Anda di halaman 1dari 9

Industri Hiburan

Masa Kini dan


Kesan Kepada
Golongan Remaja

PENDAHULUAN
Dewasa ini, industri hiburan tanah air semakin
berkembang maju. Kemajuan industri ini dapat dilihat
melalui monopoli media massa tempatan baik media
cetak mahupun media elektronik yang lebih cenderung
pada berita-berita bercorak keseronokan berbanding
dengan berita bercorak pengetahuan. Namun,
golongan yang cuba meraih keuntungan mudah
dengan mengeksploitasi para remaja khususnya
golongan pelajar agar melibatkan diri dalam dunia
hiburan biarpun sepatutnya mereka perlu menggalas
wadah memajukan diri dalam bidang pendidikan.
Lantaran, budaya berhibur melebihi keutamaan
menuntut ilmu, situasi kini sudah pasti memberi impak
yang negatif kepada generasi akan datang. Justeru,
apakah kewajaran yang membolehkan golongan

ISI POKOK???
(PERKATAAN YANG
DIGARISI)

01/03/17

Isi 1
Antara kesan negatif yang bakal timbul ialah
kesukaran pelajar untuk membahagikan waktu ketika
melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan tugas
utama mereka iaitu menuntut ilmu. Dalam usia yang
masih terlalu muda, dunia pelajar seharus ditumpukan
sepenuhnya
untuk
memperoleh
ilmu
sebagai
menggalas aspirasi menjadi insan yang berilmu dan
berpengetahuan kerana masa itu emas. Namun jika
mereka terlibat dengan dunia hiburan, masa yang ada
terpaksa dibahagikan pula dengan tanggungjawab
mereka untuk memajukan diri dalam bidang hiburan.
Hal ini sudah tentu akan menjejaskan keupayaan
mereka meluangkan waktu pada pelajaran dan
kesannya bakal memberi impak yang tidak baik
kepada pelajar itu sendiri. Sekiranya seseorang pelajar
terlibat secara langsung dalam bidang nyanyian atau
lakonan, mereka memerlukan masa yang panjang
bukan sahaja untuk mengikuti penggambaran atau
pertunjukan yang diadakan malah masa untuk berlatih

Isi2
Pada masa yang sama, penglibatan pelajar dalam Program
Realiti Hiburan seperti yang kerap kita lihat di kaca
televisyen akan menjejaskan peluang pelajar bergiat dalam
aktiviti yang dijalankan di sekolah. Penglibatan mereka juga
menyebabkan pelajar terpaksa mengambil cuti untuk
melaksanakan kehendak penganjur hiburan mengadakan
pertunjukan di mana-mana juga. Akibat terikat dengan
kontrak bersama dengan syarikat hiburan, para pelajar
terpaksa melupakan tugas utama mereka dalam usia muda
iaitu melaksanakan aspek pembelajaran dan mengikuti
aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan. Hal seperti ini
akan menyebabkan para pelajar yang terbabit ketinggalan
dalam pelajaran dan menjejaskan prestasi mereka dalam
peperiksaan. Bayangkanlah, apakah yang bakal berlaku
kepada generasi kita pada masa depan jika rakyatnya yang
tidak berilmu lantaran memilih bidang hiburan dan
mengetepikan ilmu pengetahuan? Janganlah pula sampai
yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Isi 3
Realiti hidup sebagai seniman sebenarnya adalah
terlalu kompleks dan penuh dengan tipu
muslihat. Persoalannya, mampukah golongan
remaja seperti pelajar mengharungi kehidupan
dan menyahut cabaran dalam dunia artis yang
penuh cabaran? Bakat yang dimiliki sahaja
mungkin tidak mencukupi jika ilmu di dada tidak
seberapa.
Dalam
usia
setahun
jagung,
kemungkinan untuk menempa nama dalam dunia
hiburan adalah terlalu kecil, lantas mereka pula
berdepan dengan kemungkinan menghadapi
kegagalan. Mampukah golongan semuda ini
berdepan dengan kegagalan? Kita amat bimbang
bahawa kegagalan ini akan menjerumuskan
golongan pelajar dalam gejala sosial yang tidak
sihat seperti penyalahgunaan dadah, sex bebas
dan sebagainya. Justeru, sebelum menceburi

Isi 4
Selain itu, dunia hiburan dan pendidikan dilihat
sebagai dua dunia yang begitu berbeza. Lihat sahaja
pertuturan seorang artis, pergaulan bebas sesama
peminat, pakaian malah keseluruhan gaya hidup
mereka. Hal ini amat berbeza sama sekali dengan
objektif pendidikan yang berperanan melahirkan insan
yang seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani.
Ambil sahaja contoh rambut seorang artis, bergaya,
panjang dan berwarna. Hal ini amat bertentangan
dengan kehendak didiplin yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Persoalannya nanti, mahukah golongan
golongan pelajar yang telah masuk dalam golongan
artis berpakaian kemas, berambut pendek dan
menggayakan perlakuan sopan di khalayak ramai?
Mampukah mereka merendahkan rasa ego mereka
apabila berada di sekolah bersama rakan-rakan
mereka yang lain? Kesannya lebih menjurus pada
keburukan dan boleh mewujudkan konflik dalam diri
pelajar terbabit. Hal inilah yang perlu difikirkan dengan

Isi 5
Ada pula pandangan yang mengatakan bahawa
mereka yang menyertai bidang hiburan adalah
individu yang mementingkan glamour dan bersifat
meterialistik. Kenyataan ini mungkin ada
kebenarannya jika dilihat dari situasi industry hiburan
kita pada hari ini. Kejayaan seseorang pelajar dalam
dunia hiburan mungkin bakal melahirkan pelajar yang
bersifat bongkak, sombong dan memandang rakan
dan guru sebagai manusia yang tidak patut dihargai.
Sikap bongkak ini lahir apabila mereka merasakan diri
mereka terlalu glamour sehingga memandang rendah
orang lain yang bukan golongan artis. Justeru, nilainilai moral sepatutnya dipelajari oleh mereka sejak
kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dan
rebungnya. Malangnya, oleh sebab terlalu banyak

KESIMPULAN
Intiharnya, dunia hiburan masa kini bukanlah
dunia seorang pelajar. Sebagai pelajar, mereka
perlu mempunyai acuan sendiri iaitu menyahut
cabaran mendepani bidang ilmu yang terlalu luas
dan tidak bertepi. Menuntut ilmu memerlukan
komitmen yang menyeluruh dan bukan sekadar
melepaskan batuk di tangga. Andai terbuka hati
untuk menyertai industri hiburan, berilah ruang
untuk memenuhi ilmu di dada terlebih dahulu
kerana hanya ilmu yang mampu membina impian
masa depan gemilang.

Anda mungkin juga menyukai