Anda di halaman 1dari 12

PEMBANGUNAN KERJAYA

DEFINISI KERJAYA DAN


PEMBANGUNAN KERJAYA
Merujuk kepada kamus dewan, kerjaya telah didefinisikan
sebagai perjalanan atau kemajuan seseorang dalam
sesuatu lapangan kehidupan. Namun begitu, untuK tujuan
perbincangan di sini, definisi yang diberikan oleh
Greenhouse, iaitu suatu corak pengalaman berkaitan
pekerjaan di sepanjang kehidupan seseorang akan
digunakan (DeSimone & Harris, 1998).
Manakala pembangunan kerjaya didefinisikan oleh
Greenhouse sebagai satu proses berterusan yang
melibatkan pergerakan individu melalui beberapa peringkat
kehidupan dan setiap satu peringkat mempunyai isu, tema,
dan tugasnya yang tersendiri (DeSimone & Harris, 1998).

pembangunan kerjaya setiap individu


perlulah melibatkan diri dalam dua
aktiviti yang penting iaitu
perancangan kerjaya
pengurusan kerjaya.

Perancangan kerjaya merupakan suatu proses yang


melibatkan tiga perkara iaitu:
Individu mengenali diri sendiri, menyedari peluang,
kekangan dan pilihan yang ada, serta akibat dari setiap
pilihan.
Individu mengenalpasti matlamat berkaitan kerjaya.
Individu memprogramkan pekerjaan, pelajaran, dan lainlain pengalaman yang dapat menunjukkan arah dan
langkah-langkah bagi mencapai matlamat kerjaya yang
spesifik.

Pengurusan kerjaya pula adalah satu


proses berterusan yang melibatkan
persediaan,
perlaksanaan, dan
pemantauan pelan kerjaya yang telah
dibentuk oleh seseorang individu sama
ada secara bersendiri atau pun selari
dengan sistem kerjaya organisasi.

KELEBIHAN PEMBANGUNAN KERJAYA


Kelebihan kepada organisasi
Memastikan organisasi sentiasa memiliki
individu yang mempunyai bakat dan
kemahiran yang diperlukan.
Meningkatkan keupayaan organisasi untuk
menarik dan mengekalkan pekerja yang
berpengalaman.
Mengurangkan kekecewaan di kalangan
pekerja.
Meningkatkan nama baik organisasi.

Kelebihan kepada individu


Membantu individu mencapai hasrat
diri (self actualization)
Menyumbangkan kepada
keberkesanan dalam melakukan
pekerjaan.
Meningkatkan motivasi dan kepuasan
diri.

PERINGKAT KERJAYA
Keprihatinan terhadap pembangunan kerjaya membawa
banyak kelebihan kepada organisasi dan pekerja.Organisasi
sememangnya memainkan peranan yang agak penting
dalam proses pembangunan pekerja, namun,
tannggungjawab utama untuk membangunkan kerjaya
masih lagi terletak di tangan setiap individu itu sendiri.
Oleh yang demikian, pengurus dan para profesional dalam
bidang pengurusan sumber manusia perlu memahami
peringkat pembangunan kerjaya supaya mereka dapat
membantu pekerja dalam mencapai matlamat kerjaya
yang lebih berkesan. Terdapat lima peringkat dalam
pembangunan kerjaya iaitu:

Eksplorasi
Pembentukan (Establishment)
Pertengahan Kerjaya (Mid Career)
Penghujung Kerjaya (Late Career)
Penurunan (Late Career)

PROSES PEMBANGUNAN KERJAYA


Proses pembangunan kerjaya
melibatkan beberapa fasa yang
memerlukan penglibatan pekerja
secara aktif. Menurut Gomez-Mejia,
Balkin dan Cardy (2001) telah
mencadangkan 3 fasa pembangunan
kerjaya iaitu fasa penilaian, fasa
haluan dan fasa pembangunan.

Fasa penilaian melibatkan pelbagai


aktiviti yang dapat mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan pekerja. Ini
penting untuk membantu pekerja
memilih kerjaya yang sesuai dengan
lebih realistik dan membantu
menentukan kelemahan yang perlu
diatasi. Penilaian ini boleh dilakukan
oleh pekerja secara kendiri ataupun
disediakan oleh organisasi.

Fasa haluan melibatkan penentuan


jenis kerja yang dikehendaki oleh
pekerja dan langkah-langkah yang
perlu diambil supaya matlamat dapat
dicapai. Terdapat dua pendekatan
utama yang digunakan dalam fasa ini
Kaunseling Kerjaya Individu
Perkhidmatan Maklumat