekalkan
nilai-nilai, norma-norma , kebudayaan dan falsafah
hidup masyarakat.

4.Perhubungan antara sekolah dengan masyarakat


adalah rapat.Dari semasa ke semasa sekolah memebri
pertolongan kepada masyarakat dan sebaliknya.
Contoh :
Ahli-ahli sekolah menjalankan khidmat bakti di rumah
orang tua, rumah kanak-kanak cacat, membersihkan
kawasan yang berhampiran dengan sekolah,mengecat
balai raya dan sebagainya.
Ahli masyarakat juga memberi sumbangan kepada
sekolah dengan menjadi ahli PIBG dan aktiviti-aktiviti
yang dijalankan oleh PIBG.

Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan


Perguruan-kamus dewan (1989)
-pengajaran,misalnya perguruan kepada gurupelatih,murid dsb.
Keguruan-perkara yang berkaitan dengan
guru,berkaitan dengan peranan, tugas dan
kelayakan sbg guru

Profesion perguruan bolehlah diertikan sbg


pekerjaan pengajaran yg memerlukan
pelajaran yg tinggi dan latihan khas,misalnya
latihan dijalankan di maktab

Profesion Keguruan merupakan pekerjaan


yg berkaitan dgn peranan tugas, tgjwb, sifat
dan kualiti guru

KEGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION


Apakah kriteria yang menunjukkan bahawa keguruan
boleh dianggap sebagai satu profesion?
*Kriteria merupakan ukuran bagi menentukan nilai.
*Profesion ialah pekerjaan yang memerlukan pendidikan
tinggi dan latihan khas.
Berdasarkan kriteria berikut adakah keguruan boleh
dianggap sebagai satu profesion?
1.Pekerjaan itu memerlukan pendidikan tinggi .

2.Pekerjaan itu penting dan diperlukan oleh


masyarakat.
.3.Pengetahuan dan kemahiran tinggi adalah
diperlukan untuk menjalankan sesuatu tugas.
.4.Bagi mendapatkan pengetahuan serta kemahiran
tinggi, satu tempoh latihan yang lama diperlukan.
5.Biasanya, ahli kumpulan ikhtisas mempunyai
kuasa atau autonomi untuk mebuat keputusan dan
tidak perlu diselia.
6.Ahli kumpulan ikhtisas adalah bertanggungjawab
atas keputusan dan tindakan yang dijalankannya.

7.Ahli kumpulan ikhtisas seharusnya lebih mementingkan


perkhidmatan bagi ahli-ahli masyarakat daripada ganjaran
kewangan.
8.Adanya satu badan atau organisasi yang menjaga
kedudukan sosial dan ekonomi ahli-ahlinya.
9.Bagi menjaga mutu perkhidmatan yang ditawarkan serta
nama baik sesuatu profesion, maka kod etika
disediakan.Ahli-ahli profesion perlu patuh kepada kod
etika tersebut.

10.Oleh sebab kemahiran dan pengetahuan tinggi


diperlukan serta tempoh latihan yang lama,maka
ganjaran yang didapati oleh ahli-ahli profesion
biasanya tinggi.
11.Nilai bagi sesuatu profesion adalah berpusatkan
klien atau mementingkan keperluan-keperluan
pelanggan.

Guru dan Ikhtisas keguruan


Merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang

perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk


mendidik murid-murid disekolah
Sebelum menjadi guru, seseorang itu perlu:

1) Menerima latihan didalam bidang perguruan


2) Mempunyai pengetahuan yang luas serta

mendalam tentang matapelajaran yang ditugaskan


untuk mengajar.
3) Menguasai kaedah atau cara penyampaian
dalam pengajarannya.
4) Mempunyai sahsiah yang baik, dihormati dan
dicontohi oleh muridnya.

Biasanya, seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut::


1) kaedah mengajar, keilmuan, dan kepakaran didalam sesuatu
matapelajaran.

2) Kawalan sosial disekolah


3) kawalan disiplin murid dan menentukan ganjaran atau denda
mengikut

garis panduan sekolah

4) hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid


5) Pengelolaan gerak kerja kokurikulum
6) pembimbing kepada murid khasnya didalam pemilihan kerjaya dan
bidang pengajian pengkhususan.

IKHTISAS DAN KEGURUAN


APA ITU IKHTISAS?
Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan pendidikan
yang mendalam.

Ihtisas keguruan biasanya terbahagi kepada 2:


1) kelulusan ijazah dan diploma pendidikan dari universiti.
2) kelulusan SPM atau STPM dengan sijil atau diploma perguruan.
Sistem Saranan Malaysia (SSM) diwujudkan untuk membezakan kelayakan

akademik:
1-Pendidikan Berijazah
1. DG 54 (SSB DG1)
2. DG 52
3. DG 48 (SSB DG2)
4. DG 44
5. DG 41 (SSB DG 3)

2-Sistem Saraan Malaysia


(SSM) bagi pendidikan bukan
berijazah ialah:
1) DG A34 (SSB DG A4)
2) DG A32 (SSB DG A5)
3) DG A29 (SSB DG A6)

KOD ETIKA KEGURUAN


1.Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta
meningkatkan lagi mutu profesion maka kod etika telah
disediakan.
2.Kod etika ini disediakan dalam bentuk ikrar dan
lazimnya tercetak di halaman hadapan buku persediaan
mengajar guru seperti berikut :
Kami,guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama
pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan
warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari
betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan

ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang


percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan
prinsi-prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan,masyarakat dapat membantu
anak mudanya memahami kebudayaan mereka,
memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak
zaman-berzaman dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya


tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai
kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima
tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan
kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tingginya.

Sekian. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai