Anda di halaman 1dari 25

BAB 4

KONSEP JIHAD DALAM


ISLAM

TR 4.3.1

Pengertian Jihad
Bahasa
akar kata jahada - keberatan dan kesusahan; yang bererti berusaha
keras atau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu tujuan.
Istilah
merangkum segala usaha dan kesungguhan baik dalam bentuk perkataan
atau perbuatan dengan niat yang ikhlas serta perjuangan dan
pengorbanan untuk menegakkan kalimah Allah SWT
Dalil Jihad
Firman Allah bermaksud:
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah) baik dalam
keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan
berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu pada
jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagimu juka kamu
mengetahui (al-Taubah: 41)
TR 4.3.4

Hadith Rasulullah s.a.w, bermaksud:


Daripada `Aisyah RA ia berkata : Saya bertanya : Ya Rasululullah !
Adakah kewajipan jihad atas wanita? Sabdanya : Ada, jihad yang
tidak ada berperang padanya, iaitu Haji dan Umrah
(Riwayat Ibn Majah & al-Bukhari)
Hadith Rasulullah s.a.w, bermaksud :
Daripada Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda : Hendaklah
kamu berjihad terhadap musyrikin dengan harta kamu dan diri kamu
dan lidah kamu
(Riwayat Ahmad, al-NasaI & al-Hakim)

TR 4.3.1

JENIS-JENIS JIHAD
a)

Jihad melawan hawa nafsu (jihad agung/al-Jihad al-Akbar)


usaha bersungguh-sungguh memperbaiki peribadi dengan
nilai-nilai terpuji serta menghindarkan nilai-nilai terkeji.
Caranya :
i. Berjihad dalam mencari petunjuk dan jalan yang benar. Firman
Allah, bermaksud :
Katakanlah adakah sama orang-orang yang berilmu
dengan orang-orang yang tidak berilmu
(surah az-Zumar, ayat 9)

ii. Berjihad dalam beramal dan berpegang teguh


dengan apa yang dipelajari.
Firman Allah, bermaksud :
Maka datanglah sesudah mereka (pengganti
yang jelek) yang mensia-siakan solat dan
memperturutkan hawa nafsu mereka, maka
mereka kelak akan menemui kesesatan, kecuali
orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh,
maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak
dianiayai (dirugikan) sedikit pun
(surah Maryam, ayat 59 60)
TR 4.3.1

iii. Berjihad dalam menyebarkan ilmu dan petunjuk melalui


dakwah.
Firman Allah, bermaksud :
Dan serulah kepada (agama) Tuhanmu, sesungguhnya
kamu benar-benar berada pada jalan yang lurus
(surah al-Hajj, ayat 67)
iv. Berjihad menanggung segala kesulitan ketika berdakwah
kerana dakwah di jalan Allah akan mendapat tentangan
dari syaitan dan bala tenteranya daripada kalangan
manusia.

TR 4.3.10

Faktor jihad nafsu dipandang besar :


1. Keluasan medan perjuangan yang tidak terbatas
2. Keluasan masa perjuangan yang tidak terhad
3. Kedudukan musuh yang tidak dapat dilihat dan dirasa oleh
pancaindera
4. Kesukaran perjuangan kerana manusia berjuang dengan
diri sendiri
5. Jihad ini adalah asas kepada jihad-jihad yang lain.
6. Menuntut pembersihan jiwa dan hati serta keikhlasan
7. Memerlukan imu, pemahaman dan latihan yang
berterusan.

TR 4.3.1

b) Jihad melawan syaitan


usaha bersungguh untuk menghapuskan hasutan
syaitan yang mendorong manusia melakukan perkara
yang melampau batas syariat yang ditetapkan oleh
Allah. Niat jahat syaitan dinyatakan oleh Allah:
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu,
maka jadikanlah dia sebagai musuh(mu)
(surah Fathir, ayat 6)

TR 4.3.11

Caranya :
i. Berazam untuk melakukan perubahan diri. Firman Allah, bermaksud :
Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum
sehingga mereka merubah
keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri
(surah ar-Ra`du, ayat 11)
ii.

Sentiasa mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT melalui ibadat


dan zikir. Firman Allah, bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa
was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga
mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka
(surah al-A`raf, ayat 201)

TR 4.3.1

iii. Memahami ajaran Islam secara betul dan tepat


sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Firman Allah, bermaksud :
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan
Yang Maha Pemurah (al-Quran), Kami adakan baginya
syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang
menjadi teman yang selalu menyertainya
(surah al-Zukhruf, ayat 36)

TR 4.3.1

10

iv. Sentiasa berpegang teguh dengan kebenaran dan


berusaha menentang kebatilan. Firman Allah,
bermaksud :
Orang-orang yang beriman berperang di jalan
Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di
jalan taghut, sebab itu perangilah kawan-kawan
syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya
syaitan itu adalah lemah
(surah al-Nisa, ayat 76)
TR 4.3.1

11

v. Menggabungkan diri dalam jamaah muslimin. Firman Allah


yang bermaksud :

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan


orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan
senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya;
dan janganlah kamu palingkan wajahmu dari
mereka (kerana) mengharapkan perhiasan
kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu
mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan
dari mengingati Kami, serta menuruti hawa
nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati
batas
(surah al-Kahfi, ayat 28)
TR 4.3.1

12

vi. Menjadikan seluruh kehidupan berdasarkan nilaian


Allah. Firman Allah, bermaksud :
Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan
orang-orang kafir bergerak dalam negeri. Itu hanyalah
kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal
mereka ialah neraka jahannam, dan neraka jahannam
itu adalah seburuk-buruk tempat kembali
(surah Ali `Imran, ayat 196 197)

TR 4.3.1

13

c) Jihad melawan musuh Islam (golongan kafir) :


perjuangan menentang golongan yang kufur kepada
Allah dan sentiasa menghalang perkembangan Islam
serta memusuhi umatnya. Firman Allah, bermaksud :
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang
kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka
(surah al-Baqarah, ayat 120)

TR 4.3.1

14

Caranya :
i.

Waktu umat Islam tiada kekuatan : jihad secara lisan dan


hujah serta berusaha menambah kekuatan. Firman Allah,
bermaksud :
Dan berjihadlah terhadap mereka dengan al-Quran
dengan jihad yang besar
(surah al-Furqan, ayat 52)

ii. Waktu umat Islam punyai kekuatan : jihad dengan


mengangkat senjata, sekiranya diserang oleh orang kafir

TR 4.3.1

15

Firman Allah yang bermaksud :


Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan
tidak (pula) kepada Hari Akhirat dan mereka tidak
mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah...

(surah al-Tawbah, ayat 29


Katogeri Kuffar :
a) Kafir Harbi :
memerangi umat Islam - harus diperangi
b) Kafir Zimmi :
bernaung di bawah kerajaan Islam - haram diperangi

TR 4.3.20

16

d) Berjihad menentang golongan munafik :


golongan yang berpura-pura beriman sebaliknya
membenci agama Islam. Firman Allah,

amat

Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orangorang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan
(sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah
seburuk-buruk tempat kembali.
(surah al-Tawbah, ayat 73)
Caranya :
Kenali sifat-sifat munafik
Beri nasihat supaya bertaubat
Berhati-hati dengan tipu helah mereka
Diperangi jika ancam keselamatan agama dan negara.
e) Jihad menentang kemungkaran dan kezaliman
dalam pemerintahan sama ada melalui perbuatan, perkataan
atau hati adalah wajb.
TR 4.3.21

17

PERINGKAT-PERINGKAT JIHAD

a) Jihad dengan hati


yakin bahawa kesesatan dan kemungkaran
merupakan musuh Islam dan wajib diperangi tetapi
tidak mampu mencegahnya dengan tangan dan
lisan - peringkat jihad paling rendah.
b) Jihad dengan lisan dan kalam
melaksanakan amar maruf dan nahi mungkar yang
merangkumi segala kegiatan dakwah (ceramah,
bimbingan, pengajaran, dsb).
TR 4.3.1

18

c) Jihad dengan tangan (kekuasaan)


kekuatan fizikal - pertahankan kebenaran Islam
d) Jihad dengan harta dan wang
berkorban wang dan harta untuk menyokong
usaha jihad di medan perang

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang


sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang
kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka
sesungguhnya Allah mengetahuinya.(ali-Imran: 92)

TR 4.3.1

19

e) Jihad dengan fikiran dan ilmu


sumbangan buah fikiran dan idea (memberi ilmu
dan ajaran Islam yang benar).
f) Jihad Qital (berperang)
kemuncak jihad di jalan Allah - mereka yang
gugur - syahid.

TR 4.3.1

20

UNSUR-UNSUR JIHAD
a) Hijrah
Puncak perjuangan dakwah di Mekah di mana
umat Islam terpaksa berjihad dari aspek:
Aspek spiritual : korban perasaan kasih dan cinta
kepada tanahair serta kaum keluarga yang masih
kufur.
Aspek fisikal : Meninggalkan semua harta dan
menempuh perjalanan yang sukar kerana terpaksa
berhadapan dengan ancaman kaum musyrikin
Quraisy.
TR 4.3.1

21

b) Perjuangan dan pengorbanan


Inti ajaran Islam adalah semua perkara yang
diperintahkan menuntut kepada pengorbanan
nafsu, kepentingan diri, dll.
c) Syahid
Setiap yang menjadi saksi atas kebenaran Allah
SWT dan agamanya yang disampaikan oleh
Rasul-Nya serta bersedia membuktikan kepada
manusia dan dunia atas kebenaran tersebut sama
ada secara lisan, perbuatan atau kekuatan
(kekuasaan) dan sanggup mengorbankan segalagalanya untuk mempertahankan kebenaran
tersebut.
TR 4.3.1

22

Firman Allah, bermaksud :


Sesungguhnya orang-orang yang sebenarnya
beriman hanyalah orang-orang yang percaya
kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka
(terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta
mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa
mereka pada jalan Allah, mereka itulah orangorang yang benar (pengakuan imannya)
(surah al-Hujurat, ayat 15)

TR 4.3.27

23

KEPENTINGAN DAN KEUTAMAAN JIHAD


a) Menggambarkan nilai iman dalam diri seseorang
b) Lambang kekuatan dan keutuhan umat Islam sebagai Khayru
Ummah
c) Perniagaan yang menjanjikan ganjaran syurga.
d) Alat untuk menyebarkan seruan Islam dan meningkatkan syiar
serta kedaulatan Islam yang dilakukan melalui tiga pendekatan:
Menyeru penduduk setempat memeluk Islam
Mempelawa non-muslim menjadi rakyat negara

Islam dengan membayar jizyah serta mematuhi


undang-undang dan kepimpinan negara Islam.
Berjihad menentang golongan yang menghalang
kelancaran gerakan dakwah.

e) Menjaga kepentingan agama dalam semua perkara.

TR 4.3.28

24

PENUTUP
Jihad adalah satu perjuangan dan usaha yang
bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan
Allah. Ia terbahagi kepada dua bahagian ; jihad
melawan hawa nafsu (Jihad al-Akbar) dan jihad yang
lain-lain (Jihad al-Ashghar). Jihad dengan harta
merupakan pelengkap kepada semua bentuk jihad
kecil yang lain. Manakala jihad qital (berperang di
medan menentang orang-orang kafir yang
menentang Islam) merupakan kemuncak jihad fi
sabilillah yang menyediakan balasan syahid (masuk
syurga tanpa hisab)

TR 4.3.30

25