Anda di halaman 1dari 9

PEMBERIAN UBATUBATAN

& PENYIMPANAN

KAEDAH

Terdapat berbagai kaedah pemberian ubatubatan seperti oral, melalui tiub, suntikan dan
tampalan. Setiap kaedah pemberian tersebut
bergangtung kepada kesesuaian pesakit.

TIPS YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM


MENGADMINISTRASIKAN UBAT KEPADA
PESAKIT:

Mengetahui nama ubat (jenama atau generik)

Memahami indikasi ubat yang diberikan

Membaca arahan label pada bekas atau sampul ubat

Mematuhi arahan doktor atau ahli farmasi berkenaan:

jumlah ubat yang dimakan,

waktu pemberian yang disarankan

tempoh pengambilan ubat

Memastikan tarikh luput belum sampai tempoh

Menggoncang ubat-ubatan cecair bagi memastikan


bahan-bahan dalam ubat tersebut dapat
diseratakan.

Menggunakan alat sukatan yang tepat dan standard


semasa menyukat ubat cecair.

Ikut nasihat doktor dan ahli farmasi jika terdapat


kaedah khusus berkenaan pemberian ubat

Memastikan kemampuan pesakit menelan ubat


samada capsul, tablet atau cecair.

TIPS TAMBAHAN YANG PERLU


DILAKUAKAN OLEH PENJAGA:

Buang semua ubat preskripsi yang melepasi tarikh luput.

Simpan ubat-ubat pada tempat yang sepatutnya atau


dalam bekas yang sesuai. (pill box)

Memberitahu doktor tentang ubat yang telah


dipreskripsikan oleh doktor lain dan ubat yang dibeli di
kedai farmasi.

Memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai nama


ubat-ubat yang memberi kesan sampingan dan alahan
(alergik) sekiranya ada.

Menepati temujanji dengan doktor supaya keberkesanan


ubat yang anda ambil dapat dilihat

Mendapatkan maklumat dan penjelasan dari doktor


dan ahli farmasi mengenai sebarang masalah dan
kemusykilan tentang ubat tersebut

Mematuhi dan Memahami peringatan khas bagi


mengurangkan sebarang kesan sampingan ubat.
(spt: bangun perlahan-lahan dari tempat duduk dari
mengelakkan postural hypotensi)

CABARAN MENGENDALIKAN
UBAT WARGA EMAS
Pelbagai sebab kenapa pesakit warga emas enggan mengambil
ubat antaranya:
Tidak

menyukai kesan sampingan yang akan dihadapi seperti


mual atau loya.
Bimbang

terhadap kesan sampingan jangkamasa panjang

Tiada

kepercayaan dan tidak bermotivasi untuk meneruskan


rawatan, seperti kecewa dengan keadaan pesakit (contoh :
strok)
Kesukaran
Masalah

menelan atau rasa ubat yang tidak menyenangkan

kognitif seperti pesakit Alzheimer yang berperlakuan


agresif ketika mengadministrasi ubat

Kesabaran dalam mengendalikan ubat-ubatan


bagi warga emas adalah sangat penting. Penjaga
perlu sensitif dan memahami bahasa gerak geri
pesakit, terutama bagi yang tidak boleh berkatakata. Selain itu penjaga juga peka untuk
mengenalpasti kesan sampingan ubat yang terjadi
kepada pesakit melalui pemerhatian. Samada
perubahan fizikal seperti kesan pada kulit
perubahan atau kognitif. Sebarang kesan yang tidak
dingini perlu dimaklumkan kepada doktor bagi
mengelakkan kesan yang lebih teruk.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai