Anda di halaman 1dari 11

Inovasi

Alat Lukisan Teknikal

Compo

{
Dihasilkan oleh:
Mohd. Amir bin Abdul Latip
Guru Malaysia

Biodata
Nama

: Mohd. Amir bin Abdul Latip

Umur

: 40 Tahun

Kelulusan

: i. Ijazah Senibina University of Hudersfield, UK


ii. Diploma Pendidikan KPLI Maktab Perguruan Teknik

Status:

: Berumah tangga.

Peng.
Mengajar

: 2005-2016 (11 Tahun)

Senarai
Inovasi

: 1. Sistem Rancangan Mengajar.


2. Sistem Pengurusan Disiplin Murid.
3. Sistem Rekod Kehadiran Murid.
4. Arif Tajwid.
5. Pengurusan Markah Ko-Kurikulum.
6. Pengurusan Pengawas Peperiksaan.
7. Pengurusan Markah Kerja Khursus RC.
8. Pengurusan Markah Kerja Khursus LK.
9. Lakaran Interaktif Pra Simulasi (LIPS)
10. Virtual Drawing Board
11. Alat Tekap Pelbagai Guna (ALTEK)

Pengenalan
Compo ialah nama inovasi alatan lukisan teknikal. Nama ini terbit dari
perkataan Compass dan Middle Point. Perkataan Compass bermaksud
jangka lukis dan Middle Point bermaksud titik tengah. Perkataan ini
memberi gambaran 2 fungsi utama Compo iaitu berfungsi seperti alat
jangka lukis dan menentukan titik tengah, selain dari berfungsi sebagai
pembaris dan penanda sekala bernombor negatif.
Inovasi ini dihasilkan dengan tujuan untuk menjadi satu alternatif
kepada jangka lukis, mengurangkan jalan kerja dalam lukisan teknikal
dan seterusnya memudahkan jalan kerja lukisan teknikal. Inovasi ini juga
lebih murah jika dibandingkan dengan alat jangka lukis yang ada
dipasaran ketika ini. Sebagai contoh, harga 1 alat jangka lukis yang
berkualiti tinggi dianggarkan berharga RM28, manakala Compo
dianggarkan berharga RM1.
Selain itu inovasi ini juga dapat mengurangkan penggunaan alatan
lukisan teknikal. Ini boleh dilakukan oleh pengguna kerana ia adalah
suatu inovasi yang pelbagai fungsi. Pengguna inovasi ini boleh melukis
bulatan atau lengkuk, membina garisan, mengukur jarak, menentukan
titik tengah, menentukan pusat bulatan dan melukis garisan berserenjang
tanpa menggunakan alat jangka lukis dan pembaris biasa.

Objektif
1. Menjadi alternatif kepada alat jangka lukis.
2. Mengurangkan jalan kerja dalam lukisan teknikal.
3. Mengurangkan kos pembelian alatan lukisan teknikal.
4. Memudahkan murid-murid menguasai asas lukisan teknikal.
5. Membantu murid-murid memahami konsep nombor negatif.
6. Menggalakan murid-murid menguasai asas matematik dalam operasi
tambah dan tolak.
7. Menggalakan murid-murid berfikir secara kreatif.

Objektif
1. Menjadi alternatif kepada alat jangka lukis.
2. Mengurangkan jalan kerja dalam lukisan teknikal.
3. Mengurangkan kos pembelian alatan lukisan teknikal.
4. Memudahkan murid-murid menguasai asas lukisan teknikal.
5. Membantu murid-murid memahami konsep nombor negatif.
6. Menggalakan murid-murid menguasai asas matematik dalam operasi
tambah dan tolak.
7. Menggalakan murid-murid berfikir secara kreatif.
Kumpulan Sasaran
1. Murid-murid sekolah yang mengambil mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan, Grafik Komunikasi Teknikal dan Matematik.

Latar Belakang
Idea inovasi Compo ini bermula dari usaha untuk menggantikan alat
jangka lukis yang sering digunakan dalam lukisan teknikal. Alat jangka
lukis yang berkualiti tinggi adalah mahal harganya, dianggarkan lebih dari
RM20.00 sebatang. Walaupun alat jangka lukis yang rendah kualitinya
boleh didapati dengan harga yang dianggarkan RM3 hingga RM10, tetapi
ia mudah rosak dan mudah berlaku ralat dalam lukisan yang dihasilkan
oleh jangka lukis kategori ini.
Selain itu, dalam lukisan teknikal terdapat banyak jalan kerja yang
perlu dilakukan jika menggunakan jangka lukis. Semakin banyak jalan
kerja, semakin sukar untuk murid-murid sempurnakan lukisan yang
hendak dihasilkan. Ini antara faktor kenapa murid-murid tidak dapat
menyiapkan lukisan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
membolehkan lukisan teknikal dihasilkan dengan lebih cepat.

Compo

Isu / masalah yang ditangani


1. Kos pembelian alatan lukisan teknikal adalah tinggi. Kenaikan harga
barangan menyebabkan harga peralatan meningkat dari tahun ke
tahun. Usaha ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang
ditanggung oleh masyarakat dan kerajaan.
2. Perkilangan produk ini pula akan memberikan lebih banyak peluang
pekerjaan atau sumber pendapatan masyarakat. Apatah lagi jika
produk ini mula dipasarkan ke luar negara.
3. Penguasaan murid-murid dalam kemahiran lukisan teknikal adalah
masih pada tahap yang kurang memuaskan. Ini dapat di lihat dalam
statistik SPM bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kelemahan
dalam jawapan murid-murid dalam peperiksaan tersebut dipengaruhi
juga oleh penggunaan alat yang rosak dan tidak dapat menyiapkan
jawapan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Huraian
1. Design Compo:
i. Bahan - Plastik / Akrilik
ii. Lukisan. (Sila rujuk lampiran.)
2. Cara Compo digunakan.
Compo digunakan dengan menggunakan 2 batang pensil yang
dipegang sendiri oleh pengguna. Demo ada disediakan seperti
dalam link berikut:
https://youtu.be/zbMam7eShHE
3. Kos menghasilkan prototype adalah dianggarkan seperti berikut:
Plastik Laminate dan Cetak di plastik = RM4.50
Cetak di kertas = RM0.50
Jumlah kos bagi 7 unit prototype Compo = RM5.00
RM5.00 / 7 = RM 0.70 seunit.

Keberkesanan inovasi
Keberkesanan inovasi ini dapat dinilai melalui beberapa cara.
1.

Perbandingan rekod masa yang diambil oleh murid-murid bagi


menyiapkan lukisan teknikal yang ditentukan oleh guru di
antara mereka yang menggunakan Compo dengan mereka
yang menggunakan jangka lukis.

2.

Markah yang diperolehi oleh murid-murid yang menjawap


soalan lukisan teknikal yang ditentukan di antara mereka yang
menggunakan Compo dengan mereka yang menggunakan
jangka lukis.

3.

Maklum balas daripada pengguna-pengguna Compo dan


maklum balas daripada pemerhati demo penggunaan Compo.

Keterangan lain yang berkaitan


1. Design Compo mengutamakan kos perkilangan yang minima agar ia
mampu dimiliki oleh semua murid. Binaannya yang ringkas menjadi
fokus utama bagi memastikan objektif design ini tercapai.
2. Usaha menambah baik kualiti dan fungsi Compo diteruskan dari masa
ke masa untuk memastikan ia mampu berfungsi secara optima.
3. Usaha promosi produk ini sudah bermula melalui media sosial,
internet dan demonstrasi secara langsung.

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai