Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan Bimbingan

dan Kaunseling

Kaunseling adalah satu proses pertolongan yang


profesional bertujuan membantu individu untuk
memahami diri dan dunia persekitarannya.
Kaunselor adalah individu yang akan
mengendalikan proses dan mempunyai
kelayakan dalam bidang kaunseling.
Individu yang bakal dibantu dikenali sebagai
klien.

Konsep Asas Bimbingan


Bimbingan :

Bimbingan
merupakan satu
proses untuk
membantu
individu
memahami diri
dan
persekitarannya.

Dewan Bahasa
dan Pustaka
mendefinisikan
bimbingan
adalah salah
satu perbuatan
membimbing,
memberi
petunjuk,
huraian, dll.

Shertzer &
Stone (1992)
pula
menyatakan
bahawa
bimbingan
merupakan
suatu proses
yang membantu
individu
memahami diri
mereka dan
dunia mereka.

Kaunseling :
Kaunseling pula adalah suatu proses pertolongan
yang lebih menumpukan perhatian kepada
membantu individu mengatasi kebuntuan,
kekusutan fikiran untuk meneruskan kehidupan
yang lebih tenteram.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kaunseling


didefinisikan sebagai suatu proses teratur yang
melibatkan perbincangan rapi tentang masalah
yang dihadapi oleh seseorang dan segala usaha
mengatasi atau menyelesaikannya menerusi
bimbingan dan nasihat.

Psikoterapi :
Psikoterapi merupakan satu
proses yang lebih memberi
penekanan kepada proses
pemulihan yang lebih kronik.

Menurut Gladding (2004)


psikoterapi adalah merupakan
satu proses membantu
individu bermasalah psikologi
yang lebih serius dalam
jangka panjang. Contoh kes
yang menggunakan
psikoterapi ialah merawat
kekeliruan dalam pemikiran

Malahan psikoterapi ini jarang


dikendalikan oleh guru
kaunseling kerana ia
memerlukan seseorang yang
mempunyai kepakaran dalam
bidang ini seperti seorang
pakar psikiatris.

Matlamat
1. Menjana tingkah laku positif.
Kaunselor dapat mencari alternatif
penyelesaian agar tingkahlaku negatif klien
dapat ditukar kepada tingkahlaku yang positif.
Klien akan bertanggungjawab terhadap pilihan
tersebut walaupun dipersetujui bersama-sama.

2.Menjana hubungan yang positif.


Melalui proses kaunseling, klien diharap
menguasai kemahiran berkomunikasi secara
berkesan untuk membina hubungan yang
positif dengan persekitaran.

3.Menjana kendiri efektif.


Interaksi dengan ahli masyarakat dengan boleh
menjadikan individu ahli masyarakat yang positif.
Penyelesaian masalah peribadi dan menyesuaikan diri
dengan keperluan persekitaran adalah matlamat
dalam perkhidmatan kaunseling kepada kliennya.
4. Membuat keputusan rasional.
Proses bimbingan dan kaunseling dijangka akan dapat
membantu seseorang itu dalammembuat keputusan
yang rasional dan bermakna.
5.Pencapaian potensi diri.
Melalui proses kaunseling, klien dijangkakan akan
mendapat menyedari kekuatan, kebolehan, bakat dan
minat diri yang boleh diperkembangkan untuk
membina potensi diri ke tahap optima.

Prinsip dan Falsafah


McDaniel dan Shaftel (1956), mengemukakan prinsip-prinsip
utama kaunseling iaitu setiap klien hendaklah diterima
sebagai individu dan dilayan dengan baik. Layanan yang
baik membawa maksud individu tersebut perlu memperolehi
layanan seperti orang lain yang memerlukan pengiktirafan
dan layanan selaras dengan keperluan seorang manusia.
Patterson (1967) pula mengemukakan prinsip-prinsip
kaunseling seperti kaunseling ialah proses yang bertujuan
untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku klien secara
sukarela. Ini membawa erti bahawa perubahan tingkahlaku
adalah matlamat yang diberi fokus utama oleh kaunselor.
Klien seharusnya merubah daripada aspek tingkahlaku.
Perubahan yang diharapkan harus berlaku secara sukarela.

Sementara Biasco, F. (1966) mengemukakan prinsip-prinsip


bahawa kaunseling bukan hanya untuk mereka yang
mempunyai masalah sahaja. Kaunseling terbuka kepada
semua orang yang memerlukannya.
Bimbingan dan kaunseling adalah untuk membantu
klien memperolehi pengetahuan dan fahaman diri.

Kaunseling adalah paling berkesan apabila


dirancangkan secara sistematik dan teratur.

Program kaunseling akan lebih berkesan sekiranya


terdapat kerjasamaa di antara murid-murid, guru-guru,
ibu bapa, pihak pentadbir dan kaunselor sekolah.

Bimbingan dan kauseling menitikberatkan


perkembangan individu dari segi masa dan bidang.

Anda mungkin juga menyukai