Anda di halaman 1dari 31

PENGENALAN KEPADA

PTV
DEFINISI TEKNIK DAN TEKNIKAL.
TEKNIK.
Perkataan teknik berasal daripada
perkataan Greek iaitu Technikos yang
bermaksud untuk belajar atau prinsipprinsip teknologi.
Kamus Dewan ( 1993 ) Teknik
bermaksud pengetahuan yang berkaitan
dengan pembuatan barang-barang hasil
industri atau kaedah mencipta sesuatu
hasil seni.

TEKNIKAL.
Kamus Dewan ( 1993 ) - Bermaksud
pelaksanaan sesuatu kerja ( tidak
dengan aspek-aspek atau perincian
kerja itu sendiri ) atau berkaitan
dengan sesuatu bidang pengetahuan
yang tertentu.
DEFINISI VOKASIONAL.
Perkataan Vokasional berasal dari
perkataan Latin iaitu Vocare yang
bermaksud to call

Websters New World Dictionary


( 1991 ) Vokasional bermaksud
pendidikan dan latihan yang akan
menyediakan individu untuk pekerjaan
tertentu.
Kamus Dewan ( 1993 ) berkaitan
dengan pekerjaan ( profesion dan
sebagainya ) yang tertentu atau
berkaitan dengan kursus-kursus
pendidikan amali.

DEFINISI TEKNOLOGI
( TECHNOLOGY ).
Perkataan Teknologi berasal daripada
dua perkataan Greek iaitu:
Technes bermaksud prinsip atau
kaedah yang digunakan untuk membuat
barangan.
Logos bermaksud pengajian mengenai
prinsip atau kaedah tersebut.
Apabila digabungkan wujud terminologi
technology yang bermaksud pengajian
berkaitan kaedah teknikal yang dipelopori
oleh manusia dan digunakan untuk

PERKEMBANGAN PENGGUNAAN
ISTILAH-ISTILAH PTV
Pembangunan memerlukan pelbagai jenis
tenaga manusia dan institusi pendidikan
bertanggungjawab untuk memenuhi
keperluan tersebut.
Maka, wujud pelbagai jenis program
penidikan berkaitan dengan teknikal dan
vokasional yang berbeza istilahnya seperti
berikut:
Pendidikan Ketukangan program
latihan yang melibatkan pembentukan
kemahiran dengan pengajian teori yang
paling minimum. Latihan lebih berbentuk

Pendidikan Vokasional satu


program pendidikan tersusun yang
menyediakan pelajar untuk sesuatu
pekerjaan yang tidak memerlukan
kelulusan ijazah sarjana muda.
Pendidikan Teknikal adalah
pendidikan yang memberi
pengetahuan teknikal yang berkaitan
dengan matematik dan sains yang
kukuh.

Pendidikan Kejuruteraan
Pendidikan yang menyediakan pelajar
dengan pengetahuan dan kebolehan
untuk kerjaya dibidang kejuruteraan;
dan dianugerahkan dengan ijazah
sarjana muda sebagai asas untuk
menyambung pendidikan ke ijazah
lanjutan dalam bidang yang sama.
Pendidikan Teknologi satu
program pendidikan yang dibentuk
khusus untuk mengajar mengenai
teknologi masa lalu, masa kini dan
masa hadapan; di peringkat sekolah
rendah, menengah sehingga ke

REKA BENTUK DAN


TEKNOLOGI
( RBT )

REKA BENTUK DAN


TEKNOLOGI
Reka bentuk - didefinisikan sebagai
susunan bahan yang dirancang untuk
menghasilkan sesuatu produk atau
impak.
Teknologi ialah pengajian dan
pengetahuan dalam usaha manusia
mencipta dan menggunakan pelbagai
alat, sumber, teknik dan sistem untuk
menguruskan kehidupan.

KONSEP ASAS PTV

FALSAFAH, PRINSIP DAN POLISI.


Penting bagi PTV dan harus wujud
dalam satu hubungan yang harmoni
dan searah.
Tidak wajar mengatakan bahawa salah
satu daripadanya lebih penting
daripada yang lain walaupun sejarah
awal pembentukan program PTV
berdasarkan penggunaan prinsip
sebagai konsep asas.
Orang teknikal/vokasional dikenali

Falsafah ketika itu dianggap sebagai


aktiviti abstrak yang tidak diperlukan
untuk membentuk program, sementara polisi berperanan sebagai
asas bagi membina matlamat dan
tujuan program.
Pembentukan paradigma untuk PTV
memerlukan falsafah yang koheran
dengan prinsip dan polisi.

Kepentingan Prinsip
Dalam
Prinsip PTV
boleh didefinisikan sebagai
PTV

generalisasi yang menyatakan amalan,


pemilihan dan panduan bagi
pembentukan program dan kurikulum,
penilaian, pemilihan teknik pengajaran
dan pembinaan polisi.
Prinsip dianggap sebagai teorem yang
merupakan refleksi sesuatu situasi,
pemikiran dan keperluan.
Konsep asas yang menjadi landasan
teorem atau prinsip pula

Terdapat konsep asas yang sama


terus dijadikan landasan
pembentukan prinsip yang baru. Juga
konsep asas yang diubah
bersesuaian dengan kehendak
semasa ataupun digugurkan sebagai
landasan prinsip atau teorem.
Konsep asas PTV boleh diubah atau
digugurkan kerana prinsip boleh dan
akan berubah mengikut peredaran
masa lebih lagi jika dilihat perkaitan
rapat antara prinsip dengan amalan
dan tindakan.

Prinsip sebenarnya mempamerkan


kejayaan amalan lepas iaitu sejak
awal pembentukan PTV; yang melalui
perubahan masa dan keperluan dan
berubah mengikut kesesuaian.
Amalan lepas dan amalan baru yang
berjaya pula dijadikan asas kepada
prinsip baru.

Kepentingan Falsafah Dalam


PTV.
Falsafah didefinisikan sebagai satu
rangka konsep untuk mensintisis dan
menilai yang mewakili satu sistem
nilai yang menjadi asas untuk
membuat keputusan yang akan
membentuk masa hadapan PTV.
Falsafah mewakili andaian dan
spekulasi yang dibuat mengenai
aktiviti manusia dan dunia.
Falsafah berfokus pada realiti,
kebenaran dan nilai dan dinyatakan

Falsafah penting kepada individu yang


terlibat dengan PTV ia menjadi
panduan untuk amalan, membantu
dalam membuat keputusan mengenai
perkembangan program, pemilihan
aktiviti pembelajaran, kurikulum,
matlamat dan penggunaan sumber.
Falsafah PTV memaksa kita melihat
apakah yang seharusnya berlaku
dalam PTV yang sememangnya
berbeza dengan apa yang sedang
berlaku perbezaan ini menjadi
pemangkin untuk membaiki amalan.

Prinsip bukan falsafah dan tidak seperti


falsafah prinsip hanya menyediakan
arah yang jelas untuk pembentukan
falsafah, malah prinsip melambangkan
amalan yang berjaya menjadi kunci
kepada pembentukan falsafah.

Kepentingan Polisi Dalam


Polisi merupakan satu set harapan
PTV

yang mesti dipenuhi semasa


pelaksanaan PTV.
Penting - merupakan satu wadah
yang diperlukan supaya falsafah dan
prinsip boleh dilaksanakan.
Polisi bukan undang-undang, tetapi
mempunyai kesan yang serupa
dengan undang-undang.

Impak polisi terhadap prinsip dan


falsafah adalah kritikal prinsip
mewakili amalan terpilih dalam PTV,
hanya boleh dilaksanakan apabila
disokong oleh polisi. Falsafah pula
tidak bermakna tanpa polisi.
Polisi perlu selari dengan falsafah dan
prinsip pembuat polisi perlu
menghayati falsafah supaya polisi
dibina berdasarkan pandangan
koheran dan menyeluruh mengenai
PTV.

Polisi

Falsafah
Pelajar

Prinsip

Sifat Gabung Jalin Antara Falsafah, Polisi Dan Prinsip Serta


Kaitannya Dengan Pelajar Dalam PTV

FALSAFAH PTV

Sebelum dijajah pendidikan secara


tidak formal yang menekankan kepada
pengajian Al-Quran dan pendidikan
agama di samping melakukan kerjakerja perkebunan atau kerja-kerja
ketukangan seperti membuat sampan,
bertukang dan kerja logam apa yang
dilakukan hanyalah untuk
membekalkan individu dengan
kemahiran yang boleh digunakan
untuk kehidupan sistem pendidikan
ketika itu hanya berasaskan praktis

Senario PTV terus berkembang dari


zaman sebelum penjajah, zaman
penjajah British sehinggalah zaman
kemerdekaan.
Selaras dengan perkembangan
negara, maka wujudlah akta-akta
berkaitan pendidikan yang dijadikan
asas bagi perubahan dalam PTV.
Antara akta yang termaktub ialah:
1.Laporan Barnes 1951.
2.Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956
( Laporan Razak ).

Perakuan 111 dalam Laporan


Jawatankuasa Kabinet ( 1979 )
memperakukan bahawa:
Dalam keadaan pembangunan negara
pada hari ini yang menggalakkan
penyertaan yang lebih luas dalam
bidang perusahaan dan perdagangan,
peranan PTV menjadi lebih penting.
Untuk mencapai tujuan ini adalah
diperakukan supaya PTV hendaklah
diperluaskan dan dimajukan lagi .

Perakuan 111 telah mencetuskan


perubahan dan perkembangan lebih
pesat dalam PTV selepas tahun 1979
sehingga termaktub pula Akta
Pendidikan 1995 yang juga membawa
satu reformasi kepada PTV namun
perubahan dalam PTV berlaku tanpa
falsafah yang spesifik.
Bagaimana program-program
pendidikan yang berkaitan dengan
teknikal dan vokasional diwujudkan?
amalan di negara kita, semua program
yang berkaitan dengan pendidikan

PEMBENTUKKAN FALSAFAH

Morris ( 1961 ),
PTV

Sehingga kini PTV belum mempunyai


satu bentuk falsafah yang teguh, tepat
dan generik yang boleh menjadi
platform bagi semua warga PTV. Tanpa
falsafah, tidak landasan yang boleh
dijadikan panduan untuk mengukuhkan
tindakan dan praktis .
Falsafah adalah penting kerana ia
boleh dijadikan:
1.Pegangan dan panduan untuk hala

2. Asas untuk membentuk tujuan,


matlamat dan objektif PTV.
3. Panduan untuk tindakan yang perlu
diambil bagi membuat perubahan.
4. Panduan dalam membina
kurikulum yang bersesuaian.
5. Membantu dalam membuat
keputusan, memilih aktiviti
pembelajaran dan penyediaan
sumber.

Yang bertanggungjawab dalam


membentuk falsafah PTV ialah Ahli
Falsafah, Pembuat Dasar, Pembentuk
Kurikulum, Guru dan pentadbir serta
graduan PTV.
Pembentukan falsafah PTV boleh
dilaksanakan melalui dua kaedah,
iaitu:
1.Kaedah induktif.
Kaedah dari dalam ke luar merupakan
kaedah yang melihat senario dalam
PTV sebelum membentuk falsafah.

Langkah-langkahnya adalah seperti


berikut:
a.Mengenal pasti praktis sedia ada
dalam PTV yang selalu diamalkan.
b.Menentukan teori pendidikan yang
menjadi asas praktis-praktis tersebut;
dan
c.Mengekstrak daripada teori tersebut
pandangan atau andaian mengenai
realiti, kebenaran dan nilai.

2. Kaedah deduktif.
Kaedah daripada luar ke dalam
bermula dengan melihat dunia luar
sebelum membentuk falsafah.
Langkah-langkah dalam kaedah ini
adalah seperti berikut:
a.Membentuk pandangan atau andaian
yang menyeluruh mengenai realiti,
kebenaran dan nilai.
b.Menghurai teori pendidikan yang
tersirat dalam andaian-andaian
tersebut.

c. Menggambarkan tingkah laku


guru, tujuan pengajaran dan hasil
pembelajaran yang diharapkan
iaitu mengenal pasti praktis yang
seharusnya diamalkan.
Bagi kedua-dua kaedah, langkah
terakhir sebelum pembentukan
falsafah adalah memastikan
bahawa praktis dan teori
pendidikan adalah konsisten dan
koheren dengan andaian yang

FALSAFAH

ANDAIAN
TEORI
PRAKTIS

FALSAFAH

Proses Pembentukkan Falsafah PTV