Anda di halaman 1dari 8

CIRI-CIRI KHUSUS AGAMA

ISLAM (SYUMULIYYAH)
MOHD NIZARMAN BIN MOHD IKHWAN
MOHD AZHIMMAJDIY BIN BUANG
MPU 3092

SYUMULIYYAH
Syumul bermaksud Islam merupakan agama yang

sempurna dan menyeluruh serta mencakupi segala


aspek kehidupan setiap manusia.
Islam mempunyai peraturan hidup yang lengkap
melitupi aspek kehidupan manusia dari segi akhlak,
sosial, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

UNDANG-UNDANG
Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka
melanggar hukuman sama ada yang berkait rapat dengan sivil atau
jenayah seperti hukuman hudud dan qisas.

Hukum yang bersangkut dengan urusan hubungan


sesama manusia dengan Allah seperti solat, haji,
puasa dan ibadat lain.
Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia
dengan manusia seperti hukum nikah, muamalah,
kehakiman, hukum berkait dengan orang bukan Islam,
hukum antarabangsa, hukum berkait dengan pemerintahan
negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang
melakukan kesalahan.

KEADILAN
Islam memperjuangkan keadilan.
Keadilan dalam Islam adalah memberi hak kepada

yang berhak tanpa sebarang kekurangan.

KEHAKIMAN
Islam menentukan di dalam
perhubungan permasalahan
sesama manusia amat memerlukan
seorang hakim yang dapat
menghukum dan menyelesaikan
perselisihan mereka serta dapat
mengembalikan hak kepada yang
berhak.

Islam telah menetapkan bahawa


kehakiman merupakan fardhu
dimana setiap hakim muslim
mestilah menjatuhkan hukuman
mengikut syariat yang telah
ditentukan oleh Allah.

Islam telah mengemukakan sistem


kehakiman.

NEGARA
Dalam soal bernegara, Islam telah
menjelaskan soal hukum-hakam berkenaan
persoalan negara.
Islam bukanlah teratas dalam lingkungan
hubungan manusia dengan Allah sahaja, malah
menyusun hubungan manusia sesama manusia
dan hubungan jamaah dengan jamaah yang lain.
Ketua negara dipilih dalam kalangan orang
Islam sesuai dengan syariat-syariat seperti sifat
tegas dan amanah.
Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan
syariat dan membimbing manusia untuk
melakukannya.

AKHLAK
Islam amat mengambil berat soal akhlak.
Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas

dengan apa yang digariskan oleh al-Quran tentang


sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orangorang yang beriman.

ILMU
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah
makrifat dan mengenali hakikat
sesuatu dengan tepat dan
mengetahui sesuatu yang diturunkan
oleh Allah, mengetahui tujuan
manusia diwujudkan oleh Allah dan
kehidupan akhirat yang mengakhiri
manusia.

Ilmu yang paling tinggi dalam Islam


ialah ilmu yang membawa kepada
mengenali Allah.