Anda di halaman 1dari 52

PEMIKIRAN

KOMPUTASIONAL

PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL
Apakah itu pemikiran komputasional? Menurut pencetus dan pengasas pemikiran komputasional,
Jeannate M Wing, pemikiran ini boleh ditafsirkan sebagai Membina kuasa dan proses penyelesaian
secara pengkomputeran, sama ada dilaksanakan oleh manusia atau mesin
Model pemikiran komputasional memberikan kita kelebihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
yang kompleks dan rumit.
Pemikiran ini menjawab beberapa persoalan berkaitan keupayaan manusia untuk menyelesaikan
masalah melalui kaedah yang lebih baik daripada komputer dan apa yang komputer boleh bantu
untuk penyelesaian sesuatu masalah.
Pemikiran komputasional adalah kemahiran asas yang penting bagi semua orang, bukan hanya untuk
saintis atau pakar komputer sahaja.
Pemikiran komputasional boleh dilibatkan dalam banyak proses - menyelesaikan masalah , mereka
bentuk sistem, dan memahami tingkah laku manusia dengan menggunakan konsep asas sains
komputer.
Pemikiran komputasional dapat menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea
secara logik dan sistematik.
Pemikiran ini menggunakan teknik Leraian (Decomposition), Pengecaman Corak (Pattern Recognition),
Peniskalaan (Abstraction) dan Pengitlakan (Generalisation) untuk menyelesaikan masalah

CONTOH PEMIKIRAN
KOMPUTASIONAL
CONTOH 1: AISKRIM
Anda ingin membeli aiskrim scoop yang mempunyai susunan 3 perisa sama seperti
gambar disebelah

Penyataan manakah yang paling sesuai semasa memesan aiskrim tersebut?


Saya ingin aiskrim berperisa Coklat, Bluebery dan Strawbery
Saya ingin aiskrim berperisa Coklat, Strawbery dan Bluebery
Saya ingin aiskrim berperisa Strawbery, Coklat dan Bluebery
Saya ingin aiskrim berperisa Strawbery, Bluebery dan Coklat

Jawapannya adalah penyataan:


Saya ingin aiskrim perisa Strawbery, Bluebery dan Coklat

Keterangan:
Perkara yang paling utama mesti dinyatakan yang terakhir, sebagaimana perisa aiskrim yang paling
atas (dan mungkin perisa yang paling kita gemari) hendaklah dinyatakan yang terakhir semasa
memesan aiskrim yang kita kehendaki.
Susunan adalah penting; jika kita memesan aiskrim dalam susunan berbeza, maka kita akan
mendapat aiskrim scoop yang berbeza perisanya.
Oleh yang demikian, pemikiran komputasional menerusi teknik peniskalaan (abstraction) dan
pengitlakan (generalization) boleh memudahkan kita menyusun langkah penyelesaian masalah
mengikut susunan dan ketetapan yang sesuai.
Satu perkara utama dalam pembelajaran sains komputer adalah kepentingan susunan penyelesaian
yang tepat dan memahami kehendak orang lain terhadap kaedah penyelesaian yang dikemukakan.

Perwakilan data

Maklumat Digital
Apabila anda menghantar e-mel kepada seseorang,
mesej yang anda hantar akan tersebar ke seluruh dunia,
namun dalam bentuk satu siri nombor yang panjang.
Bagaimanakah teknologi digital seperti komputer
menukarkan perkataan anda ke dalam bentuk digit?

Berubah Kepada Nombor


Sebarang bentuk maklumat; perkataan, gambar, senarai, perngiraan, bunyi
boleh diubah kepada nombor. Hal ini dilakukan dengan menggunakan kod.
Bayangkan anda cuba membuat mesej rahsia menggunakan nombor untuk
mewakili huruf tertentu.

Contohnya A diwakili oleh 1, B oleh 2 dan C oleh 3 dan seterusnya. Kemudian,


anda dapat menggantikan huruf dalam perkataan DIGITAL dengan angka, iaitu D
digantikan dengan 4, I oleh 9 dan seterusnya sehingga huruf L diwakili oleh 12.
Dengan menggunakan kod, kita boleh menggantikan maklumat dalam satu
bentuk, seperti perkataan bertulis DIGITAL, kepada maklumat digital. Hasilnya
ialah 4-9-7-9-20-1-12.

PEMBANGUNAN
ALGORITMA

Kod arahan