Anda di halaman 1dari 14

HEGEMONI

NURAMAL ALIA BINTI AHMAD


HALIMI
P87273
TEORI SAINS POLITIK (SKSJ6013)
ENCIK MUHAMAD NADZRI BIN
MOHAMED NOOR

SEBAB PERKEMBANGAN
HEGEMONI OLEH GRAMSCI
Pencanggahan dalam teori Marxism tentang keperluan dan syarat yang

mencukupi untuk revolusi. Karl Marx pernah meramalkan bahawa


akan berlaku satu revolusi dimana golongan Proletariat akan bangkit
menentang golongan Borjouis kerana penindasan yang berlaku.
Kemenangan Fasicm dan kekalahan pihak golongan kiri di Itali dan

bahagian barat eropah. Para pekerja buruh di Turin telah bangkit lalu
membentuk kumpulan yang menggoyangkan rejim Mussolini.
Revolusi Bolshevik di Rusia. Kaum Bolsheviks telah membuktikan

bahawa kaum kapitalis boleh dijatuhkan dengan jalan revolusi.

Definisi Hegemoni
Hegemon yang bermaksud Chieftain iaitu ketua bagi sesuatu
kaum atau kumpulan Greek
Hegemoni berasal dari bahasa Yunani, iaitu Hegeishtai yang
membawa maksud memimpin, kepemimpinan atau kuasa yang
melebihi kuasa yang lain
Marxisme memberikan definisi hagemoni sebagai sebuah
negara bangsa yang berkuasa dan terunggul yang wujud dalam
sebuah sistem hubungan antarabangsa yang tidak stabil.
Berlaku disebabkan persaingan sengit antara kuasa-kuasa besar
yang lain dalam menguasai dan mentadbir sistem kepimpinan
dunia yang bersifat anarki

KONSEP
HEGEMONI
Hegemoni merujuk kepada politik persetujuan
Pemerintah dengan rakyat (consensus)
merujuk hegemoni sebagai cara yang tidak menggunakan
kekerasan atau paksaan (non-coercive)
Pada asasnya kepatuhan pada peraturan dan undang-undang
pemerintah boleh disebabkan oleh tiga perkara, iaitu kerana
takut, terbiasa, dan kerana kesedaran / persetujuan.

Bentuk Asas Hegemoni


Ekonomi

Terdiri dari satu cara pengeluaran teknikal dan hubungan sosial.


Ianya dibina berdasarkan suatu perbezaan dalam kelas yang
dikaitkan dengan pemilikan cara penghasilan, baik sebagai pemilik
substansial atau sebagai orang yang bekerja dalam organisasi yang
berkaitan dengan pengeluaran.
Negara
Terdiri daripada cara kekerasan (polis dan tentera) dan sesuatu
wilayah tertentu, bersama dengan pelbagai birokrasi yang dijana
oleh negara.
Masyarakat sivil
Merangkumi seluruh bentuk penghantar yang lazim disebut sebagai
syarikat swasta, seperti universiti, sekolah, media massa, gereja dan
sebagainya. Masyarakat sivil adalah orang tengah antara struktur
ekonomi dan negera

Superstruktur
a)Masyarakat Politik
Masyarakat politik adalah institusi awam yang memegang kuasa untuk
melaksanakan "perintah" secara sah, seperti tentera, ahli politik,
mahkamah, birokrasi, dan kerajaan.
b) Masyarakat sivil
Masyarakat sivil merangkumi seluruh bentuk penghantar yang lazim
disebut sebagai syarikat swasta, seperti universiti, sekolah, media
massa, gereja dan sebagainya.
Masyarakat sivil sebagai ruang awam di mana kesatuan sekerja dan
parti-parti politik mendapat persetujuan dari kelas borjuasi, dan sfera di
mana idea dan kepercayaan telah dibentuk.

Hegemoni budaya
Menurut Marx, ideologi adalah ajaran yang menjelaskan
tentang suatu keadaan terutama mengenai struktur
kekuasaan, bentuk dan cara pemerintahan sehingga orang
menganggapnya sah dan perlu mengikutinya.
Hegemoni budaya tidak hanya terjadi dalam hubungan
antara negara tetapi juga boleh terjadi dalam hubungan
antara kelas sosial yang ada dalam sesebuah negara
penulisan dan media massa merupakan alat pengawalan
kesedaran yang utama digunakan kelompok borjuis.
Gramsci membuat andaian bahawa satu revolusi sosial hanya
akan berlaku jika didahului oleh dengan adanya revolusi
budaya.

Peranan Intelektual
Intelektual Tradisional
Menurut Gramsci, "intelektual tradisional" menghasilkan dan
mengembangkan hegemoni melalui pengaruh mereka dalam
institusi seperti negeri, gereja, dan sistem sekolah.
Mereka menghasilkan identiti kebangsaan dan membentuk
budaya popular dengan cara yang mengiktiraf kedudukan
perintah politik yang dominan
Intelektual Organik
Dalam konteks ini mereka tidak mempunyai profesion tententu,
tetapi peranan mereka memberi inspirasi dan mendorong dinamik
sosia
intelektual organik berkembang daripada dalam kelas subordinat
dan mewujudkan ideologi counter hegemony.

COUNTER HEGEMONY
Perang Gerakan (War of Movement)
Perjuangan merebut kuasa dalam perang kedudukan lebih dihalakan pada
usaha untuk menghapuskan ideologi, norma, mitos politik kumpulan borjuis
dijalankan di peringkat masyarakat sivil

Perang Kedudukan (War of Position)


Perang kedudukan merupakan keutamaan yang dipersetujui. Perjuangan
merebut kuasa dalam perang kedudukan lebih dihalakan pada usaha untuk
menghapuskan ideologi, norma, mitos politik kumpulan borjuis.
Perang kedudukan adalah sebuah proses transformasi budaya untuk
menghancurkan sebuah hegemoni dan menggantikannya dengan hegemoni
lain

Peringkat Hegemoni
Hegemoni total boleh dilihat dalam masyarakat yang
menunjukkan kelas borjuis dapat memerintah tanpa
tentangan dari mereka.
Hegemoni decadent menunjukkan hegemoni di mana
kelas pemerintah perlu memberi ruang untuk kelas
memutuskan untuk melakukan apa yang mereka mahu
untuk mengekalkan penguasaan mereka.
Hegemoni minimum, dapat dilihat apabila kelas
pemerintah mendapat tentangan daripada kelas yang
diperintah secara berterusan.

Minimu
m
Decade
nt
Total

Tiga Model Hegemoni Anderson (1976)

Hegemoni dari aspek masyarakat sivil yang diterapkan elemen


ideologi dan budaya
Hegemoni diterapkan dalam masyarakat sivil dan juga negara
(state)
Tiada perbezaan antara negara dan masyarakat sivil

HEGEMONI DI MALAYSIA
Konsep 1 Malaysia
ideologi yang dibentuk oleh Najib Razak bagi membina moral politik untuk Malaysia
Perlembagaan undang undang
melalui kepatuhan fizikal dengan menggunakan apparatus pemerintah yang bersifat keras
paksaan
E.g: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta percetakan dan Penerbitan,
dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Pengaruh Media Massa
Media-media utama tidak menyampaikan maklumat secara telus.
cuba mengawal pemikiran rakyat menurut acuan pemerintah dan rakyat tidak boleh berfikir
jauh dari kerangka yang telah dibentuk.
Aspek Budaya
Golongan yang memiliki gelaran feudalistik dalam nama mereka seperti Raja, Tunku, Tengku
dan Dato 'yang mengukuhkan konstruksi strata kelas atasan dan bawahan dalam masyarakat.

KESIMPULAN
Berdasarkan dari pemahaman pengertian hegemoniyang
disampaikan, dapat disimpulkan bahawa di dalam hegemoni, hal
yang memiliki peranan besar dalam perubahan sosial adalah
ideologi. Ideologi yang lahir dari kesedaran seseorang atau
sekelompok individu akan menggerakkan individu tersebut
melakukan suatu perubahan.

Anda mungkin juga menyukai