Anda di halaman 1dari 5

Analisis Teks

Petikan diambil daripada majalah atas talian Jelita


10 Kebaikan Coklat Yang Ramai Tidak Tahu
31/10/2016 oleh Nur Sofea

Gambar: INGimage
Setiap kali bicara soal coklat pasti ramai yang menganggap coklat itu adalah
makanan yang menggemukkan badan. Ramai yang tidak tahu coklat itu
mengandungi kebaikan dan khasiat yang baik untuk tubuh anda. Jelita kongsikan
10 kebaikan coklat yang ramai tidak tahu.
Kurangkan Kadar Strok
Kajian di Sweden menunjukkan wanita yang mengambil 45g coklat seminggu
dapat mengurangkan sebanyak 20% risiko dari terkena serangan strok.
Tingkatkan Kadar Kesihatan Jantung
Coklat juga membantu merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam
badan dan juga risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat mampu
bertindak melawan peradangan jantung.

Melindungi Kulit
Lupakan semua yang anda dengar tentang coklat menyebabkan jerawat
pada wajah anda. Coklat gelap sebenarnya baik untuk kulit anda.
Antioksidan yang dipanggil flavonoid yang terkandung dalam coklat
menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV.
Elakkan Dari Penyakit Batuk
Coklat juga mengandungiTheobromine yang membantu mengurangkan
aktiviti saraf vagus. Pada tahun 2010, para saintis membuat kajian untuk
menghasilkan sejenis ubat batuk yang mengandungi theobromine bagi
menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh
mendatangkan kesan sampingan yang mungkin berisiko untuk tubuh anda.
Hilangkan Stres
Coklat juga membantu untuk mengurangkan tekanan atau stres. Menikmati
kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Jadi, jika anda stres atau
tertekan sewaktu bekerja, anda bolehlah menikmati coklat untuk
mengurangkan stres.

Tingkatkan Aliran Darah


Coklat mengandungi anti-pembekuan darah yang
membantu meningkatkan aliran peredaran darah
dan juga bertindak sebagai aspirin yang membantu
untuk mengurangkan sakit kepala.
Tingkatkan Kadar Penglihatan
Selain itu, coklat juga membantu meningkatkan
aliran darah ke retina sekali gus memberi ransangan
yang baik untuk mata anda.
Bantu Jadi Bijak
Peningkatan aliran darah ke otak mampu
membuatkan anda lebih berjaga-jaga dan sentiasa
dalam keadaan sedar. Kajian yang diadakan di Britian
menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi
otak anda terutama sekali dalam bidang pengiraan.
Isi Perut
Coklat juga kaya dengan fiber yang membantu

Bil.

Kosa Kata
Pinjaman

Kosa Kata Asal

Aspek
Pinjaman

Coklat

Chocolate (Bahasa Sepanyol)

Fonologi

Risiko

Risk (Bahasa Itali)

Fonologi

Strok

Stroke (Bahasa Inggeris Lama)

Fonologi

Tekanan darah

Blood pressure (Bahasa Inggeris)

Morfologi

Kolestrol

Cholesetrol (Bahasa Greek)

Fonologi

Sensitif

Sensitive (Bahasa Perancis Lama)

Fonologi

Insulin

Insulin (Bahasa Latin)

Morfologi

Diabetis

Diabetes (Bahasa Greek)

Fonologi

Antioksidan

Antioxidant (Bahasa Inggeris)

Fonologi

10

Flavonoid

Flavonoid (Bahasa Inggeris)

Morfologi

11

Ultra ungu (UV)

Ultraviolet (Bahasa Inggeris)

Morfologi

12

Aktiviti

Activity (Bahasa Perancis atau Bahasa


Latin Lama)

Fonologi

13

Saraf vagus

Vagus nerve (Bahasa Latin)

Morfologi

14

Saintis

Scientist (Bahasa Inggeris)

Fonologi

15

Theobromine

Theobromine (Bahasa Latin Moden)

Morfologi

16

Kodein

Codeine (Bahasa Greek)

Fonologi

17

Anti-pembekuan

Anticoagulant (Bahasa Inggeris)

Morfologi

Peratus (%)
Aspek
Pinjaman
Morfologi

45

Fonologi

55