Anda di halaman 1dari 14

PENGHURUFAN DAN

ANGKA
Segala keterangan atau maklumat
yang terdapat pada lukisan teknik
biasanya menggunakan tulisan
tangan. Ini termasuk ukuran
dimensi, keterangan lukisan, blok
tajuk dan lain-lain. Sunggguhpun
terdapat alat-alat tambahan yang
boleh digunakan bagi membantu
penulisan yang baik, tetapi cara
penulisan tangan lebih diutamakan.

Terdapat tiga jenis huruf yang boleh


digunakan untuk tulisan dalam lukisan iaitu
gothic, roman dantext. Setiapnya boleh
ditulis dalam huruf besar ataupun huruf
kecil. Daripada tiga jenis ini, tulisan yang
jenis gothic lazim digunakan kerana ia
mempunyai stail penghurufan yang mudah
ditulis dan juga mudah difahami. Untuk
penghurufan gunakan pensel gred
sederhana lembut seperti gred HB. Mata
pensel hendaklah diasah tajam berbentuk
kon.

Penggunaan huruf dan angka


mestilah berpandukan kepada
syarat-syarat ketebalan garisan
yang telah ditetapkan olehBS
308seperti jadual berikut:-

PENGHURUFAN TEGAK
Setiap huruf dibentuk dalam petak-petak
empat persegi kecil dan petak-petak ini
menentukan saiz lebar dan tinggi bagi huruf
tersebut. Jika diperhatikan dengan teliti,
kita dapati ukuran lebar mengandungi enam
petak dan juga ukuran tinggi mengandungi
enam petak. Tidak semua huruf dan angka
dibentuk dalam saiz ini. Ada huruf yang
dibentuk kurang dari saiz enam petak dan
ada yang dibentuk melebihi sehingga
kepada lapan petak.

Huruf I dan 1 tiada kelebarannya dan


huruf W yang paling lebar. Teknik
membentuk huruf mengikut garisangarisan tertentu yang bertanda dengan
anak panah megikut susunan giliran
yang dilabelkan dengan angka.
Membentuk garisan melintang dilakukan
dari kri ke kanan dan untuk membentuk
garis tegak dilakukan dari arah atas ke
bawah. Untuk garisan lengkok dan
bulatan adalah dari arah atas ke bawah.

PENGHURUFAN CONDONG
Bagi huruf condong hendaklah mengikut
teknik menghuruf yang telah dicadangkan.
Segala teknik membentuk huruf adalah
sama dengan teknik menghuruf tegak,
cuma berlainan sedikit iaitu huruf dibentuk
dalam keadaan condong. Untuk
memudahkan penghurufan condong, bina
garis panduan condong seperti yang
ditunjukkan dalam rajah dibawah.
Kecondongan arah ke kanan dengan
membuka sudut 68

PENYEDIAAN KERTAS LUKISAN


Sebelum bermula sesuatu latihan
lukisan di bilik kuliah, beberapa
perkara awal hendaklah dibuat
untuk menjimatkan masa. Ini adalah
termasuk penyediaan peralatan dan
kertas lukisan. Setiap kertas lukisan
hendaklah disediakan terlebih
dahulu dengan membuat garisan
tepi dan maklumat

LATIHAN
1. Dengan menggunakan kertas lukisan, Buatkan
penghurufan berkenaan.
a. A-Z.
b. a-z.
c. 0-9

SELESAI

Anda mungkin juga menyukai