Anda di halaman 1dari 16

HSM418

Seminar Sejarah Politik Malaysia

Nama : Nadiya bt Delman


Noor Fahana bt Deris

(118669)
(118683)

Soalan

We l e a d

Keadaan politik di Malaysia antara tahun 19001941. Bincangkan perkaitan antara faktor sosial dan
ekonomi dengan perkembangan politik dalam
tempoh itu. Bagaimanakah dan sejauh manakah
faktor luaran mempengaruhi perkembangan dan
pemikiran politik di Tanah Melayu

pendahuluan

We l e a d

Menjelang tahun 1900 keadaan di tanah melayu sungguh


rencam dan mengelirukan bukan sahaja dari segi politik
tetapi juga dalam perkara lain
Dari segi politik dan pentadbiran, rantau Malaysia terdiri
daripada 9 negeri kesultanan Melayu yang sama ada
bernaung dengan Siam atau British
Pada masa ini juga British mulai ingin menguasai seluruh
tanah melayu demi kepentingannya dalam ekonomi dan
mengurangkan saingan dengan negera2 Eropah yang lain
Kesedaran politik dalam kalangan masyarakat melayu juga
sudah mulai wujud dengan adanya penubuhan persatuan2
dan akhbar2 yang menyuarakan pendapat mereka.

Penggabungan NNM di Utara ke dalam British


Malaya

We l e a d

NNM di Utara berada di bawah Naungan Siam


Pada tahun 1909 negeri2 ini telah di serahkan kepada British
Masalah kewangan di negeri2 tersebut telah membuka sendiri
pintu campur tangan British
Membuat pinjaman dengan dengan syarat menempatkan seorang
penasihat kewangan berbangsa Inggeris di negeri masing2
1909- setelah penyerahan NNM di utara oleh Siam, Sultan Ibrahim
telah mencadangkan supaya dilantik seorang penasihat kewangan
di Johor
Menjelang 1919 seluruh semenanjung TM tertakluk kepada satu
corak penguasaan Inggeris
Walaupun menerima penasihat British namun di NMTB, penasihat
British akan berunding dengan sultan dan ahli2 majlis baginda
sebelum mengambil sebarang keputusan.

Kuasa Negeri (Desentralisasi)

We l e a d

pemecahan kuasa mencapai momentum pada tahun 1925 apabila G. Sir


Laurence Guillemard berhasrat untuk memansuhkan Jawatan Chief Secretary
Kuasa dipindahkan secara beransur2 kepada Majlis2 Negeri, Residen2 dan
Ketua Jabatan Pusat
Namun tidak dapat dilaksanakan kerana
Timbul semula pada tahun 1931 oleh Sir Cecil Clementi berhujah bahawa
perluasan kuasa Inggeris secara beransur2 di NMB adalah bertentangan
dengan perjanjian Inggeris dengan Sultan2 Melayu
Menekankan desentralisasi sebagai satu cara menggalakkan sultan2 NMTB
untuk menjadi sebahagian daripada Pan- Malaya Union
Kedah dan Johor menentang Pan-Malaya Union
Menjelang 1935, jawatan Chief Secretary telah dimansuhkan dan pada tahun
1939 Jabatan Pertanian, pelajaran, perhutanan, perkhidmatan perubatan,
galian dan kerja raya diletakkan di bawah kawalan negeri masing2.

Ekonomi

We l e a d

Pertambahan cukai, penukaran peraturan sewa


tanah dan campur tangan dalam adat resam
pertanian yang turun-temurun telah melahirkan
semangat kesedaran dalam kalangan masyarakat
Pada masa lalu, sambutan kaum tani terhadap
tekanan yang berlebihan atau kezaliman hanyalah
dengan melarikan diri dari sesuatu tempat
Membuat keputusan untuk memberontak
-Pemberontakan Tok Janggut di Kelantan (1915)
-Pemberontakan Terengganu (1928)

We l e a d

kemasukan dan aktiviti ekonomi orang asing d TM merupakan


salah satu faktor yang mewujudkan perasaan kesedaran orang
melayu terhadap penubuhan persatuan
Bilangan orang asing yang bertambah telah merisaukan orang
melayu lebih2 lagi dalam bidang perniagaan, perlombongan,
ladang getah dan bekerja di pejabat2 kerajaan.
Terdapat beberapa orang asing dilantik dalam Majlis Mesyuarat
Persekutuan dan Majlis Perundangan
Mereka selalu membuat tuntutan kepentingan orang asing di TM
dan lebih lantang bersuara.
- Dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan, Choo Kai Peng pernah
menentang perlaksanaan dasar desentralisasi, menggesa pihak
British mengambil berat tentang nasib buruh Cina yang tidak
bekerja dan soal kerakyatan.

Faktor Sosial

We l e a d

i.
Pendidikan dan agama
. Perubahan politik ke arah kesedaran dapat dilihat walaupun masih tiada pergerakan
organisasi politik yang tersusun pada tahun 1906-1926.
. Pandangan baru mempengaruhi menggerakkan kesedaran orang Melayu terhadap
keadaan yang berlaku di sekeling mereka melalui penilaian semula kepercayaan agama
dan amalan di bawah bimbingan golongan yang telah mengerjakan Haji (Mekah).
. Mereka menyedari bahawa masalah sebenar berpunca daripada kejahilan mereka
terhadap ajaran-ajaran agama sebenar.
. Menggunakan kegemilangan Islam terdahulu untuk menaikkan semangat dan keyakinan
mereka serta berusaha untuk menjaga martabat orang Melayu.
. Islam tidak pernah melarang umatnya mengejar pengetahuan- bawa perubahan sikap
dengan hapusnya perasaan takut terhadapnya pendidikan asing terutanya Inggeris .
. Dibuktikan dengan peningkatan bilangan budak lelaki Melayu di sekolah menengah
Inggeris antara tahun 1920-1930.
. Bilangan pelajar Melayu di Kaherah sedikit (27 orang tahun 1925) mereka terdedah
dengan suasana baru yang idealogi politik, perubahan sosial dan kebencian terhadap
penjajahan.

We l e a d

Melalui jurnal yang telah diterbitkan golongan berpendidikan di


Kaherah ini cuba menyerapkan idea revolusi dalam masyarakat
Melayu.
Pendapat mereka menyatakan masalah yang idhadapai oleh
masyarakat Melayu adalah berpunca daripada kurang kebebebas
bukannya pendidikan.
Disokong dalam artikel di Seruan Azhar , thus freedom is the
key to progress and without freedom we cannot expected to
progress.
Golongan berpendidikan ini berhati-hati untuk terima pendidikan
yang terdapat di Malaya kerana berpendapat bahawa elemen
kebebasan itu sendiri hilang daripada sistem pendidikan.
the knowlegde given to them is influenced by foreign aims and it

We l e a d

ii. Akhbar
. Merupakan gelanggang perdebatan soal agama, politik, ekonomi dan sosial.
. 1930-1940 terdapat tidak kurang sebanyak 18 buah akhbar dan majalah yang
diterbitkan, antaranya :
Saudara ( memperjuangkan isu agama )
Majalah guru ( Pendidikan)
Majlis ( bebas tapi banyak membicarakan politik)

. Akhbar Melayu mula memuatkan terjemahan minit Majlis Mesyuarat


Persekutuan(MMP) untuk tatapan orang ramai.
. Dasar disentralisasi menjadi isu hangat yang diperkatakan di dalam akhbar tidak
kira akhbar Melayu ataupun bukan Melayu.
. Mula menjadi topik pada tahun 1930-an apabila Majalah Guru pertama kalinya
menerbitkan rencana Tanahair Kita (1929) yang mengandungi :
Memuji langkah Pesuruhjaya Tinggi British , Sir Lawrence Guillemard memulangkan kuasa MPP
ke Majlis Mesyuarat negeri (MMN) ,
Melatih orang Melayu untuk mentadbir negerinya sendiri
Mengingatkan orang Melayu akan tentangan dasar oleh orang bukan Melayu.

We l e a d

Akhbar Inggeris seperti Malay Mail, Straits Time dan Malaya Tribune menjadi wadah bagi
orang bukan Melayu melahirkan rasa kegelisahan tehadap penguatkuasaan dasar
disentralisasi kerana menurut wakil Cina dalam MMP, hal ini akan berlakunya perubahan
dalam sistem perkhidmatan awam yang dipenuhi oleh orang Cina akan diganti oleh orang
Melayu.
Akhbar Melayu pula lebih fokus untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan
menafikan kedudukan orang bukan Melayu dan mendesak agar orang Melayu untuk lebih
bersaing dengan orang Cina dalam sebarang perusahaan.
Kewartawanan Melayu juga bertanggungjawab dalam memberi kesedaran pembaca
tentang kewujudan persatuan-persatuan seperti KMS ( Kesatuan Melayu Singapura)
sebagai saluran untuk membela nasib Melayu dalam hubungannya dengan British.
Antara akhbar yang membincangkan tentang pergerakan politik orang Melayu adalah
Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, Majlis Majalah Malaya dll.
Terdapat juga akhbar dan terbitan berkala yang diterbitkan di luar negara ( Kaherah dan
Beirut) seperti Seruan Azhar, Semangat Islam dan Pilihan Timur yang diterbitkan oleh
pelajar Malayu dan Indoensia di Universiti Al-Azhar dan institusi di Timur Tengah yang lain
bebas membincangkan tentang topik nasionalisme dan politik Timur Tengah kerana
diterbitkan di luar negera dan bebas kawalan kerajaan.

Perkembangan reformis agama di


Timur Tengah

We l e a d

Dipengaruhi oleh pergerakan Wahabi ( Sheikh Mohammed Abduh) dan Al-Manar


di Kaherah.
Di TM, Syed Sheikh AL-Hadi telah menerbitkan Al-Imam (1906) yang
mengandungi idea perubahan dari segi sosial dan politik.
Idea perubahan ini adalah pengaruh daripada idea Sheikh Mohammed Abduh
tentang konsep baru dalam Islam The new concept of Islam stressed an
evangelical return to Koran as prime source of the Muslim faith; opposed the
heavy accretions of folks Islam and traditional eclecticism; announced its desire
to bring Islam in the line of modern scientific advance and the empiricism and its
willingness to examine the great social, political and economic upheavals of the
modern world in the light of revealed Islamic truth; and above all urged an
dynamic application of individual energy in the furtherance of the ones social
and economic status in life.
1906-1926, agama telah menjadi unsur terpenting kepada perubahan ciri politik
di TM yang menyedarkan mereka tentang perubahan poltik yang berlaku.
Keadaan yang berlaku di Turki dan Mesir ketika itu telah membawa kepada

We l e a d

Di TM, intelek Melayu yang terpengaruh ini telah membawa masuk


idea-idea ini melalui peningkatan bilangan kelab, sekolah-sekolah
agama dan penulisan sastera Islamik di akhbar oleh akhbar seperti
Neracha, Al-Ikhwan dan Saudara.
Ditentang oleh Kaum Tua kerana pembaharuan yang diinginkan
oleh Kaum Muda iaitu menyokong pemerintahan demokratik dan
cuba bergerak selari dengan Barat.
1920-an menunjukkan orang Melayu tidak lagi longgar terhadap
agama dan perasaan yang kuat terhadap agama dan kaum mula
mengambil alih.
Hal ini disebabkan mereka tertarik dengan idea Pan-Islamik yang
berpunca dari Mesir dan Turki.

ii. Pengaruh Indonesia

We l e a d

Kekalahan perjuangan Komunis di Indonesia menyebabkan beberapa pemimpin


melarikan diri ke Tanah Melayu untuk mendapatkan perlindungan antaranya:
Djamaluddin Tamin, Tan Malaka, Sultan Djenain dan Alimin.
Menyebarkan doktrin politik dan idea tentang pemberontakan menentang
kerajaan. HJal ini telah mempengaruhi beberapa orang Melayu yang
berpendidikan Inggeris ketika itu.
Kemunculan Partei Nasional Indonesia (1927) yang dipimpin oleh Sukarno
memperlihatkan penglibatan orang Melayu dengan menjadi ahli luar negara PNI.
Setelah berpecahnya PNI ( 1930), kebanyakan mereka hanya bertindak untuk
menyebarkan risalah politik yang ditulis dalam bahasa Indonesia dan
perbincangan kecil sahaja.
1931 - Kemunculan dua bentuk perjuangan :
a. Cenderung haluan kanan- dirintis oleh orang Melayu kelas atasan dan
pertengahan berpendidikan Inggeris yang ideloginya berteraskan Tanah
Melayu untuk orang Melayu.
b. Haluan kiri menyokong permintaan kebebasan terhadap semua orang

We l e a d

Penubuhan Kesatuan Melayu Muda oleh Ibrahim


Yaacob dan Ishak Hj Mohammad dan beberapa
tokoh yang lain seperti Hassan Manan, A. Karim
Rashid dan Isa Mohammad. Ahli mereka terdiri
daripada jurnalis dan pelajar dari Kolej Pertanian di
Serdang dan Kolej Teknikal di KL.
Rakan seperjuangan kepada pergerakan seperti
Jong Djava dan Jong Sumatera di Indoensia dan
tidak hairanlah mereka anti-British.
Dilakukan melalui akhbar Warta Malaya.

Kesimpulan

We l e a d

Tahun 1900-1941, kesedaran politik sudah mulai


wujud dalam kalangan orang Melayu dan gerakan
nasionalisme untuk menuntut perubahan dapat
disaksikan dengan peranan-peranan yang
dimainkan oleh golongan tertentu.
Faktor sosial dan ekonomi turut memainkan
peranan dalam menggerakkan perkembangan
politik di Tanah Melayu di samping pengaruh luar
yang mewujudkan unsur kesedaran dalam
kalangan orang Melayu.

Anda mungkin juga menyukai