Anda di halaman 1dari 19

ASPEK

PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK

Perkembangan Fizikal.
Perkembangan fizikal merujuk kepada
perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan
bahagian-bahagian badan, fungsi anggotaanggota badan dan perawakan manusia
(Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa
pembesaran, kanak-kanak akan mengalami
perubahan dalam ketinggian, berat badan
menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri
dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perkembangan bahasa kanak-kanak


bermula sejak dari bayi. Pada
peringkat bayi kanak-kanak tidak
dapat berkomunikasi dengan jelas.
Namun, isyarat nangis boleh
merupakan komunikasi asas.

Peringkat perkembangan bahasa


kanak-kanak mengikut umurnya.
1.1.Umur 0 hingga 2 tahun
Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara
jelas dengan orang lain. Bayi hanya boleh
menangis semata-mata meluahkan
perasaan dan kehendaknya. Sehingga usia
sebulan, bunyi yang terkeluar daripada
mulut bayi(boleh dianggap pertuturan)
Cuma terhad dalam bentuk tangisan.
Nadanya menangis juga berbeza dari segi
kenyaringan, kuat dan perlahan.
Meningkat umur satu setengah bulan
sehingga tiga setengah bulan, ia
mengelurakan satu bunyi kukur. Bunyi
tersebut seperti konsonan c,k dab g. Pada
waktu ini, mereka boleh bertindak terhadap

enam bulan, bayi kurang berkukur


. Umur
tetapi mula menyebut perkataan yang

bunyinya mambawa maksud tertentu.


Seperti mama, baba, dan dada.
Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada
peringkat ini kanak-kanak sudah dapat
menuturkan perkataan. Oleh itu, bayi
hendaklah diberi peluang untuk bercakap
agar emosinya tidak terganggu. Tetapi pada
masa ini juga mereka sudah mula belajar
berjalan. Jadi, mereka lebih menumpukan
perhatian kepada berjalan dan melupakan
bahasa dalam seketika. Apabila, sudah dapat
berjalan, mereka akan memberi tumpuan
semula kepada perkembangan bahasanya

1.2.Umur 2 hingga 3 tahun

Pada

peringkat usia ini, mereka akan megurangkan


penggunaan perkataan yang kurang difahami. Ayat
yang ringkas jarang digunakan tetapi masih boleh
didengar pada usia awal 2 tahun. Dia akan bercerita
tentang apa yang dialaminya kepada orang dewasa.
Pada masa inlah mereka belajar bercakap dan orang
dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak
agar menggunakan ayat yang betul dan baik.
Pada peringkat 2 tahun ke atas,
perkembangan bahasa kanak-kanak akan memainkan
peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung
dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian dan reaksi
sosial setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya
amat nyata. Susunan bahasa masih belum sempurna.

Apabila umur kanak-kanak 3 tahun,


berlaku perubahan dari segi penerimaan
bahasa , perbendaharaan kata yang lebih
banyak dan kompleks. Pada peringkat ini
juga kanak-kanak mulai belajar menyusun
ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.
Pengaruh sosial juga
mempengaruhi perkembangan bahasa
kanak-kanak. Kanak-kanak yang bersosial
taraf tinggi petah menjawab soalan
berbanding taraf rendah. Ini mungkin ibu
bapanya yang menggalakkan anak mereka
berkomunikasi dengan masyarakat luas.

1.3.Umur 4 hingga 5 tahun

Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat


pesat berbeza dengan kanak-kanak yang
berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak
sudah tahu menggunakan bahasa pada
keadaan dan suasana tertentu. Mereka banyak
bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat.
Cara mereka menjawab pertanyaan meleret
dan pandai memberi komen pada seseorang.
Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa
lebih berkesan. Kanak-kanak menggunakan
bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi
kurang yakin pada diri sendiri. Mereka sudah
dapat menyebut umur mereka dengan betul.
kanak-kanak mula belajar membaca.

Perkembangan Kognitif.

Perkembangan kognitif merupakan kebolehan individu untuk


berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati
perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masingmasing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan,
mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan
masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran
kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang
individu.
Keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan
menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanakkanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan
komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu.
Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan
berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan
maklumat

Kreativiti dan Estetika

Kreativiti merupakan proses yang berterusan ia merujuk kepada


keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang
menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh
dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan
baru.
Sementara itu, estetika adalah sesuatu penglibatan individu
dalam keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada
persekitaran semula jadi persekitaran semula jadi serta
persekitaran ciptaan manusia. Melibatkan diri dengan aktiviti
seni memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan
pelbagai bahan-bahan mewarna, melukis, bentuk, saiz, bunyi
struktur dan fungsi sesuatu bahan. Malah aktiviti seni juga
membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria
mereka terutamanya ketika merasa struktur, menghidu bahan
dan mendengar bunyi.

Konsep Perkembangan
Moral:

Perkembangan sosial merupakan proses


perkembangan keperibadian murid selaku
seorang anggota masyarakat dalam
berhubungan dengan orang lain.
Perkembangan ini berlangsung sejak masa
bayi hingga akhir hayat.
Perkembangan merupakan suatu proses
pembentukan social self (peribadi dalam
masyarakat), yakni pembentukan peribadi
dalam keluarga, bangsa dan budaya.

Perkembangan sosial hampir dapat


dipastikan merupakan perkembangan
moral, sebab perilaku moral pada umumnya
merupakan unsur fundamental dalam
bertingkah laku sosial.
proses perkembangan sosial dan moral
selalu berkaitan dengan proses belajar

Teori perkembangan moral


Piaget:
Kanak-kanak

berfikir dengan 2 cara yang


amat berbeza tentang moral.
1. Heteronomous Morality
2. Autonomous Morality

1. Heteronomous Morality
1. Teori Piaget :- Heteronomous Morality merupakan
tahap pertama perkembangan moral yang terjadi
kira-kira pada usia 4-7 tahun. Keadilan dan aturanaturan dibayangkan sebagai sifat-sifat dunia yang
tidak boleh berubah, yang bukan kendalian manusia.
2.Pemikiran Heteronomous menilai kebenaran atau
kebaikan perilaku dengan mempertimbangkan
akibat dari perilaku itu, bukan maksud dari pelaku.
Misal: memecahkan 12 gelas secara tidak sengaja
lebih buruk daripada memecahkan 1 gelas dengan
sengaja, ketika mencuba mencuri sepotong kuih.

.3.Pemikiran Heteronomous yakin bahawa

aturan tidak boleh berubah dan digugurkan


oleh semua autoriti yang berkuasa.
4.Meyakini keadilan yang semulajadi
(immanent), iaitu konsep bahawa bila suatu
aturan dilanggar, hukuman akan segera
dikenakan .
5.Yakin bahawa pelanggaran dihubungkan
secara automatik dengan hukuman.

2. Autonomous Morality
1.Tahap kedua perkembangan moral menurut teori
Piaget, yang ditunjukkan oleh kanak-kanak yang
lebih dewasa (kira-kira usia 10 tahun atau lebih).
Kanak-kanak sedar bahawa aturan-aturan dan
hukum-hukum diciptakan oleh manusia.
Dalam menilai suatu tindakan, seseorang harus
mempertimbangkan maksud-maksud pelaku dan
juga akibat-akibatnya.
2.Bagi pemikir anAutonomos, maksud pelaku
dianggap sebagai yang terpenting.

.
3. kanak-kanak yang lebih dewasa, merupakan
pemikir Autonomos, dapat menerima
perubahan dan mengakui bahawa peraturan
hanyalah merujuk kepada norma atau undangundang,iaitu perjanjian yang diterima secara
sosial, dan akur pada perubahan berdasarkan
kesepakatan.
4.Menyedari bahawa hukuman dijalankan secara
sosial dan hanya terjadi apabila seseorang
yang relevan melakukan kesalahan berkaitan.

Sekian.

RUJUK di bawahhhh..

Cari bahan perbincangan:


-asal usul kewujudan moral
- teori moral
-idea dan lakuan moral