Anda di halaman 1dari 16

PEDAGOGI BAHASA MALAYSIA

ABAD 2I
TATABAHASA :
SATU CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BAHASA MALAYSIA
Peserta mesti merujuk modul.
Peserta mesti faham akan kandungan modul.
Peserta mampu mengaitkan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia menggunakan elemen
pedagogi abad 21.
Tumpuan slot kepada 1 PdP, iaitu Tatabahasa.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


(RPH)
~SPI 3 /1999~

TAJUK : Kata Adjektif


MASA :8.45 9.55 pagi
TING : 2 Bestari
MP : Bahasa Melayu
KBAT: Kemahiran
Membanding beza /
Kemahiran Mencipta
Peta Pemikiran : Peta
Buih Berganda
Nilai : Kasih sayang,
menghargai, hormatmenghormati
Sistem Bahasa :
* KBAT DAN PETA
PEMIKIRAN, NILAI,
DAN SISTEM
BAHASA TIDAK
PERLU DITULIS

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir PdP, murid dapat :
1. mengkategorikan golongan kata
2. mengkategorikan kata adjektif dan jenis-jenisnya
3. mencipta puisi tentang kata adjektif
Aktiviti :
3. Soal jawab tentang kata
4. membaca dan menyaring kata adjektif
5. memproses maklumat
6. menghasilkan puisi
Refleksi :
______________________________________________________________
______________________________________________________________
____________________________________________________

BENGKEL 1 : SET INDUKSI


MENGENAL JENIS KATA

Nyatakan golongan kata yang


berikut :
Pen
Tidur
Cantik
telah

MENGENAL GOLONGAN KATA

Nyatakan golongan kata yang


berikut :
Pen - kata nama
Tidur - kata kerja
Cantik - kata adjektif
telah - kata tugas

MENGENAL GOLONGAN KATA

Nyatakan golongan kata yang


berikut :
Pen Tidur Cantik
telah -

kata nama (batang)


kata kerja (sudah)
- kata adjektif (amat)
kata tugas

BENGKEL 2 :
MEMBINA ALAT BANTU
Peserta (kumpulan) membina alat untuk
membantu murid menguji golongan kata

(KOLABORATIF)

BENGKEL 3 :
Pasukan Harimau Malaya semakin hebat. Pada tahun 2011 yang
lalu, pasukan yang dianggotai oleh pemain muda negara ini telah
memperoleh pingat emas dalam Sukan Sea yang ke-24. Pasukan
yang memakai jersi merah dan biru ini menjadi kebangaan
negara. Rakyat Malaysia bangga akan kejayaan pasukan tersebut
yang menewaskan pasukan Indonesia. Pasukan negara menang
bukan kerana bola tersebut bulat. Pasukan Malaysia menang
kerana pemain negara lincah dan tangkas. Walaupun pasukan
lawan mendapat jaringan awal pasukan negara tetap dapat
menewaskan mereka. Kemenangan yang dicapai ini membawa
kenangan manis kepada semua pemain negara. Berita tentang
kejayaan pasukan negara ini telah mendapat liputan yang luas
oleh media tempatan. Walaupun jauh dari tempat tinggal, rakyat
Malaysia yang berada di Indonesia tetap berkunjung ke Stadium
Bung Karno untuk memberikan sokongan.

BENGKEL 3 :
MENYARING DAN MENGKATEGORIKAN
Menggarisi kata-kata adjektif dalam petikan
Bina satu peta pemikiran untuk
mengkategorikan
kata adjektif

[MODUL RAKAN PEMIKIR - KOMPONENE INFORMATIF]

BENGKEL 3 :
Pasukan Harimau Malaya semakin hebat (Sifatan). Pada tahun 2011
yang lalu, pasukan yang dianggotai oleh pemain muda (sifatan) negara
ini telah memperoleh pingat emas dalam Sukan Sea yang ke-24.
Pasukan yang memakai jersi merah dan biru (warna) ini menjadi
kebangaan negara. Rakyat Malaysia bangga (perasaan) akan kejayaan
pasukan tersebut yang menewaskan pasukan Indonesia. Pasukan
negara menang bukan kerana bola tersebut bulat (ukuran). Pasukan
Malaysia menang kerana pemain negara lincah dan tangkas. (cara)
Walaupun pasukan lawan mendapat jaringan awal (waktu), pasukan
negara tetap dapat menewaskan mereka. Kemenangan yang dicapai ini
membawa kenangan manis (pancaindera) kepada semua pemain negara.
Berita tentang kejayaan pasukan negara ini telah mendapat liputan
yang luas (ukuran) oleh media tempatan. Walaupun jauh (jarak) dari
tempat tinggal, rakyat Malaysia yang berada di Indonesia tetap
berkunjung ke Stadium Bung Karno untuk memberikan sokongan.

BENGKEL 4:
KEMAHIRAN MENCIPTA

Peserta menghasilkan puisi


berkaitan dengan kata adjektif
Peserta mengaplikasikan
kemahiran TMK dalam
penciptaan puisi

PEMBENTANGAN

Peserta
membentangkan
hasil ciptaan
AKULAH M.NASIR

BENGKEL 5 : MENULIS REFLEKSI

Peserta menulis
refleksi pengajaran
dalam Gppgle Sites

BENGKEL 6 :KESIMPULAN

Peserta menilai
pengaplikasian elemenelemen pedagogi abad 21
dalam PdP Kata Adjektif

Sekian, terima kasih.

Tenangnya jiwa setelah


ilmu dapat dikongsi